2 April 2016

Hari yang indah bertukar suram.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Masih ada ke yang nak membaca entry saya kali ini. Takde takpe, ada pon takpe. Saya ucapkan ribuan terima kasih buat pembaca yang sudi membaca. Biasalah hidup kita ni ada turun naiknya. Kata orang hidup ibarat roda yang berpusing. Kadang diatas kadangkala dibawah. Tapi apa yang saya nak cerita kali ini adalah berkaitan dengan sikap orang 'kita' yang kadang-kadang tak faham bila nak buat business langsung tidak menjaga sensitiviti pelanggan.

Kisah bermula apabila, aku dan seorang lagi kawan hendak melakukan kerja "collect data" projek akhir tahun kami. Tempat yang kami nak tuju tu sangatlah jauh, naik moto penat beb. So, we decide to rent a car. Then, we go for Kak Ros Kereta Sewa Serdang (try la search sendiri).

5 March 2014

Kami mahasiswa pelanggan anda.

Assalamualaikum

Petikan post dari facebook sy dan pihak berkenaan terpaksa dirahsiakan.


Fuh setelah sekian lama koi tak update blog. Sekarang baru ada kesempatan sedikit dan kekuatan untuk meneruskan legasi radzious. Pertamanya, alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan dan Islam. Post hari ni koi rasa sangat terkilan dan kecewa dengan sikap pihak atasan kerana mengambil sambil lewa laporan yang dihantar oleh kami kepada mereka. Jawapan laporan hilang boleh dikeluarkan oleh mereka dengan mudah. Kami mahasiswa adalah pelanggan anda, oleh itu takkan tiada piagam pelanggan. Sistem pengurusan yang perlu diubah. Koi marah bukan sebab apa, cuma teruk la sistem pengurusan penghantaran laporan sehingga boleh hilang macam tu. Sekiranya tidak hilang pon, anda boleh photostate sendiri untuk simpanan anda. Ingat, kami bukan barua anda. Kami pelanggan anda. Sepatutnya ada rasa sedikit rasa segan dalam diri tu untuk meminta kami hantar laporan aktiviti itu kembali.

18 August 2013

Gaya penulisan blogger.

Assalamualaikum akhi dan ukhti


Pertamanya, alhadulillah kerana kita semua telah dapat bergraduasi daripada tarbiah ramadan. Semoga apa yang kita lakukan ketika bulan ramadan akan terus istiqamah ke bulan2 yang berikutnya. Hari ini, saya ingin bercakap berkenaan dengan diri saya. Selepas beberapa tahun menyertai dunia blog ini, hasil daripada pendedahan oleh ayahanda saya sendiri Mr Zulkafley. Akhirnya, saya dapat mengenali selok belok alam maya ini. Iye la manakan tidaknya, macam mana nak buat coding, nak letak url, html. Semua tu kalau belajar dalam kelas ibaratnya masuk sebelum exam, keluar selepas exam. Takde makna nak ingat semua mende tu selepas exam. 

Teringat satu artikal yang ditulis di facebook yang menyatakan di Jepun, kanak-kanak mereka disana tidak didedahkan kepada peperiksaan sehingga umur 10 tahun. Hal ini bermaksud, apabila kanak-kanak tersebut masuk ke sekolah, mereka hanya belajar, belajar dan belajar. Apa significantnya mereka berbuat

2 August 2013

Ziarah vs Duit Raya

Assalamualaikum akhi dan ukhti

Gambar raya 2012
Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya. Syawal akan tiba menyapa kita. Hari ini kebanyakkan orang memperkataan bab lailatul qadar. Tapi ingin saya bawakan satu isu yang tidak lain berkaitan dengan akhlak kita ketika berhari raya kelak. Isu memberi hari raya kepada kanak-kanak. Pemberian duit raya ini adalah satu budaya turun temurun dan bukanlah satu sunnah pun (kata Ustaz dalam Tanyalah Ustaz). Akan tetapi ini dijadikan sebagai satu amalan turun temurun sejak dahulu.

Isunya disini adalah, apabila kanak-kanak yang menerima duit raya tersebut dan membukanya dihadapan pemberi duit raya. Lebih menyedihkan lagi apabila kanak-kanak ini mencemuh tatkala mendapat duit raya kurang dari yang biasa.