Ziarah vs Duit Raya

Assalamualaikum akhi dan ukhti

Gambar raya 2012
Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya. Syawal akan tiba menyapa kita. Hari ini kebanyakkan orang memperkataan bab lailatul qadar. Tapi ingin saya bawakan satu isu yang tidak lain berkaitan dengan akhlak kita ketika berhari raya kelak. Isu memberi hari raya kepada kanak-kanak. Pemberian duit raya ini adalah satu budaya turun temurun dan bukanlah satu sunnah pun (kata Ustaz dalam Tanyalah Ustaz). Akan tetapi ini dijadikan sebagai satu amalan turun temurun sejak dahulu.

Isunya disini adalah, apabila kanak-kanak yang menerima duit raya tersebut dan membukanya dihadapan pemberi duit raya. Lebih menyedihkan lagi apabila kanak-kanak ini mencemuh tatkala mendapat duit raya kurang dari yang biasa. 


"Seringgit aje?" 

Agak-agak apa ye perasaan si pemberi duit raya itu? Pastinya akan rasa malu dan terasa kan. Takkan la sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata tersebut. Hari Raya adalah hari untuk kita bersuka ria bukan hari untuk terasa hati. Pastinya tidak sedapkan?

Keriangan terima duit raya
Jadi apa yang ingin saya katakan. Ini soal didikan ibu bapa kepada anaknya. Perlunya mendidik sejak kecil bahawa kita ziarah Pak Long, Pak Lang dan segala Pak lagi adalah untuk melawat mereka. Bukanlah tujuan untuk mengutip duit raya. Persepsi ini perlu diubah kerana saya melihat kebanyak kanak-kanak kini menziarah bukanlah untuk ziarah. Dan apa yang lebih penting ajarkan kepada anak tersebut janganlah membuka sampul raya itu dihadapan tuan rumah. Adalah penting untuk menjaga hati saudara mara kita dihari yang mulia ini.

Saya ini tak pandai untuk memberi nasihat akan tetapi apa yang saya nak konklusikan disini bahawa ajarlah anak-anak untuk menziarah bukan untuk mengutip duit raya pada hari raya kelak. Semoga nasihat ini bermanfaat. Ada pun blog saya ini tidaklah nampak begitu berfakta dan lebih kepada nasihat yang ringan-ringan. Baiklah, marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan.

Comments

Post a Comment