Asasi Sains Pertanian

Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran anda di Universiti Putra Malaysia terutama kepada pelajar Asasi Sains Pertanian. Macam kelakar je bunyinye kan. Asasi Sains Pertanian @ dikenali sebagai AsPer mula diperkenalkan pada tahun 2005/2006. Program ini bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sukatan pelajaran AsPer ini digubal Universiti Putra Malaysia berdasarkan institusi-institusi pengajian tempatan dan luar negara, matrikulasi dan sukatan pelajaran bagi STPM. Tempoh bagi pengajian AsPer selama setahun setengah merangkumi 3 semester yang dikehendaki mengambil sebanyak 53 jam kredit. Pelajar-pelajar AsPer akan ditempatkan di UPM Serdang di Kolej Kediaman 13.

Korang akan belajar sebanyak 6 subjek untuk setiap semester. Antara subjek yang akan dipelajari ialah Math, Eng, Fiz, Kim, Bio dan Agriculture. Antara skema sukatan yang sempat aku cedok :


Semester 1
-Pengenalan Kepada Industri Pertanian
-Sel dan Pengelasan Organisma
-Kimia Tak Organik
-Aljabar
-Pengenalan Kepada Mekanik
-English For Academic Purposes


Semester 2
-Pertanian dan Industri Makanan
-Struktur dan Fungsi Sistem Biologi
-Kimia Fizik
-Kalkulus
-Fizik Terma, Gelombang dan Optik
-Oral Interaction Skills


Semester 3
-Keusahawanan dan Pemasaran Pertanian
-Biologi Perkembangan dan Genetik
-Kimia Organik
-Pengenalan Kepada Statistik
-Keelektrikan dan Kemagnetan
-Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat.

Tengok saja dah pening dah kan. Bila ambil je asasi ni mesti persepsi orang tu jumud ke arah pertanian saja. Pada mula-mula pun my parent macam tak sure je dengan aku yang betolkah aku nak amik program ni. After i did some research sebenarnya banyak advantages kalau anda berada dalam AsPer ni. Antara keistimewaan AsPer adalah :


1. Merupakan satu-satunya Asasi Sains Pertanian ditawarkan di Malaysia. Kat U lain confirm takde. The one and only in UPM...

2. Satu-satunya program pra-ijazah yang memberikan yang memberi pengajian asas yang menjurus kepada pertanian, agro-bio dan sains.

3. 3 semester tempoh pengajian memberi lebih kefahaman tentang silibus yang dipelajari.

4. Pengajian yang berjalan di kampus utama banyak memberi kelebihan terutama pendedahan terhadap university life

5. Yang paling penting, lepasan AsPer akan DIJAMIN ke 39 program ijazah di UPM.

6. Permohonan budak-budak AsPer akan dipertimbangkan dahulu berbanding program pra-ijazah yang lain dan boleh masuk UPM terus tanpa mendaftar dengan UPU.

Haha... Macam mana? Ok tak? Selain itu jugak sebanyak 39 program ijazah ditawarkan kepada lepasan AsPer termasuklah : (Tapi kena pilih salah satu yang berkenan dihati la)

Fakulti Pertanian 
PG12 Bacelor Sains Perhutanan
PY11 Bacelor Sains Teknologi Kayu

Fakulti Perubatan Veterinar
PM01 Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
PH02 Bacelor Senibina Landskap

Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul
PG07 Bacelor Sains (Bioteknologi)
PS26 Major Biokimia
PS27 Major Mikrobiologi

Fakulti Sains Alam Sekitar
PG46 Bacelor Sains & Teknologi Alam Sekitar
PP43 Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Mesti anda tertanya-tanya bidang pekerjaan ada yang anda boleh ceburi selepas tamat pengajian ini kan? Ini adalah pekerjaan yang boleh anda lepasan AsPer ceburi. I mean lepasan ijazah di UPM yang berasal daripada AsPer...
(a)Doktor Veterinar
(b) Doktor Perubatan
(c) Pensyarah
(d) Pegawai Sains
(e) Pegawai Bank
(f) Pegawai Pertanian
(g) Pegawai Penyelidik
(h) Pegawai Jaminan Kualiti
(i) Pegawai Pemasaran
(j) Perunding
(k) Jurutera
(l) Ahli Mikrobiologi
(m) Arkitek Landskap
(n) Guru
(o) Usahawan
(p) Eksekutif di kilang-kilang (pembuatan makanan, ubat-ubatan, kertas, perabot, dan lain-lain)

Sesungguhnya bidang pekerjaan ini amat luas. Ini merupakan antaranya lah. Kepada yang bakal melanjutkan pelajaran anda di AsPer, aku rasa AsPer la kot daripada memilih matrikulasi dan form 6. Ternyata banyak kelebihannya. Kalau matrik ada elaun, Asper juga ada elaun. So tak perlu bimbang la. Jadi aku syorkan kepada yang menerima tawaran di AsPer supaya terima tawaran ini.


That's all for now,
Thank you.
Faradz!

Comments

  1. nanti nak beli sayur murah ngn ko boleh la kan? hahhaa. ko kan da jadi petani yg berjaya. hahahaa

    ReplyDelete
  2. UPM ! Nantikan kemunculanku. a big thanks to bro faradz for sharing dis info.

    it's help me a lot :)

    ReplyDelete
  3. nak tanye la, aku x ambik bio,kimia n fizik.. aku cuma ade sains pertanian je... abis cam ne nie..? le ke mohon asasi nie...!!!!!

    ReplyDelete
  4. PM05 Bacelor Sains (Dietetik)
    PM09 Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti)------>either one mybe jd pilihan pasni..insyaallah..:)

    ReplyDelete
  5. major maths dengan major statistik tu maths eh? major tu cane sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Silibus memang bahasa melayu ke? Saya basic dari skolah smua blajar dlm bahasa inggeris ...

    ReplyDelete
  7. ada biasiswa atau apa-apa shj bantuan kewangan?

    ReplyDelete

Post a Comment