Assalamualaikum.
Rasanya ramai tak begitu tahu menahu berkenaan topik yang saya pilih ini iaitu pekerja sambilan harian. Mungkin ada segelintir daripada anda semua yang pernah berkhidmat sebagai PSH atau pernah menghadiri temuduga jawatan PSH ini. Secara definisinya Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal)
Rasanya ramai tak begitu tahu menahu berkenaan topik yang saya pilih ini iaitu pekerja sambilan harian. Mungkin ada segelintir daripada anda semua yang pernah berkhidmat sebagai PSH atau pernah menghadiri temuduga jawatan PSH ini. Secara definisinya Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal)
Saya sehingga post ini ditulis, telah bekhidmat sebagai pekerja sambilan harian (PSH) selama 6 bulan dan baharu sahaja mempebaharui kontrak lanjutan untuk tempoh 3 bulan yang akan datang. Saya berkhidmat dalam agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Penulisan saya pada kali ini adalah bersifat santai dan tidak begitu formal (bro cuba tak formal). Jujurnya selama 6 bulan telah berkhidmat, tidak ada banyak bezanya dengan pegawai kerajaan yang lain. Cuma beberapa keistimewaan yang ada pada penjawat yang TETAP tidak ada pada PSH contohnya seperti elaun, cuti tahunan, insurans dll.
Orang kata kerja kerajaan tak teruk mana pun. Ye betul saya akui kerja dalam sektor kerajaan tidak banyak bebanan tugas yang dipikul. Inilah kerja makan gaji, cukup bulan kita makan hasil. Pada awalnya saya ingat kan PSH ini adalah pekerjaan yang bersifat 'part time'. Contoh bekerja pada hujung minggu sahaja atau masuk pada jam tertentu sahaja. Ternyata bukan begitu bro! Nama sahaja PSH tapi kau akan kerja office hours (masuk jam 8.00 pagi, balik jam 5.00 petang). Lagi satu kau tak dibenarkan buat kerja 'overtime' kerana gaji korang takkan dibayar walaupun korg kerja overtime. Jadi jangan buat perkara sia-sia atau amal jariah sangat. Cukup masa boleh balik.
Ada desas desus mengatakan nowdays kerajaan tidak ada wang untuk mengambil penjawat awam yang baharu. Untuk mengambil penjawat awam yang baharu melibatkan kos yang tinggi ini kerana kerajaan juga terpaksa membayar pencen-pencen kakitangan awam yang telah bersara. Jadi untuk menampung kekurangan yang ada. Kerajaan perkenalkan sistem PSH ini. Melalui PSH ini korang tidak terikat pun dengan kontrak. So bila-bila masa nak berambus dipersilakan.
Kalau korang yang ternampak iklah jawatan kosong sebagai PSH cubalah. Daripada tak dapat kerja langsung, baik korang cuba walaupun TIDAK ADA JAMINAN yang korang akan diserap sebagai penjawat awam tetap. Untuk kes-kes tertentu mungkin ada sebab performance korg baik. Rezeki masing-masing. Kita tak tahu. Ye kan.
Tapi korang jangan risau, jika korang punya kerja kena banyak 'outstation' ada elaun yang layak korang terima :
- elaun perjalanan kenderaan
- bayaran sewa hotel atau elaun lojing
- elaun harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang 24 jam)
- elaun makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih)
*rate bayaran elaun ini boleh rujuk kpd jabatan atau agensi masing-masing.
Perkara ini penting juga untuk saya 'tekankan' yang PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas. Ok sebagai contoh korang Sabtu Ahad memang tidak dikira sebab cuti, maksimum bilangan hari yang korg akan bekerja dalam 22-20 hari sebulan tak lebih tak kurang. Untuk cuti kelepasan am, macam cuti pertabalan agong, cuti perayaan so hari tersebut gaji korang tidak akan dikira. Sama juga jika korang bercuti maka hari tersebut gaji korang tidak akan diambil kira.
Berikut saya lampirkan rate gaji dan elaun mengikut kelulusan masing-masing.
Contoh anda memohon dengan kelulusan ijazah sarjana muda 100 x 22 hari bekerja - KWSP (jangan lupa) = 2,000 (macam tu la tak tahu kwsp potong berapa ringgit)
Konklusinya, bagi graduan yang baharu sahaja keluar universiti. Carilah peluang sebegini kerana bekerja sambilan ke, tetap ke akan memberi anda pengalaman yang berharga yang boleh anda bawa untuk masa hadapan. Peluang sudah ada cuma anda kena cari dan pandai. Nasihat saya seronok sebenarnya jadi PSH jangan pandang rendah. Cubalah dahulu. Terima kasih kerana spend baca entry saya. Bye!
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Boleh tak pelajar cuti semester apply untuk PSH ?
ReplyDeletePelajar tak boleh apply psh. Sebab nama dia sahaja pekerja sambilan harian tapi kerja full time ada sign kontrak 3 bulan. Lg satu student yg bru habis belajar pun mesti nak surat akuan bergraduat utk mohon psh. Biasa student cuti sem dorg tak ambik.
DeleteSaya nak tanya. Maksudnya surat akuan bergraduat tu boleh menggantikan skrol sementara sebelum acara konvokesyen ke?
DeleteKesianlah sebab ada yg dah tamat belajar dan dah asa akuan dari senat mengatakan yg telah tamat belajar dan sudah dianugerah ijazah cuma belum konvokesyen sahaja dan belum dapat skrol semasa bari konvo. Soalan saya boleh ke tidak nak pakai surat akuan tamat belajar tu untuk kelayakan terima gaji ijazah?
Genuine fast LOAN offer apply
DeleteDo you need a Loan? Are you looking for a Finance to pay off your debts? Are you looking for a Loan to enlarge your business? then you have come to the right place for that loan you have been seeking for. We offer Loans at a low interest rate on any amount. Interested people should please contact us for immediate response to your application.
E-mail: shadiraaliuloancompany11@gmail.com
Info yg bermanfaat. Nak tanya sekarang cik sedang berkhidmat dgn psh ke?
ReplyDeleteKalau dduk jauh ada sediakan rumah x?
ReplyDeleteKalau dduk jauh ada sediakan rumah x?
ReplyDeleteTak ada sediakan rumah. PSH untuk sementara tunggu kerja lain boleh lah. Tak ada benefit pun.
DeleteMaaf, untuk pengetahuan Cik, Overtime untuk PSH ada, mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 3 2011 : Dasar & Pengambilan Pekerja Sambilan Harian. Saya pun PSH di KPWKM, so saya dapat OT mengikut kadar yang diberikan.
ReplyDeleteBoleh sy brhubung dgn cik melalui fb ? Sy berminat nk tnya berkenaan PSH lebih lanjut ni. Sy calon simpanan jbtn vektor .
Deleteye... OT dibayar.. TETAPI jika ada kelulusan yang diangkat kepada KSU. Bukan suka-suka OT lepas tu nak claim. Kebanyakkan Jabatan atau kementerian TIDAK membenarkan OT kpd staf PSH kerana kengkangan bajet. Pastikan anda mendapatkan dahulu surat hitam putih yang menyatakan anda layak dan diluluskan utk claim OT. kesian nnt OT bagai nak rak... bila nak bayar Bhg. Kewangan terpaksa reject sebab TAKDE KELULUSAN.
DeleteOT tengok gred.kalau gred 41 mmg x da ot.
DeleteSalam. Nak tanya, ada apa-apa tips untuk temuduga PSH ni ka?
ReplyDeleteSalam.saya pun tengah mencari tips utk temuduga psh ni.kalau sesapa ada boleh la share2 ye.
DeleteTumpang tanya. dapat interview psh mana? sy pun baru dapat tawaran PSH
Deletepsh ni keja dia bukan hari2 ke ? mksdnya 2 kali seminggu ke atau mcm biasa 5 hari bekerja smggu ?
ReplyDeletepsh ni keje hari2 sama mcm tetap kerajaan 5 hari seminggu
DeleteSy sudah 2 tahun dlm majlis daerah Semporna. Sbgi PSH. tidak ada istilah cuti. 24/7 kerja. Apatah lagi sy dlm unit penguatkuasa. Kena kawal dan pantau stiap Masa. Ketua jabatan hanya bagi cuti 7 hari utk setahun.
DeleteNak tanya. Psh boleh cuti tak? Maksudnya apply cuti. Huhu
ReplyDeleteselalunya mmg boleh cuti ... cumanya rugi la sbb cuti xbergaji ...... kita gaji dibayar mengikut hari, kalau xkerja xde duit itu mcm sahaja huhu
DeletePSH diperuntukkan cuti tahunan 7 hari dalam setahun shj..setiap 23 hari bekerja layak dapat cuti 1 hari
DeleteLain tempat lain style. Bergantung kepada keperluan job scope yang ditetapkan oleh Kem/Jabatan/Agensi/bos anda.. Normally, selalunya mmg sperti yang telah dinyatakan.. Klu datang keje ade gaji, x dtg keje xde gaji...
DeleteNak tanya, PSH utk kerajaan dapat tak elaun COLA dan ITP?
ReplyDeletetiada elaun COLA & ITP utk PSH. sepanjang sy bekerja sebagai PSH hanya KWSP sahaja ditolak drpd upah gaji bg setiap bulan.
DeleteSlip gaji pn takda bro.. Hehehe
DeleteBole print slip gaji..tapi kena tau no gaji..
DeleteAda tolak KWSP dan SOCSO tak gaji bulanan nanti?
ReplyDeletesa psh sdh 5 tahun..insurans ada hanya kalau mengalami kemalangan atau kecederaan ..jumlah tak psti
ReplyDeleteSalam..ade tempoh maksima ke untuk jawatan psh ni? Ke ikut jabatan..
ReplyDeleteWassalam...tgk atas jabatan..biasa psh paling lama 9bulan kot kontrak..lpas tu klau msih memerlukan, dorang akan sambung..paling pendek 3 bulan..sy 8 bulan je
DeleteBagaimana nak apply untuk psh? Dan macam mana Kita akan diberitahu jika terpilih?
ReplyDeleteNk apply tgk la jabatan mana yang memerlukan psh sekarang ni..hari tu ada iklan dkt kkm, nk pkai psh..ada jgk yg tel jabatan tenaga kerja, tnya dorang kt mana nk pakai psh..lps iv klau dpt dorang akan hubungi kita dgn segera
DeleteSetakat ni ok lg bekerja sebagai psh dkt jabatan perangkaan malaysia..cuma penat sikit2 tu biasa la ��
ReplyDeletePerangkaan mane bor
DeletePusat operasi kuala krai boskur
DeleteNak tnyk iv psh perangkaan apa yang dia orang akan tnya..saya akan menghadiri temuduga dlm masa terdekat..boleh share kan tip.
DeleteOhh.. jadi PSH ni mmg x boleh keje tetap sampai bila2 la.. mean PSH bukan kerja untuk jangka masa panjang.. ok Noted..
ReplyDeletesalam. sy psh juga, ad ijazah juga, tp kadar sehari yg diberikan untuk sy bukan rm100. kadar sy rm51 shj. cuti am dan cuti peristiwa sy dtg kerja juga. tiada cuti langsung buat sy. mcm mn tu tuan?
ReplyDeleteikut jabatan juga tu tapi kalo diarah menjalankan tugas pada cuti umum atau peristiwa mesti kena ganti balik dgn cuti jg yg jabatan bagi..rm51? bkn rm54 ke ikut pekeliling?
DeleteRm54 tu. Saya pun ada degree tapi dapat rm54 sbb guna spm. sy baru habis belajar dan penyelia tmpt intern yg offer sbb dia tahu saya tak kerja lagi.
Deleteada yang kata kerja PSH ni buang masa..betulkah?
ReplyDeletesetakat nak cari pengalaman boleh lah.....cam lepasan spm sesuai...diharuskan cari pengalaman kerja lain, nak harap psh sampai mati sorry la bhai...psh ni kira byk kerja kena buat, kira memang status barua, kuli, pencacai....
Deletekerja PSH ni ada tambahan apa2 elaun x?
ReplyDeletetakda
DeleteAssalamualaikum , admin slalu yer klu PSH ni gaji di bayar lewat atau sama tarikh dgn pekerja tetap yg lain yeh ??
ReplyDeletelewat.lagi awal buat claim lagi cepat masuk gaji.
Deletekire gaji utk PSH ni lewat sebulan la yeh ?? pheww struggle gak PSH ni
DeleteMungkin berbeza mengikut Kementerian/Jabatan... Gaji selalunya dapat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas punchcard dihantar ke Bhgn Kewangan. Kalau lambat tu kdg2 sebab faktor tertentu.. .
DeleteKlu kerja as PSH mmg perlu rancang dan atur betul2 perbelanjaan supaya tidak meninggal sementara menunggu next gaji..
Jika still ada mak ayah yg support (makan,belanja bulanan,transport,dll.) maka beruntunglah.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2011/03/FAQ_pp032011(1).pdf
ReplyDeleteBoleh rujuk FAQ berkaitan PSH kat alamat di atas. Just copy and paste.. FAQ ini adalah dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Deletenak kerja as PSH ni tak salah pun. Daripada duduk rumah tanam anggur, cuba je apply kalau ada tengok mana2 yg nak pakai PSH tu. Kadang2 jawatan dan tenaga tu diperlukan. Tapi jabatan tu takda buka pengambilan untuk jawatan tetap. Atau juga dah kurang ambilan untuk tetap bawah gov baru. Sebab tu byk ambil PSH je.. Kerja sama, waktu kerja pun sama, gaji j dan kemudahan je tak sama. Apa yg penjawat awam tetap dapat, PSH tak dapat. COntoh macam elaun etc. Saya pun PSH juga di JKNM. Ok la buat tambah2 pengalaman. Sementara nak tunggu panggilan tetap di tempat lain daripada duduk rumah kann? Nak ke interviewer tanya nanti 3 bulan ni awak duduk rumah je ke takda kerja mana2?? haaaa xD
ReplyDeletebetul tu
Deletebayaran gji lmbat, tk menentu. dh kja PSH Gov, 6 bulan..still tak naik as kontrak. cm menyesal pun ada.
ReplyDeletepaling lama setahun @ 2 tahun bru ley nk naik kontrak so hadap je la buat smntra if xdpt kje tetap lain lg :)
Deletebro.. psh ni akan di serap ke kontrak tetap ka ya
Deletethank you for the info
ReplyDeleteKerja PSH ni ni ada tak Bonus tahunan?
Deletekalo untuk iv PSH ni selalu dia tnya question apa ye..
ReplyDeletetgok jabatan yg bt pengambilan psh, cth: jabatan air.. dia akan tnya misi visi dan fungsi jabatan.. selainnya isu semasa negara/negeri, isu semasa jabatan air/etc
DeleteUntuk makluman dalam pekeliling sudah dinyatakan PSH tidak dijanjikan untuk diserap ke dalam Jabatan. Sekiranya ada peluang cari juga jawatan-jawatan tetap di SPA. Sebab PSH ini lantikan Jabatan untuk sementara waktu sahaja.
Deletesy dah masuk 10 tahun bekerja sebgai PSH.. 2009-2015 bersama jabatan kebajikan dan 2015 sehingga skg masi berstatus PSH di Majlis Daerah di sabah. Pada awalnya 2009 PSH ni belum ada.. cuma time tu dikenali sebagai Contract for Service.. CFS sgt bagus dan berbaloi time tu sbb cuti umum pun gaji dia kira dan cuti setahun 12 hari.. lebih kurang 1 bulan 1 hari cuti kelayakan.. dan sy tidak faham kenapa kerajaan menggantikan kebanyakkan CFS ke status PSH.. bagi pendapat sy sebagai org lama dalam sektor awam berstatus gaji harian ianya merupakan sesuatu yang tidak adil.. kita bukannya mahu kita diserapkan ke jawatan tetap.. cuma nak minta tolong kerajaan ubah dasar pekerja sambilan harian untuk org yg sudah lama berkhidmat lebih dari 3 tahun sebagai gaji hari.. klo yg baru dalam PSH tu belum lagi ada rasa tidak adil.. tapi bila da lama tu akan timbul.. sbb apa.. sbb kita nmpk kerja kita sama dgn pegawai lain..tapi keistimewaan berlainan.. pegawai 'tetap' asyik sembang pasal kenaikan gaji bila tiba pembentangan bajet tapi yg pegawai 'psh' pula ternanti-nanti 1 miracle dari pihak kerajaan yg boleh memberi senyuman kepada pegawai 'psh' yg sudah lama berkhidmat. #ubahpsh
ReplyDeleteSusah nk ubah pun. Pekeliling tetap pekeliling, bro.. lagi-lagi kerajaan sekarang nk kurangkan kos operasi dan pembangunan. jadi nk tak nak kena hadap jer lah.. kalo kita tak puas hati n nak keluar, ramai je yg boleh ganti.
Deletekata saudara Son Goku Betul semuanya, diri ini pun PSH ..sedihlah sdh bertahun kerja..nak capai apa dgn duit gaji ikut hari ni.. nak berenti dilema..drpd takda kerja..hadap sj la sprti kata Anonymous.. betul jg tu tak puas hati, berhenti pastu apa? byk yg nak kerja ni wlupun PSH.. takda la Jabatan dok jasamu dikenang dgn psh ni huhu..
DeleteAssalam..saya nak tanya..macam saya..saya dah ada kerja..bru2 ni saya ad interview..tp bukanlah interview untuk psh..tp sekarang ni saya dapat jwtn untuk psh...dan ape yg sye pham..psh ni hanyalah bersifat sementara..jd..sye agak buntu smde saya abaikan shje jwtn psh ni..atau pon sye benti dan datang laporkan diri...dan sekiranya saya tolak jwtn tersebut...adakah name saya blacklist terus untuk mmiliki mne2 jwtn di situ pd ms akn dtg...
ReplyDeleteSkurang-kurangny reply email tersebut, maklumkan sudah mendapat pekerjaan. Goreng la ayat2 yang menghargai tawaran tesebut.. Tak wajib, just utk show nice gesture, tu je... Blacklist tu x pasti la pula.. Depend on officer yang uruskan pengambilan.
DeleteSy pon bru dpt interview psh ni.. doa2kan sy dpt kerja ni.. amin..
ReplyDeleteAminnnnn
DeleteAwak psh dekt kementerian pertanian di unit apa ye?
ReplyDeleteSy nk tanya, baru2 ni sy baru dpt kerja bkn sbg psh ah. Pd masa yg sama, sy pun sedang tunggu twaran psh. Pd sehari sblm sy bekerja (bkn psh), sy dpt tawaran sbg psh pd bln 1 thn dpn. So, blh ke sy bekerja 2 in 1, maknanya sy kerja sbg psh ikut hari biasa dan pada sabtu dgn ahad tu sy kerja sbg bkn psh (maksudnya kerja part time yg sy baru dpt)? Apa pendpt guys? Boleh ke kerja 2 in 1
ReplyDeleteKerja 2in1 ni takde masalah sebenarnya. Tapi mengikut kudrat masing2. Kalau dah biasa buat kerja yang berbeza boleh lah teruskan niat untuk bekerja 2in1.
DeleteBagus tu tuan.. sementara kudrat masih kuat, boleh saja.. pada masa yang sama dapat pengalaman berganda. Dan kena manage masa betul2, kalau nk jaga 2 job ni untuk jangka masa yang lebih lama.. manalah tahu kalau PSH berpeluang dinaikkan taraf sbg kontrak kalau perform elok.. lebih bagus lagi klau tetap. Whatever there is, do your best ( ' ,' )v
Deleteassalammualaikum.. sya dh 2 tahun berkerja sbgai psh di JPM.. kerja sma je ngan pekerja tetap cuma bezanya pekerja tetap akan dpt elaun dan psh x dpt langsung.. harap sngat kerajaan ubah dasar psh di masa akan dtg.. seeloknya buat kja psh shaja(x pyh tunjuk pndai or rajin) psal bila smpai masa jab dh x perlukan kita.. bila2 masa diaorg blh stopkan kita (mcm sya skang ni)
ReplyDeleteMacam mana proses diberhentikan tu? Tiba2 dapat notis mengejut yang bagitahu kontrak x dapat disambung ke? Tempat saya ada psh yang dah bekerja lebih dari 10 tahun.
DeleteMaaf nak tanya, jawatan kosong PSH ape yg ada tawarkan skrg? Sbb sy ada pergi jabatan2 di kementerian putrajaya kebanyakkanya kurang ambil psh sbb utk cut kan cost. If ada jawatan kosong PSH boleh kongsikan?
ReplyDeleteDegree, tapi kena bayar rm54, tolong beri penjelasan.
ReplyDeleteMaybe sebab jawatan psh yg u mohon. If degree gred 41 kalau tak silap, 29 utk diploma, 11 utk spm. Macam sy pun ada degree tp sy dpt offer psh guna result spm, so sy dapat rm54 je.
DeleteDegree, tapi kena bayar rm54, tolong beri penjelasan.
ReplyDeleteEn dibayar RM54 disebabkan jawatan gred PSH yang Encik terima adalah level SPM - iaitu gred 19. Tuan patut tengok dahulu apa opening jawatan PSH yang diberikan - gred 19, 29 atau 41.
DeleteDegree, tapi kena bayar rm54, tolong beri penjelasan.
ReplyDeleteNi mesti ambilan SPM.. bkn degree.. tgk gmbo kt atas ni >> https://1.bp.blogspot.com/-1VlvwoEueD8/WP7EgfoKP2I/AAAAAAAACt8/sGG05rZQ5cIdeyAgVU-QVVGhNTdaCthKACLcB/s1600/WhatsApp%2BImage%2B2017-04-25%2Bat%2B11.23.52.jpeg
Deletemungkin jawatan yg ditawarkan taraf spm walaupun kita ada diploma/degree. boleh jadi jugak jawatan taraf spm sahaja yg ada di jabatan tu sebab tu gaji sehari RM54 :)
Deletesalam, saya ada degree tp rate sy lg sikit dr yg spm ( kalau ikutkan jadual kt atas lah). mcm mn ye? kwn2 sini yang ad sijil n diploma lg rendah. hujung mgu dan cuti peristiwa kami kene kerja, tp tak dibayar, cuma jumlah jam kerja sj direkod,
ReplyDeleteNk tanya kalau iv psh selalunya apa yg dia tanya eh. Sy dapat iv di jkr
ReplyDeletedalam iklan tawaran dia ade bg tau ape2 tak
Deletebiasanya info mengenai jabatan tu sendiri , banyakkan membaca mengenai JKR
DeleteSalam, nak tanye if kita kerja PSH xsampai sebulan then resign sbb dpt job lain, adakah gaji kita still dibayar?Terima Kasih
ReplyDeleteGaji hanya akan dibayar mengikut jumlah hari bekerja..takde masalah kalau nak resign walaupun x sampai sebulan..tapi apa2 pun, kena refer dgn kontrak yg u sign..
DeletePSH ada kemudahan BONUS atau apa2 kemudahan kewangan. Kalau ada2 jawatan kosong mohon share lah kat email themas1996@gmail.com
ReplyDeletexde
Deletebonus ada, maksima rm500..biasanya dpt tp lambat..kemudahan kewangan lain? utk pinjam wang tak boleh la.. bank x approve sbb gaji kecil sgt dgn money lender kalo rasa2 ble bayar bunga cobala tapi TIDAK DIGALAKKAN, menyeksa diri lagi ada.. n ada caruman kwsp.. tu sj la..psh ni asal ada kerja sj la..gaji sikit dan lambat, sekian.
DeleteWalaupun PSH saja, alhamdulillah lah boleh lah nak survive hidup, bayar itu bayar ini. Ada yg jadi PSH selama 9tahun dari zaman bujang dah jadi bini orang masih di jabatan yg sama, tapi bertukarlah projeknya setiap tahun.
ReplyDeleteBossku PSH, kalau join 1hb, berapa cepat boleh dapat gaji ? hujung bulan boleh ker ? atau kena tunggu smpi habis 3 bulan baru dpt
ReplyDeleteBukan kene tunggu 3 bulan. lama sangat tu. Biasanya kalau masuk PSH 1hb. Hujung bulan akan kira gaji untuk submit hantar gaji. Dan diproses dalam seminggu begitu. Macam sy PSH di Jabatan Perangkaan, proses gaji dalam 4/5 hari selepas submit gaji.
Deletebermaksud, gaji bulan July (ikut waktu sekarang) ini akan masuk pada awal bulan Ogos nanti.
DeleteSy nak tanya kalau masih smbung belajar tp bkn student full time tp pjj...kirannya student part time..klas 1 bln 2 kali (ahad shj)...agak2 bole mohon psh x?
ReplyDeleteKalau tugasan kerja psh isnin-jumaat boleh je pjj sabtu ahad
Deleteade member wat pjj..bile bg resume direct kat company gov utk jwtn psh org tu ckp x bole sbb masih belajar.....huhh
Deleteklau skg sy dh dpt keje tetap(swasta) , tiba2 ade offer psh, nk go ke tidak? chances untuk diserap tu ade x.
ReplyDeleteXpayah... X menjamin kan apa2... Xde isu serap menyerap dlm jwtn PSH... Apa2 jwtn tetap kerajaan kena melalui lantikan SPA....
DeleteSebut PSH memang sedih... anak saya dah 2 tahun PSH... Putrajaya setiap kali dapat interview hilang lah rm100 pendapatan utk sehari... belum ada rezeki
DeleteSaya nak tanya kalau kita dibyr rm 54 nak jugak ke sertakan sijil akuan bergraduat kita?
ReplyDeletesy dah keje 2 thun sebagai ptpo PSH kkm dan sy dpt temuduga spa sbgai ptpo n19. tgh tggu result ptpo ni tgh bln 1 atau hujung bln 1. Agak2 ada harapan tak?
ReplyDeleteDepend dgn iv kmu, pastikan smua soalan djawab dgn baik..panel spa 70% panel jabatan 30%
DeleteJgn berhenti berharap.. Aku dlu Psh dah 4tahun lps tu kena pagil iv dan berjaya iv, skg ni dpt jawatan tetap .
ReplyDeleteIsi spa ke utk iv tu?
Deletetolong replu please, isi spa ke atau dr PSH diserap ke tetap?
DeleteRasanya bukan serap tapi dia isi SPA. Sbb dari situ lah datang nya SENARAI NAMA panggilan layak untuk di temuduga (bagi yang mohon kekosongan satu jawatan yg baru diumumkan)
DeleteKalau tengah Sambung master boleh apply ke PSH?
ReplyDeleteSalam, sekarang saya bertugas sbg PSH di DBKL... Kalau kita nk berhenti dalam tempoh kontrak 3 bulan tu boleh ke & ape caranya?? Teirma kasih
ReplyDeleteSy bru dpt email utk hadiri ujian bwrtulis di dbkl 17 sept ini. Mcmna pengalamn kerja encik/cik sbgai PSH di dbkl tu ya? Ok x?
DeletePasal kerja semua kena OK walau x OK. Banci 2020 nak pakai PSH secara berjemaah ni, FAQ Jabatan tiada Elaun lebih Masa, Pekeliling 2013 ADA Elaun Ni. Gaji Harian x 23 Hari bekerja x 12 bulan / 313 hari bekerja x 8 jam = Kadar Elaun Sejam. Penyelia (RM72 sehari) .P RM54 Sehari.
DeleteMaaf boleh bertanya kalo nak check slip gaji psh mcm mana? Sbb dah try tekan link yg diberi dalam sms dan masuk dalam link ANM.GOV.MY.. Tp tiada rekod slip gaji..
ReplyDeleteSalam sejahtera. Bro, boleh tahu tak kalau permohonan tu saya hantar melalui email, adakah digalakkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Terima kasih.
ReplyDeletePSH dah tiada dah dan digantikan Mystep.
DeleteTerima kasih atas respon. Kalau MySTEP, macam mana pula ajukan permohonan? Minta maaf sebab saya dah cuba search dalam Google tapi masih belum jumpa jawapan yang dicari. Terima kasih.
DeleteSy pun kurang pasti. Sbb mystep ni baru lagi.. sy pun tgh tggu berita dri hospital. Sy dah 3 tahu jdi PSH dkt hospital gov.
Deletepermohonan awak boleh search kt kerjakosong.co, saya pernah dapat iklan mystep.
DeletePsh ni gaji kira gaji basic ke? Kalau guna slip gaji psh utk apply loan kereta lepas ke
ReplyDeleteAdkah psh boleh cuti bersalin & gaji mereka dibayar atau tidak?
ReplyDeletePSH sudah ditangguhkan.
ReplyDeleteMyStep tak sama dgn PSH
Mystep gaji based on commission. Banyak kerja buat, banyaklah gaji.
Boleh cuti, tak tolak gaji.
Takde claim, takde OT.
Semua claim dikira amal jariah kepada negara. Sekian.
Sy dpt twrn psh di jabatan kehakiman Puyrajaya 15hb 2 ni mula kerja.
ReplyDeleteInterview dia tanya apa je boss?
DeletePelajar internship 3 bulan layak tidak mohon psh?
ReplyDeleteUntuk pengalaman sayabkerja PSH, gaji tu memang x menentu. Kena sabar kuat dan sabar lagi haha.. Tetapi oleh krna susah nak dpt kerja skg, PSH ni boleh lah untuk tambah2 duit harian kita. Bayar kereta dll. Haha ada da 10 thn masih lagi PSH. Skg pun sya buka bisnes utk tmbh pdptn. Kalau nk hrp gaji PSH ni, tidak leh lah. Tapi syukurla byk pglmn y kita dpt .
ReplyDeleteHello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
ReplyDeletedi dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
berbaloi ke kalau berhenti kj tetap swasta 6 hari kerja (kwsp+ socso)+umur pun dah masuk 30+ ni, accept PSH (SPM) konon2 minta hari tu fikir once step la kan nak masuk gov/bdn berkanun
ReplyDelete