Cadet Planter


Assalamualaikum, apa khabar lama sudah rasanya tidak kembali menulis. Maklumlah dahulu waktu zaman universiti memang banyak waktu terluang untuk dihabiskan menulis. Sekarang situasinya berbeza sedikit. Masa terluang itu ada cuma peluang untuk menulis itu kurang. Baik... suka untuk saya berkongsi serba sedikit berkaitan dengan kerja yang sedang saya ceburi pada ketika ini iaitu bidang perladangan. 

Perladangan ternyata bukan satu bidang yang mudah untuk dijadikan sebagai kerjaya. Banyak cabaran dan dugaan seseorang itu perlu tempuhi untuk berjaya dalam bidang perladangan. Sekiranya anda adalah graduan yang baru masih mencari ruang untuk membina kerjaya, perladangan adalah salah satu bidang yang anda boleh sertai. Kerana bidang ni kurang popular berbanding dengan kerjaya lain. Realitinya adalah ramai pendatang terutamanya dari Indonesia menjawat jawatan yang tinggi di dalam ladang. 


Untuk memasuki bidang perladangan mempunyai peringkat demi peringkat. Peringkat yang pertama adalah Cadet. Cadet dalam bahasa mudah adalah seseorang yang masih lagi dalam tempoh latihan dan percubaan. Biasanya tempoh jawatan untuk cadet ini bergantung kepada budi bicara setiap syarikat. Ada yang 6 bulan sahaja dan ada yang sampai 1 tahun. Dalam tempoh ini, majikan akan menilai dan membuat pertimbangan sama ada untuk memilih anda atau tidak ke dalam syarikat mereka. Akan tetapi jangan risau, ini tidak bermakna anda boleh diperlakukan sesuka hati. Gaji, potongan KWSP, Socso dan insurans tetap ada disediakan untuk anda. Jadi ada rebut peluang untuk buktikan bahawa syarikat tidak seharusnya melepaskan anda. Gaji basic untuk graduan baru adalah RM 2,500. Ada juga yang dapat allowance tambahan dan kemudahan seperti rumah, pembantu rumah dan motosikal. Bergantung kepada syarikat. 

Bukan mudah untuk syarikat mengambil anda sebagai pekerjanya. Akan ada ujian dan cabaran yang sengaja atau tidak sengaja diberikan kepada anda untuk dilihat, sama ada anda boleh bertahan dalam apa jua situasi yang mendatang. Kalau diladang akan ada pengurus yang sengaja menunjukkan sikap bengis, garang dan mengeluarkan kata-kata kesat depan pekerjanya. Kalau yang bertahan bagus. Jika anda yang tidak mampu bertahan, hantar surat letak jawatan atau lari sahaja tanpa notis. Sebaiknya bertahan dan cuba berfikiran positif setiap apa yang berlaku. Selepas cadet, anda akan naik pangkat sebagai assistant manager, senior assistant manager, acting manager, senior manager. Dan seterusnya lebih tinggi lagi plantation controller, plantation director. 

Kebiasaannya suasana kerja dalam sektor perladangan adalah di dalam estate atau hutan. Jarang sekali estate yang bersebelahan dengan bandar. Tidak pasti pula saya dengan FGV. Bagi yang tidak biasa dengan suasana estate, memang perasaan janggal tu adalah biasa. Penempatan di estate adalah bergantung kepada nasib dan kekosongan yang ada. Estate ini boleh saya bahagikan kepada 2 kategori. Satu estate yang stabil dan satu lagi adalah yang tidak stabil. Estate yang stabil ni biasanya kerjanya, pengurusannya dan pekerjanya semua dalam keadaan yang sempurna. Sebaliknya untuk estate yang tidak stabil. Kalau tanya saya yang mana satu bagus? Dua-dua sebenarnya bagus. Hal ini kerana, estate yang stabil anda boleh mempelajari gaya kerja dan etika yang telah sedia ada dengan mudah. Untuk estate yang tidak lagi stabil, anda boleh mempelajari perkara baru dengan lebih banyak berbanding dengan estate yang stabil. 

Kelebihan tinggal di estate dapat berjimat cermat. 2x ganda lebih jimat berbanding tinggal di bandar. Dengan berbekalkan RM 300, boleh bertahan sampai hujung bulan. Jadi duit gaji yang selebihnya dapatlah disimpan untuk tabungan kawen dan sebagainya. Jangan takut untuk memilih kerja diladang. Kami planter ada mempunyai persatuan. Boleh cuba cari di google ISP. Banyak training dan exam boleh planter sertai untuk improve skills dalam bidang perladangan. Pedulikan apa yang anda dengar. Cuba dan rasai sendiri pengalaman. 

Comments

  1. so far menyesal x keje situ

    ReplyDelete
  2. ada ke wanita yg bekerja as Cadet Planter and bukan dari bidang Agriculture boleh ke mohon as Cadet Planter?

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru nak mohon jadi cadet. Ada tips tak encik ?

    ReplyDelete
  4. apa beza cadet planter dan cadet engineer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadet planter biasanya bekerja di estate. tapi kalau cadet engineer bekerja di mill.

      Delete
  5. Perempuan bole try ke jd cadet

    ReplyDelete

Post a Comment