In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.
Din sedang tekun mendengar syarahan Dr! |
Sekarang jam menunjukkan 9.30 pagi. Aku masih diatas katil. Menunggu waktu untuk terus berjalan sambil mendengar halwa telinga lagu Adele - Someone like you. Yeah! Aku melayan perasaan sebentar di pagi hari. Kali ini aku cuba untuk membuatkan sedikit perkongsian daripada ape yang aku dapati semalam melalui kuliah Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Di akhir kuliah tersebut, Dr tu telah meminta kami semua untuk melontarkan pendapat berkenaan dengan satu topik yang mana sebelum ini aku tak pernah pon terpikir bila belajar sejarah time sekolah menengah. Ape yang aku baca itu la yang aku faham. Jadi seperti boneka yang diperalatkan oleh buku teks. Konten2 yang dalam buku tersebut sebenarnya mempunyai seribu satu kisah yang tersembunyi.
Nak dijadikan cerita, Dr tu melontarkan soalan, mengapa Melaka dahulu yang menjadi pusat penyebaran Islam dia Asia Tenggara, tetapi kini ciri-ciri Islamis itu sudah tidak nampak di Melaka? Tidak seperti di Acheh dimana pernah jugak menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara tetapi tinggalan sejarah itu masih lagi wujud dan dipelihara. Soalan beliau mengapa jadi sedemikian? Tujuan beliau bukanlah untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Akan tetapi beliau cuba untuk membuatkan kami berfikir di luar kotak. Macam-macam jawapan la yang diterima. Aku tengok budak2 yang bagi pendapat, beliau hanya angguk dan lihat seolah-olah paham ape yang cuba disampaikan.
Ada rakan di hadapan aku cuba untuk lari sedikit daripada soalan dengan menyatakan bahawa, sejarah yang ada di Melaka itu bukanlah sejarah orang tempatan sebenarnye. Kerana ape yang tinggalan terdapat di Melaka seperti Kota A Famosa merupakan kubu pertahanan orang Britain satu ketika dahulu. Jadi tak perlu untuk dibangakan sangat la.~begitu la lebih kurang kata-kata dia. Lepas tu, seorang lagi rakan aku memberi pendapat yang ini semua berpunca daripada masalah kepimpinan. Kepimpinan sultan terdahulu, yang mana kurang mengamalkan ajaran Islam menyebabkan kerajaan Melaka mudah jatuh dan seterusnya sejarah Islam itu telah pun hilang di telan zaman. Si boipren Nisa pon cuba untuk memberi pendapat dengan menyalahkan dasar penjajah yang kolonial menyebabkan sekularisme menebal dalam masyarakat kita mukhtahir ini. Nampak tak banyak nye perbezaan pendapat kat situ?
Aku tak boleh kalau orang dah bagi persoalan macam tu tapi tak bagi jawapan yang solid untuk menjawab persoalan itu dengan jawapan yang konkrik. Senang je Dr tu menjawab, mengapa Melaka jadi sedemikian rupa, sebab di Acheh, masyarakat di Acheh tidak merasakan bahawa mereka pernah dijajah. Mereka merasakan bahawa mereka adalah sebuah negara yang tersendiri yang tidak terikat dibawah mana2 penjajah atau pemerintahan. Jadi secara tidak langsung minda mereka bebas. Sebaliknya berlaku di Melaka, kita terasa dijajah. Bagaimana Melaka di tawan, penentangan berlaku di Perak, Pahang, Terengganu. Secara tidak langsung minda kita sudah di setkan bahawa yang bangsa kita adalah bangsa yang pernah dijajah. Bahawa penjajah adalah satu kuasa yang kuat. Ape yang dibawa oleh penjajah mudah untuk diterima pakai disini.
Lagi satu point beliau, kita ini kurang pemahaman tentang Islam. Cuma pakar dalam sesuatu perkara sahaja. Sebagai contah la kan, puasa dan solat. Semua orang tahu bahawa solat dan puasa dibulan Ramadan adalah wajib. How to perform solah, what is the consequences? Semua tahu sebab diberikan pendedahan. Akan tetapi beliau mengambil contoh dalam bab muamalah. Orang tahu Riba itu adalah haram. "Allah menghalalkan jual beli dan mengaharamkan riba". Akan tetapi kenapa masih ramai lagi yang sanggup ambil riba. Rasuah pun begitu jugak ceritanya. Jadi kenape? Sebab kurangnya kita2 ini untuk memfokuskan bab2 sebegini. Ini realiti kot, sebab bila aku fikirkan balik, kenapa kurangnye kuliah2 agama berbicara bab2 seperti muamalat ni? Perkara lain penting jugak, tapi takkan perkara ini nak dibiarkan sahaja untuk kita terus hanyut. Bukan nak menyalahkan sesiapa cuma berpendapat. Tak semua orang mampu untuk memberikan ceramah tentang muamalat ni kan. Jadi tepuk dada tanyalah iman.
p/s : Bagi aku malam semalam merupakan satu perkongsian yang menarik. I wont sleep for the next class Dr.! Baru aku tahu yang TITAS ni menarik juga kan? Terima kasih keranan membaca! Semoga Allah merahmati kalian! Amin.
Comments
Post a Comment