Dunia perubatan pada hari ini telah banyak berubah daripada cara tradisional kepada perubatan moden yang kebanyakkan mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi merawat penyakit. Sebagai anak muda yang hidup pada abad 21 ini, perubatan tradisional sangat jauh dalam kehidupan kami. Hal ini kerana, pada hari ini hampir setiap kawasan di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan hospital. Syabas dan tahniah buat kerajaan Malaysia yang telah bersungguh-sungguh memastikan semua rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut.
Apa yang ingin saya bawakan pada kali ini adalah apa yang anak muda fikirkan tentang perubatan tradisional. Umum mengetahui perubatan tradisional lebih menjerumus kepada penggunaan herba-herba dan tumbuhan hutan. Malaysia juga telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat kepelbagaian genetik terbesar di dunia. Lebih 1,000 jenis spesis dilaporkan mempunyai nilai perubatan dan sehingga hari ini hanya sebahagian kecil telah dikaji secara saintifik dari segi botani, fitokimia dan kandungan bahan aktif (MARDI, 2009).
Tidak ramai yang mahu mengenal dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang herba tempatan. Herba yang popular dalam kalangan masyarakat tongkat ali dan kacip fatimah. Sebenarnya lebih daripada itu. Pada awalnya saya berpandangan industri herba ini bersifat sampingan yang mana potensinya tidak begitu besar untuk sumbangan negara. Tapi saya silap, kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk para saintis di Malaysia untuk mengkaji secara saintifik berkaitan herba tempatan yang masih belum lagi dikomersialkan. Walaubagaimanapun usaha ini nampak kekurangan apabila usahanya terputus sehingga tamat kajian. Hebahan kepada umum adalah perlu supaya menfaatnya diperolehi.
Ada antara kita sudah berpenyakit baru nak terhegeh-hegeh mencari petua itu sana sini. Banyak petua yang dikongsikan didalam internet yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ada yang terdesak mencuba sehingga memudaratkan lagi kesihatan diri. Kita perlu bijak seimbangkan pengambilan ubatan moden dan tradisional. Sayuran ulaman seperti ulam raja, pegaga dan lain-lain mempunyai banyak khasiat. Hentikan bergantung kepada supplimen yang berada dipasaran. Persepsi ini perlu diubah dan diseimbangkan supaya tidak merana dikemudian hari.
Kolot, jumud, ketinggalan zaman. Itulah apa yang saya fikirkan dahulu sebelum saya terdedah dengan industri herba ini. Apa yang membuka mata saya apabila suatu hari tangan kanan saya telah terkehel menyebabkan pergerakan saya terbatas. Selepas mencuba rawatan moden daripada hospital, keadaan saya tidak beransur pulih. Kemudian saya mencuba alternatif lain dengan berurut. Selesai sahaja diurut, tangan kanan saya dibalut dengan daun tembaga suasa atau nama lainnya bawang bakung. Itu pertama kali dengar namanya tapi pokoknya hari-hari tengok. Alhamdulillah dengan izin Allah, tangan saya beransur pulih.
Untuk kepastian lagi saya membuat kajian sendiri dengan mencari khasiat daun tembaga suasa ini dan apa yang saya dapati masyarakat melayu kita pada zaman dahulu menggunakan daun ini bagi merawat anggota yang patah. Jadi sebagai anak muda pada zaman moden ini, kita tidak boleh menafikan perubatan tradisi dalam kehidupan pada hari ini.

Comments
Post a Comment