Ramai je yang boleh menjadi blogger pada hari ini. Dengan internet dihujung jari. Platform percuma untuk menulis pun dah banyak. Semua boleh jadi blogger. Tapi ada yang bersemangat pada awalnya kemudian semangatnya makin lama makin suram. Jadi bagaimana untuk menjadi seorang blogger.
1. Kenal pasti pembaca anda
Hal ini penting bro! Kita kena kenal pembaca kita supaya apa yang hendak kita sampaikan itu mudah difahami. Macam mana nak kenal pembaca anda? Ok biar aku story sikit cara aku kenal pembaca. Pertama cuba tengok rakan blog yang ikuti anda. Mereka dalam golongan mana? Suka cerita kelakar ke, suka info menarik ke. Anda kena tahu. Yang kedua, anda kena tahu dekat mana anda 'paste' kan link anda. Contoh anda nak 'paste' kan penulisan anda dalam facebook. Anda kena kenal siapa berpotensi untuk membaca tulisan anda. Budak sekolah ke, budak universiti ke. Kena tahu.
2. Fikirkan idea yang boleh menarik pembaca.
Idea penulisan sangat penting. Gaya penulisan kitalah yang akan menarik pembaca untuk suka membaca blog kita. Jika anda rasakan kebanyakan pembaca anda dalam kalangan generasi Y, gaya penulisan anda perlulah selari dengan generasi Y. Aku tak cakap idea dan gaya penulisan aku sudah cukup bagus. Ada je banyak entri aku dalam kategori hambar. Teruskan mencuba!
3. Topik yang dekat dengan pembaca.
Ini adalah salah satu faktor lagi untuk menampakkan blog anda tertarik untuk dibaca. Pilih topik yang dekat dengan pembaca sebagai contoh sayan pernah kongsikan pengalaman saya sewaktu menjadi pelajar asasi sains pertanian upm. Alhamdulillah, penulisan saya itu antara tertinggi trafficnya yang mana pada setiap tahun akan ada ambilan baru asasi tersebut. Jadi adik-adik ni jadi curious dan nak dapatkan gambaran bagaimana suasana ketika di asasi. Jadi seperti itu boleh menjadi panduan kepada pembaca.
4. Masukkan gambar menarik (kalau boleh gambar sendiri)
Salah satu faktor lagi untuk menjadi seorang blogger yang bagus, kena pandai ambil gambar. Ye, saya tak tipu. Sampai bila nak mengharapkan gambar google bro. Dulu bolehlah nak harapkan gambar daripada google. Sekarang serba canggih, camera telefon pon dah lawa ambik gambar. Jadi jika anda pandai dalam fotografi satu advantage kepada anda. Jangan tak percaya melalui gambar sahaja boleh menarik orang untuk klik dan baca blog anda. Tak percaya cubalah.
5. Jangan mengalah dan teruskan menulis.
Yelah kita manusia biasa yang tak mampu untuk mengawal orang lain untuk terus membaca blog kita. Tapi apa yang boleh dinasihatkan jangan berputus asas berblogging. Kita tidak tahu suatu hari nanti anda boleh jadi 'seseorang' dengan hanya berblogging seperti Hanis Zalika. Dengan blogging juga anda mampu menjana pendapatan secara senyap. Mudah mudahan.
PM Miband boss
ReplyDeleteThanks and I have a super provide: House Renovation What To Do First house renovation cost
ReplyDeleteThanks and that i have a tremendous give: What House Renovations Can You Claim On Tax house for renovation
ReplyDelete