Morning briefing |
Salam guys. Untuk post kali ini aku nak cerita sikit pengalaman aku bekerja di ladang durian. Nama saintifik durian adalah durio zibethinus L yang mana hanya terdapat dikawasan beriklim tropika seperti di Malaysia dan Thailand. Terdapat pelbagai jenis durian yang berada dalam pasaran pada ketika ini antaranya ada musang king, D24, duri hitam dan lain-lain. Durian musang king popular di Pahang terutamanya di Raub. Tidak hairan kini Raub digelar bandar durian musang king.
Baik, cukup intro aku pasal durian. Macam mana dapat kerja ladang durian? First memang luck aku la sebab that time ada vacancy untuk jawatan assistant manager untuk ladang ini. Aku apply dalam JobStreet. Then, tengok dorg ni ada view tak aku punya profile. Alhamdulillah ada view 1 kali. Aku tawakal je la sama ada dapat ke tidak. Waktu ini dalam 2021 harga buah sawit pun masih lagi area RM800 belum sampai macam sekarang.
Satu petang aku dapat call daripada company tersebut dan dia tanya sama ada aku berminat untuk interview jawatan tersebut. Aku terus setuju sebab memang aku nak try something new untuk tambah pengalaman aku. Interview that time was very simple and easy. Just talking about my previous experience in Lahad Datu, Sabah and being in charge of the estate. Alhamdulillah the interview went well. The next day, i got a call and they told me that aku dah berjaya diterima untuk bekerja di company tersebut.
One month later, aku start la as durian planter. Dalam fikiran aku durian ni simple dan mudah je nak tanam. Sebab orang tua kita tanam belakang rumah hidup je tak kalut nak baja tiap-tiap bulan. Siram hari-hari dah settle. Namun itu semua ternyata hanyalah andaian aku semata-mata. Rupa-rupanya it is more complicated than getah. Very easy to die. Need more careful because air tak boleh terlalu lebih dan tidak boleh juga terlalu kurang. Semua faktor perlu diambil kira untuk menentukan jumlah siraman sehari untuk pokok durian terutamanya musang king.
Pokok secara tiba-tiba menunjukan simptom untuk mati |
Sistem pengairan kat sini jangan cerita lah memang aku tak akan habis study sebab very complicated. Got different valve and controller to irrigate the water. Jadi waktu first time aku masuk aku di mintak untuk menyelenggara sistem reporting company ini. Mereka pakai plantation system whereby every trees in the field have an id and NFC chip. So aku kena prepared report every month what happened to the trees for board to read. Aku slowly belajar sikit demi sikit tentang penyakit dan serangan serangga yang selalu berlaku dalam ladang ini.
Kalau aku cerita bab penyakit ini mungkin perlukan satu posting khas. Ringkasnya banyak penyakit yang masih belum di kaji dan study oleh para saintis yang berada di Malaysia. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kami ada pokok yang umurnya telah mencapat 3-4 tahun secara tiba-tiba menjadi kuning dan daunnya gugur kemudian akan mati. Apabila kita bertanya kepada expert durian yang berada di sini. Rata-rata hanya menyatakan masalah yang kami hadapi berpunca daripada reput akar atau akar busuk. Namun tidak ada yang boleh menyatakan bakteria apakah yang menjadi penyebab kepada akar tersebut menjadi busuk.
Sebagai assistant manager di ladang tersebut adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan memastikan pokok durian di dalam ladang sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Banyak cara rawatan yang digunapakai disini. Jikalau di sawit dahulu kita hanya terdedah dengan ancaman ulat bungkus (bagworm), kumbang badak dan wild boar. Berbeza dengan durian. Ancaman terbesar ketika ini di ladang durian adalah scale insect, belangkas dan belalang. Haiwan lain termasuk monyet dan babi. Untuk scale insect ladang kami antara yang terjejas dimana hampir seratus pokok mati dan perlu untuk disulam semula.
Scale insect under micro lense |
Scale insect attacked |
Normal leaves |
Leaves with scale insect |
Untuk kerja-kerja ladang, ada semburan foliar, membaja broadcast, meracun, pruning pokok dan menyiram. Kalau kerja-kerja semburan foliar ini kebiasaanya hanya sampai jam 11 pagi sahaja sebab dalam foliar kami mengandungi urea yang mana urea jika disembur pada tengah hari akan mudah tersejat. Hal ini sangat merugikan kerana berlakunya pembaziran urea. Banyak yang berbeza dengan kerja di ladang sawit. Bagi aku satu pengalaman yang menarik sebab mungkin aku tak pernah merasai pengalaman bekerja di ladang buah seperti nenas. Orang cakap nenas pun mempraktikkan hal yang sama.
Latihan secara bulanan berkaitan penyakit dan serangan terhadap pokok durian |
Antara tips yang aku boleh bagi kalau nak bekerja di ladang durian, be prepared physical and mental sebab ada perubahan 360 darjah. Culture sawit boleh tinggal dan pelajarilah ilmu baru dan trust the process. InsyaAllah you will make it. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita kalau ada sambutan, aku akan lanjutkan ke part 2. Terima kasih kerana sudi membaca.
Berpeluang menikmati musang king secara percuma |
Comments
Post a Comment