Aku asal Pahang. Sekolah pun dalam negeri Pahang juga. Loghat Temerloh tu memang takleh hilang la. Paling jauh pun aku penah berjauhan dengan family time degree, itu pun di UPM, Serdang. After grad, carilah kerja akhirnya dapat jawatan asisstant manager di salah sebuah syarikat gergasi kelapa sawit di Malaysia. Bila dapat tahu kena pegi Lahad Datu. Terbayang kisah pencerobohan suluk. Parent aku pun tanya 2-3 kali betul ke nak pergi sana. Tapi sebagai anak jantan dan sulung pertama, takkan nak tunjuk kat orang tua kita yang kita tak mampu nak berdikari. Jadi aku pun teruskan dan kuatkan semangat untuk sahut cabaran bekerja di tempat orang. Sudah la saudara mara pun takde di Sabah tu. Kalau terjadi apa2 nanti susah pula.
Lepas je dapat offer letter dari company tersebut, dorg suruh aku beli tiket kapal terbang. First time wey nak beli tiket kapal terbang. Memang gelabah tak reti nak beli macam mana. Last2, ada juga member yang ajarkan beli tiket. Oh senang je rupanya. Beli online je. Dalam surat tu dah maklum yang tiket dibeli boleh claim balik dengan company. Belilah tiket pukul 12.30 t/hari. Ingat lagi timenya. Pesawat air asia. Dalam 300 lebih kot harganya. Barang untuk nak bawa pun aku masih was-was. Bawak barang banyak karang tak lepas pula naik pesawat. Bawak kurang kang susah pula nak kena beli barang kat sana. Aku pun pack la segala periuk nasi, pinggan mangkuk, kicap, sos. Penuh 2 beg bagasi aku tu.
Hari yang dinanti telah pun tiba, masa untuk aku berangkat ke LD. Tiket flight aku KL-Tawau. Dorang cakap aku kena turun Tawau dan di Tawau nanti akan ada orang akan ambil aku untuk masuk estate. Parent aku ikut sampai ke airport nak menghantar anak sulang jantannya bekerja di bumi Borneo. Tipu la kalau aku kata aku tak sedih nak tinggalkan family. Demi mencari rezeki di bumi Borneo aku sorokkan je perasaan sedih aku. By the way, yang sama-sama dengan aku ke LD ni seramai 7 orang. Jadi semua book tiket flight masa yang sama. Aku dipahamkan LD ni antara bandar yang agak besar juga la selepas KK, Sandakan dan Tawau. Bayangan aku LD ini sebuah pekan yang kurang maju, mundur dan segalanya serba kekurangan.
Maka berangkatlah aku ke bumi Borneo. Mendarat sahaja aku di Airport Tawau, syukur aku kerana sepanjang flight berjalan dengan lancar. 2 jam lebih rasanya dalam flight. Siap order makan wei nasi lemak pak nasser. Makan panas-panas dalam flight. Bila sampai saja di Airport Tawau, dekat imigresen aku diberikan special pass. Dalam pass tu aku baca yang aku hanya boleh stay di Sabah selama 60 hari ke 90 hari. Dalam hati aku, ha sudah dah la aku nak kerja sini tapi boleh stay masa singkat je. Macam mana tu. Tanyalah dengan orang imigresen. Terangkan yang aku ni datang sini untuk bekerja ni en. Lepas tu di explain, biasanya kalau bekerja disini company akan buatkan passport biru. So ada passport biru tu siap permit bekerja dan boleh stay dalam masa yang lama.
Settle je dengan imigresen, aku cari beg aku. Jumpa beg, kami pun gerak keluar dari airport. Boleh tahan besar juga airportnya. Keluar je aku tengok satu suasana yang lain. Semua banyak kereta 4x4. Hailak! Hailak! Hailak! Semua Hailak! Jarang sekali jumpa Saga, Mybi dan Axia. Waktu aku sampai tu lebih kurang jam 2.00 - 3.00 petang. Niat jama' takhir je la. Bila dah sampai, aku call la driver yang nak datang ambil aku tu. Rupanya maklumat yang dorang dapat yang aku sampai esoknya. Padahal aku dah sampai dah kat airport. Bincang punya bincang, takpelah aku ngan member aku decide ktorg stay dulu la bandar Tawau satu malam. Terpaksalah on Grab tengok dari airport ke bandar RM18. On je la daripada tidur kat airport ni. Bermalamlah aku di Tawau.
Bersambung Part -2.
Kalau ada yang berminat nak tahu part 2 boleh komen.
Part 2 bang hahahaha
ReplyDeletePathway nak jadi assistant manager macam mana ya, kena ada degree dalam pertanian ke ?
ReplyDelete