Kapas Island Friendship : Translead Maklum Lead 1 Session 1

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum



Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan. Akhirnya saya telah selamat pergi dan kembali dari Pulau Kapas, Terengganu daripada mengikuti program Translead Maklum Lead 1 : Survival Laut dan Fizikal. Ha macam tu la lebih kurang bunyinya. Maklomlah dah lama tinggalkan Pulau Kapas tu lupa plak nama penuh kem tersebut. Namun apa yang dapat saya perkatakan adalah kem sebegini rupa sangat-sangatlah baik jika diadakan secara berterusan. Hal ini kerana, melalui platform sebeginilah mahasiswa dan mahasiswi yang berbeza universiti dapat bersama-sama berkumpul bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea berkenaan dengan apa yang cuba dibincangkan.




Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut. Izinkan saya untuk menerangkan objektif sebenar Translead Maklum Lead 1 ini. Translead Maklum ini dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia yang mana ahli majlis ini terdiri daripada semua TNC HEPA universiti2 di Malaysia. Tujuan mereka menganjurkan kem ini bukanlah sekadar untuk bersuka ria. Tapi mereka cuba mencari duta kecil bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah semua sedia maklum bahawa KPT sudah pon diserap dibawah KPM.



Translead ini mempunyai 4 peringkat daripada Lead 1 sehingga Lead 4. Untuk lead 4, daripada semua calon universiti calonkan. Hanya 10 orang yang bertuah sahaja akan dipilih untuk melakukan internship di 10 buah negara yang berbeza. Hebat bukan? Memang impian saya sejak kecil untuk menjejakkan kaki ke negara luar. Namun rezeki masih belum menyebelahi saya. Tapi takpe saya yakin dan percaya peluang untuk saya akan muncul juga suatu hari nanti. Ok cukuplah dengan sejarah dan latarbelakang kem. Sekarang masuk pula cerita yang saya hendak sampaikan.



Saya telah dicampak ke kumpulan Udang Galah. Itu nama kumpulan saya. Kumpulan udang tersebut dibahagikan kepada 2 kelompok pula iaitu group 3 dan 4. Melalui kumpulan kecil sebeginilah bonding yang dibina mampu mengeratkan lagi ukhuwah antara kami. Oh lupa pula untuk mention bahawa kami sesi yang pertama yang mana hanya 6 universiti terpilih sahaja iaitu UPM, USIM, UM, UTHM, UTM dan UPSI. Terima kasih buat sahabat2. Kenangan yang diberikan amatlah bermakna. Akan kita bertemu sekali insyaAllah. Ok sekarang saya terpaksa stop sebab nak berbuka puasa sudah.





Salam ramadan buat rakan-rakan Lead 1 sesi 1. Kalian semua memang osem la. Jika diberikan kesempatan dan peluang akan ku pilih untuk bersama kalian sekali lg. HEHEHE.

Comments