In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Double R in the house! Radzi and Rais here! hehehe... |
Alhamdulillah, akhirnya semester pertama untuk tahun pertama bacelor selamat melabuhkan tirainya. Sekejap rasanya masa berlalu. Pejam celik sudah satu semester. Laju sahaja masa berlalu. Itulah kata orang semakin kita membesar semakin pantas masa berlalu. Nanti sedar-sedar dah jadi warga emas. Masa tulah baru terpikior apelah dah aku buat masa zaman muda-muda dulu? Melepak sokmo ke? Tepuk dada tanyalah diri sendiri sakit ke tidak. ehehehe. Ok untuk kali ini tak mau serius-serius. Saya bukan serius orangnya. Tengok blog la colourful gitu. Saje je bermula cenggitu sebab itulah namanya muqaddimah. Baiklah kembali semula kepada agenda utama kali ini.
Friends forever! |
Menyambung pelajaran dalam bidang Agribusiness seperti menjadi sebuah takdir yang telah ditetapkan oleh Ilahi buatku. Pada asalnya bidang Agribusiness ini bukanlah bidang yang diminati sejak dibangku sekolah. Tapi atas dorongan dan faktor semasa, minat itu datang dengan spontannya. Menjadi ahli keluarga BSPT adalah satu yang awesome! Ahli-ahli kami terdiri daripada akak-akak dan abang-abang yang kiut miut belaka. Majoriti yang berumur sebaya dengan dengan aku kurang. Boleh dibilang dengan jari je. Jadi itu tak menjadi penghalang untuk aku terus berkawan. Satu pengalaman yang baru apabila dapat berkawan dengan orang yang jauh lebih dewasa daripada kita.
Sebagai satu penghormatan kepada mereka, suka untuk aku sebut nama-nama hero dan heroin tersebut, hahaha :
1. Faz - Orangnya genit sahaja tapi sangat kelakar dan bermatlamat jauh. Suka berkawan dengan beliau. =D
2. Kifah - Orangnya genit juga dan sangat selamber. Bila bersuara nampak sangat berkeyakinan. =D
3. Kak Wana - Sudah berumah tangga tapi tak menjadi penghalang utknya sambung blajaq! chaiyok!
4. Hamizah - Orangnya tinggi sikit dari aku, takde la sombong sangatkan.
5. Syahid - Bro yg sngt gigih untuk ubah hidupnya. Teruskan! Kagum meh!
6. Rais - Sangat kelakar orangnya, senang nak berborak!
7. Zul - Tinggi lampai orangnya. hampir tertipu olehnya gara2 tawaran poli die!
8. Ijam - Kelakar juga die ni. time kasih sbb bg tumpang kereta aritu. =D
Kepada yang lain maaflah tak dapat nak dimention nama semuanya sebab nak siapkan entry ini secepat mungkin. Anda juga merupakan hero saya terutama Welson yang menjaga kebajikan kami. Yeker menjaga? Boleh la kan. Daripada takde langsung. Welson kan ketua batch ktorg. Btw, dont forget design our first corporate shirt wokey! Ape yang menarik lagi berkaitan dengan kenalan yg sekapal dalam kos BSPT ni adalah Pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian tidak ramai seperti kos yang lain. Hanya 5 orang sahaja. 4 lelaki dan sorg wanita. The rest ada lepasan matrik dan STPM.
OK! Lets move to pensyarah pulak! 1st nak cakap bahawa PA saya sangatlah sukar difahami apabila pertama kali berjumpa beliau. Garang weh! Takut nak berjumpa beliau. Hanya contact melalui mesej sahaja. Dia tak suka orang call dia sebab kalau orang call dia confirm kene marah kaw kaw! Pernah kena sekali dan takkan ulang dah kesilapan yang sama. Tapi bagi aku function PA tu tak terrcapai sebenarnya. Macam orang lain PA mereka ambil berat isu anak2 buah mereka. Aku? Semuanya bergerak atas kaki sendiri. Takpelah Radzi, sampai bila nak mengharapkan dan bergantung dengan orang je kan? Hidup perlukan perubahan. Secara keseluruhan pensyarah untuk semester ini terbaikk! I loike uolls! Terutama Prof Madya Dr Fadzilah. Beliau mengajar Hubungan Etnik dan sangat sempoi dan bersahaja dalam menyampaikan lecturenye. Sayangnya bukan lecturer UPM. Dipinjamkan daripada UKM. Sangat bertuah dapat menuntut dengan beliau. Terima Kasih Dr! Lagi satu terima kasih juga kepada Dr Nitty! dan tak lupa juga pensyarah yang lain! Lagi satu sebelum terlupa, Tutor Fahmi kau rawks! Orang Math pelik2 dan nerds! hahaha.
Apa yang aku terkilan sikit semester ni kami takde pon buat aktiviti sesama ahli batch. semuanya macam buat hal masing-masing. Bukan apa, at least adalah sikitkan jamuan berbeku supaya semua dapat kenal. Nanti takdelah, lah! Kau sama kos ngn aku ke? Final sem baru sedar. Tak nak lah jadi macam tu. Berkenalan sesama ahli kos dapat jugak bertukar-tukar pendapat antara yang junior dan senior. Kan indah hidup kalau begitu. Harap lepas ni adalah yang usahakan untuk adakan mesyuarat supaya dapat duduk semeja untuk merapatkan ukhuwah! Rasanya sampai disini sahaja kot tulisan kawe! Letih la nak tulis panjang-panjang. Takde la, nanti dilain masa bertemu dengan lain entri plak. Till next time guys! see ya!
tulis panjang2 penat ye?? dah makin tua la katakan. hahhaa
ReplyDelete