Tip untuk tukar company

Mesti korg pernah dalam dilemakan sama ada nak stay atau nak tukar kerja. Bila minta nasihat orang-orang terdekat, dorg punya pendapat kadang2 susah juga nak terima. Ada yang cakap "kalau kau rasa tak okay atau dapat offer yang lebih baik pergi je". Apa yang susahnya? Lepas dah pindah company baru, barulah kita rasa alamak nyesal pula pindah company ni. Better lagi work culture company dulu daripada sekarang. Company sekarang macam indah khabar dari rupa. Boss pula tak okay company ni. So aku nak share sikitlah pengalaman aku tukar kerja dari tahun 2016 sampailah 2022. Sepanjang 6 tahun aku kerja dah 5 company aku joined.

Habis je belajar aku kerja part time kedai sukan. Time tu gaji basic baru RM1100 tak terrasuk ot dan comission sales aku. Kerja shift, so bila dapat partner kerja ok syoklah kerja. Tapi kalau partner kau sendu memang bosan sikitlah. 2 bulan je aku kerja, aku dapat kerja yang lain. Masuk government bai. Aku kerja dental salah sebuah institut penyelidikan di Selangor. Time ni bapak bangga wei dapat keje gomen bai. Offer aku sebagai pegawai penyelidik (kontrak). Lepas aku masuk barulah aku tahu yang aku ni kerja sebagai PSH (pekerja sambilan harian). Gaji RM100 sehari. Offer day 24-26 hari so maksimum boleh dapat gaji RM 2600. Kalau ada public holiday lagi rugi, hari bekerja jadi skit. Meaning aku kerja based on day. No entitlement for annual leaves. Bangga tu tak usah ceritalah budak baru grad terus kerja gomen kot. Kau ada tak? Hehehehe.

Dek kerana aku memikir nak berkahwin dalam setahun dua lagi. Aku decided untuk cari kerja permanent yang boleh sustain hidup aku nanti lepas kawen. Kebetulan dapat iv company ladang yang terkenal kat Malaysia. Company ni ada mall paling besar kat Putrajaya. Iv soalan dia tak killer sangat. Simple but ada bond pula dengan dorg. 2 tahun sekurang-kurangnya berkhidmat. Kurang 2 tahun akan disaman. Legal ke company buat mcm ni ye? Just wondering. Paling lama aku kerja 2 tahun setengah. Dan paling singkat kerja permanent adalah setahun. 

Ok lets back to our topic, nak tukar kerja banyak perkara kita kena fikirkan. Aku akan list kan beberapa faktor untuk korg nilai dan fikirkan semula sebelum job hopping.



1. KELEBIHAN COMPANY BARU DENGAN YANG SEKARANG

Cuba korg listkan apa kelebihan yang ada pada company korg nak jump tu dari company korg yang sekarang. Setiap company work culture, organisasi berbeza beza. Kelebihan yang ada contoh unlimited medical card ke? Extra allowance? Contoh perkara yang korg boleh consider. Of course bab gaji mesti korg nak lebih daripada company yang sedia ada sekarang. Apa yang aku buat, dulu aku buka LinkedIn. Cari orang yang bekerja dekat company baru tu. Buat kawan dan tanyalah soalan. Okay tak kerja sana? Berapa lama dah kerja sana? Medical card berapa setahun? Tanya je org dalam LinkedIn tu. Daripada situ korang dah boleh dapat gambaran tak banyak pun sikitlah berkaitan company baru tu. Aku pernah juga datang visit dulu kawasan company baru tu nak tengok keadaan. Itu pun salah satu cara korg nak buat comparison company dulu vs company sekarang. 



2. BUAT CALCULATION GAJI BARU VS GAJI LAMA

Kenapa aku suruh buat calculation sebab memang korg akan terpukau dengan offer gaji yang lebih tinggi. TAPI, korang kena fikir balik mungkin gaji tempat baru tinggi tapi kos untuk ke tempat kerja atau kos belanja kawasan tersebut jauh lebih tinggi dengan tempat lama. Macam pengalaman aku, waktu tukar kerja, dia offer allowance rumah RM500. So aku just terima je memikirkan RM500 mesti ada rumah sewa yang lebih murah dari RM500. Sekalinya sewa rumah kawasan ni semua RM 700 ke atas. Pergh dengan kuarters yang tak cukup, so aku terpaksa keluarkan extra cost pula untuk bayar sewa rumah. Lepas aku buat calculation balik, sama je bulan2 aku dapat lepas tolak belanja dan sewa rumah apa semua. Elok kerja jalan kaki je pergi office dah terpaksa naik kereta 20km untuk ke tempat kerja. Semua ini korang kena consider untuk rasa tidak menyesal kelak. 



3. CUTI DAN CONFIRMATION PERIOD

Waktu dapat offer letter tu korg mesti nak kena tengok annual leaves dan segala leaves yang dibagi. Lagi satu confirmation period tu korang mesti tahu. Cuti biasanya HR akan proportionate by month. Ada company bagi cuti sampai 23 hari. Ada company juga yang aku joined bagi 12 hari je cuti tahun. Meaning sebulan sehari je boleh cuti. Biasanya awal kerja tu 12 hari je cuti tapi bila dah 2 tahun ke atas akan meningkat 20 hari. Confirmation period pula kena tahun setahun ke, 6 bulan ke atau 3 bulan. Sebeb ada company takkan bagi kau annual leave once kau belum confirmed. Kau rasa? Kalaulah confirmation kau 6 bulan. Bermakna kau tak layak untuk cuti selama 6 bulan wei. Bayangkan 6 bulan tak dapat cuti. Memang sengsara. So kalau sanggup takde masalah. Buatkan bini kau nak kena bersalin dalam tempoh 6 bulan tu. Macam mana kau nak cuti? Paling pun sehari dua tu dia boleh lah bagi kot. Kena fikirkan semua tu dulu sebelum decide nak pindah company baru. 



4. CUBA TANYA MANAGEMENT DAN BOS KAT TEMPAT BARU MACAM MANA

Satu lagi benda korg kena consider adalah boss yang korang akan bekerja nanti. Hal ini penting sebab korang akan menghadap dan melayan karenah dia sepanjang korg bekerja disitu. Aku selalu bila dapat contact dengan orang dalam company baru, mesti soalan wajib ditanya bos kau ok tak kat situ? Jenis mengajar ke? Atau suka bossy. Bila dah start masuk tapi boss pula tak ngam mula lah rasa menyesallah, baru reti nak menghargai bos tempat lama. Dah pindah baru terasa kehilangan bos lama. Selama ni selalu kutuk2 bos lama dengan member. Sekarang tempat kerja baru kawan pun takde, boss pula bagi pressure first day. Tak lama lah lepas 2 hari minta balik tempat kerja lama. Memang ada yang berlaku begitu. Tak tipu. 


Akhir sekali, paling eloknya buatlah istikarah. Dengar cakap-cakap orang belum tentu orang tu paham situasi kita. Mungkin ada antara kita punyai sebab yang tertentu untuk tukar kerja. Terpulang dan pastikan tips yang saya kongsi anda ikut dan berbaloi lah dengan keputusan yang korg dah buat. Selamat maju jaya di tempat kerja yang baru. 













Comments