Alhamdulillah : Istiqamah

Assalamualaikum akhi dan ukhti sekalian.



MasyaAllah, sedar tidak sedar. Kita sudah pun sampai ke 10 malam terakhir Ramadan. Dalam beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Nikmat yang Allah berikan ini belom terasa puas hati ini. Saya yakin dan percaya akhi dan ukhti diluar sana merasai perasaan yang sama. Ramadan mentarbiah kita, Ramadan membentuk sasiah kita. Jika sebelum Ramadan kita seorang yang fasik. Maka Ramadan kita berusaha untuk menukar jalan ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, suasana Ramadan memang sukar untuk dicari dalam bulan-bulan lain. Ada pun tiba bulan Ramadan, surau secara kolektifnya menjadi penuh. Jemaah semakin bertambah. Suasana menjadi meriah. MasyaAllah. Alhamdulillah.




Rata-rata dapat dilihat kesedaran masyarakat terhadap agama sudah semakin menebal. Mengapa saya berkata sedemikian. Hal ini kerana, lihat sahaja sajian televisyen pada masa kini. Sudah banyak rancangan yang berunsurkan keagamaan. Dahulunya kita hanya ada Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Al-Kuliyyah. Itu pun dalam seminggu hanya sekali. Barangsiapa yang tidak mendengar majlis ilmu, hatinya akan menjadi gelap. Kerana majlis ilmu itu merupakan taman-taman syurga. MasyaAllah. 

Alhamdulillah, kini sudah banyak rancangan keagamaan yang muncul di televisyen yang sesuai dengan keadaan kontemporari. Lebih dekat dengan orang muda remaja terutamanya. Sebut sahaja rancangan 30 minit Ustaz Don, Tanyalah Ustaz, Dikir Zikir, Halaqah, Semanis Kurma, pastinya ramai yang arif dan tau tentang rancangan-rancangan tersebut. Memetik kata-kata seorang ustaz, hidayah telah ada pun dihadapan kita. Cuma tinggal kita sahaja yang hendak memilih dan ambil hidayah daripada Allah. Tiada lagi alasan apabila ditanya, kenapa tidak bertudung? Hidayah belum mari. Nantila dulu sampai suatu masa nanti. Persoalannya, sampaikah kita kepada masa tersebut?. Nauzubillah. Suatu kisah dimana Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya. 

"Apakah perkara yang paling hampir dengan kamu?" 

Anak muridnya menjawab dengan pelbagai jawapan. Kemudian, Imam Ghazali pun menjawab, perkara yang paling hampir dengan kamu adalah MATI. Kita tidak tahu bila masa kita, kerana itu adalah rahsia Allah. Seorang rakan saya telah pon pergi buat selama-lamanya. Tidak pernah terpikir pun yang akan kehilangan rakan secepat itu. itu semua kerja Allah. Al-Fatihah buat arwah.

Alhamdulillah, sejuk melihat rakan-rakan dari sekolah yang dahulunya sangat "nakal" kini masyaAllah, tabarak Allah berubah 360 darjah. Cemburunya hati ini melihat mereka. Mampu membaca Quran dengan baik, menghafaz Quran, memberi tazkirah dan sebagainya. Pemuda beginilah yang kita ingin lahirkan. Buat sahabat-sahabat yang telah berhijrah itu tahniah saya ucapkan. Moga istiqamah dengan apa yang kalian lakukan. Akhir kata, jom kita merebut ganjaran di 10 malam terakhir ini dengan memperbanyakkan ibadah di malam hari. Sama-sama kita istiqamah. InshaAllah. 

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Fuad, guru BM kami di MRSM Tun Abdul Razak Pekan yang bakal menjadi raja sehari tidak lama lagi. Barakallah. Insha Allah jika ada ruang dan peluang kami rakan-rakan akan merancang untuk ke majlis cikgu. InsyaAllah. Doa-doakan. Semoga berbahagia hingga ke syurga. 


Comments