Random silent story.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

New big family!

Satu jangka masa yang agak lama tidak berblog. Dah rasa seperti janggal pula untuk menulis semula. Pernah rasa dah give up untuk menulis blog. Bila difikirkan kembali~mengapa aku mensia-siakan wadah dan ruang untuk aku berblog selama ini begitu sahaja. Ini adalah minat aku, peluang aku. Jadi tidak salah untuk aku meneruskan kembali ke dunia blog. Pada kali ini adalah lebih kepada luahan perasaan la. Lebih kurang. Banyak perkara yang hendak dikongsikan, tapi tak tahu daripada mana nak mula ni. Tapi takpe I will try my best to give the best.

Sekarang ni aku rasa betul2 lega. Sangat lega. Kenape? Sebab terasa bebanan yang aku pikul selama ini dah semacam dilepaskan. Cerita yang agak complicated jugak untuk aku cerita kan. Tapi what I can say here is when you like someone please dont tell people around you. Perhaps, just keep it the feeling for yourself is better i think. Well, when kantoi it come to worse. Memalukan dan sangat memalukan. Aku klo boleh memang x nak cakap dah pasal mende ni, akan tetapi nak jugak cakap sebab ini blog aku. Aku punya sukalah nak cakap ke tidak kan? tak gitu? The conclusion is I'm being rejected. Full stop!

Oklah, kita ke fasa seterusnya! Aku telah masuk ke alam degree! Whipppiee!!! Seronok memang seronok bebeh! Dapat melanjutkan pelajaran ke satu tahap yang lebih tinggi. Tapi disebalik kegembiraan ini ada cerita kesedihan sebenarnya. Nak dijadikan ceritalah, aku telah berjaya ditawarkan untuk mengambil program Bacelor Kepujian Major Matematik! What! Math!? Bila tengok surat tawaran tu, sumpah aku memang terkejut giler kot. Speechless! Boleh ke kos yang aku xnak selama ini menjadi penentu masa depan aku. Math weh! Memang aku x leh bawak doe. Selepas beberapa rakan yang lain berusaha untuk menukarkan kos, aku pon turut sama membuat keputusan menukar kos. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak menukar kos dari Major Math kepada Agribusiness. Wah blajar business macam seronok sikit. So sekarang mengambil Agribusiness. Nasib baik cina x ramai dalam kos aku. Melayu still conquer the class ma. After a week at UPM, my friend told me that aku ditawarkan untuk mengambil Food n Process Engineering. Mak ai! Kos pilihan pertama aku tu. Dia boleh bagi. Sayangnye! Sudah la aku belajar Agribusiness ni bersungguh-sungguh. Tetiba plak ditawarkan kos yang aku memang minati.

Akan tetapi aku tidak membuat keputusan secara terburu-buru, ibu ayah sentiasa menjadi kaunter pertanyaan. Kata ayah, teruskanlah apa yang dah dipilih. Kata mak pulak, terpulanglah klo rasa nak tukar. Tapi boleh ke buat engineering? Cuma solution terakhir sahaja yang tinggal iaitu istikarah. Pada malam ini, aku beristikarah. Alhamdulillah. Bayangan untuk meneruskan Agribusiness lebih tinggi. Jadi atas sebab itu aku teruskan dan tekad untuk ambil agribusiness. Lantak la org nak cakap ape. Yang penting hidup x kacau orang lain. Bila aku masuk ke fakulti pertanian ni, dapat usha awek and akak senior cun2 belaka. Pergh! Rambang mata kawan dibuatnye. Hopefully can meet my future wife as soon as possible la. Tak kira lah kat mana2 pon. Janji jumpe. 

Okelah, rasanya cukup sampai kat sini bebelan aku. Nanti muntah plak nak dengar banyak2. Ape2 pon yang ada semua buat, pastikan niat betul kerana Allah. Bukan kerana perempuan dan bukan kerana awek. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi S.A.W. Assalamualaikum! See u when i see u. :P

Comments

  1. oip?! being rejected?? so, bkn proposal assignment la yg kene reject? rupenye proposal lain yg kene reject... sabar ye bro.. <'-'>

    ReplyDelete

Post a Comment