Kene bersedia!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Gambar hiasan.


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas pemberian nikmat yang tidak terkira harganya untuk kita semua. Hidup sebagai insan didunia ini pun sudah besar nikmatnye kepada kita semua. Dapat hirup udara segar, dapat merasai kelazatan makanan, dapat bercuti bersama keluarga dan macam-macam lagi perkara yang sangat mengembirakan. Tetapi kita semua perlu ingat bahawa semua nikmat ini hanyalah sementara. Pernah tak terfikir pada suatu hari nanti kita akan kehilangan segalanya? 

Hari ini bukan niat untuk melayan emosi sebenarnye, cuma nak sampaikan peringatan bila kita sudah lama tidak diuji oleh Allah, adakah Allah masih bersama kita atau sudah jauh meninggalkan kita? Sebenarnye hari-hari kita diuji, cuma ujian besar yang datang melanda itu. Adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk itu? Tengah hari sebelum sembahyang zohor, mata terlena sekejap tatkala meletakkan kepala di atas sofa. Bila terjaga sahaja hati terus menjadi tidak sedap dan tak tenteram. Serba serbi tak kene. Resah sepanjang masa. Kenape ye?

Dalam tido tersebut, saya bermimpi saya telah kehilangan keluarga saya dalam kemalangan jalanraya. Semua ahli keluarga saya terkorban dalam kejadian itu. Bila saya bangkit dari tido. Saya berseorangan dirumah ketika itu. Yang lain semua sibuk dengan aktiviti harian mereka (bekerja dan bersekolah). Pada saat itu hati mula rasa tak tenteram, fikiran rasa bimbang takut-takut... Ya Allah!, dengan tidak semena-mena nye air mata pun mengalir. Lantas aku berkata di dalam hati, "Ya Allah, sesungguhnya aku takut kehilangan mereka, janganlah Kau tarik orang2 yang aku sayangi." 

Lepas tu, aku mula termenung dengan sendiri melihat kipas berpusing. Pusing dalam putaran yang sama setiap jam, hari, bulan dan tahun. Tiba-tiba hati kecil aku membisik, Radzy ini semua qada' dan qadar Allah. Cepat atau lambat itu semua kerja Allah. Lambat laun, mereka akan tinggalkan kau jugak Radzy. Kau harus terima semuanya dengan tabah dan reda. Kuatkan semangat kau.

Jadi moral of the story dekat sini, aku nak bagitahu yang walau apepon yang bakal terjadi kepada kita suatu hari nanti. Kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal termasuklah emosi. Teruskan tabah dalam meneruskan kehidupan. Hargailah nikmat yang kita ada ketika ini, siapa tahu esok lusa kita bakal kehilangan nye. Dalam konteks ini, hargailah masa bersama keluarga ketika mereka masih hidup. Bila jasad sudah tidak bernyawa, semuanya  hanyalah sia-sia. Jadi mari kita sama-sama habiskan masa yang ada bersama keluarga! Marilah kita sama2 istiqamah dengan segala kebaikan yang kita lakukan mudah-mudahan ianya diterima oleh Allah. Susah senang Allah dihati.

p/s : Bila aku pikir balik pasal mimpi tu, sedih memang sedih. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Korg pon tahukan 5 perkara tersebut tu ape.

Comments