Rona-ronaku

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Lama sudah tidak menjenguk blog. Entah ada entah tidak yang sudi nak mengikuti perkembangan blog aku ni. Jadi hari ini terasa rajin tangan nak menulis pasal kehidupan sepanjang bergelar pelajar asasi sains pertanian (ASPER) UPM. Well, sepanjang berada di UPM. Tak pernah terfikir pon nak melanjutkan pelajaran ke UPM ni. Takde dalam senarai universiti pilihan pon walaupun tahu bahawa ibu aku merupakan salah satu alumni UPM tahun 1970-an. Jadi ini semua rezeki Allah kan. Aku sangat suka ayat ni, sebenarnya ape yang kita nak itu tak semestinya baik untuk kita kerana Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk kita. Dan berpegang pada prinsip itu, aku yakin dan percaya perjalanan yang Allah tetapkan aku disini tidaklah sia-sia kerana disinilah aku mula belajar untuk mengenali alam yang bernama DUNIA! Dengan kesempatan ini aku nak share la sedikit kenangan2 yang masih melekat kat dalam medulla oblongata (gitu ke eja nye). Please read it till finish.


This picture taken by Nurul Nadirah Ashaari or we call her Nad. Time ni muka semua sangat innocent. Perasan tak time ni aku pakai spectacle kot. Actually the fake spectacle! Ape yang menarik time ni kami baru sahaja lepas mendengar taklimat di unit sayuran yang mana aku bayangkan banyak la sayur tapi time ni sayur takde pon. Mungkin dah kene tuai kot. Kami dikehendaki bergerak ke Kompleks Ladang Bersepadu untuk meninjau tempat amali pertanian kami bagi minggu depan. Time ni Don angau dengan Nisa. hehehehe..


Look at my face! Annoying sungguh. This picture taken when we were on the transporter truck. Taram aje nama kenderaan tu. Sebab kenderaan itu kejenye mengangkut aje tak lebih daripada tu. Lepas aje selesai menceriakan kawasan taman herba kat Kompleks Ladang Bersepadu tu, sorang ane telah mengajak kami naik atas truck tu. Kami pon ape lagi. ramai2 naik. Sayangnye Bob mengalami kesukaran untuk naik. Lepas tu kene buat kerja punggahkan pasu. Amat meletihkan. Tapi ini telah menjadi satu kenangan terindah.


Ini amali di unit sayuran pulak dimana disini pertama kalinya kami semua dimarahi kerana tak menyempurkan kerja dengan betul. Kami diminta untuk menanam timun jepun dan membuat lubang atas batas2 yang telah disediakan. Bertemankan matahari, kami melaksanakan tugas dengan cemerlang pada awalnya. Bila kami dapat tahu bahawa kami kene menghabiskan menanam semua anak pokok tersebut dan membuat lubang sampai habis. Semua macam dah putus asa. Then, akak tu maki hamun sebab ada yang cuba blah. Kenangan guys.


Gambar epik! Satu-satunya gambar dimana hampir lengkap semua budak2 kuliah aku ada. Jap2 Ziad takde kot dalam gambar ni. Tak silap time ni ape entah. Dia tak datang time sesi pengambaran ni. Sayang seribu kali sayang. Yang perempuan muka masih baru lepas SPM. Sekarang dah matured. Faez Dern bajet macho plak dalam gambar ni. Takleh blah! Fahmi Mazalan, rambut kau macam orang asli da. Potong la kasi semart sikit baru orang tu mudah jatuh hati. Patut la terlepas sem 1 dulu. Mujur tak kene rembat dek orang. hahahaha.


Jika ditanya kepada aku siapakah yang sepatutnya menerima Most Sporting Lecturer, aku akan berikan kepada Miss Ranmeet. She's awesome doe! Memahami jiwa remaja kami terutama yang baru lepas SPM ni cam kami. Masuk je kelas dia, tak mengantuk dan setiap hari mesti ada new input. Walaupun dia berlainan bangsa dengan kami semua, cara beliau langsung tidak mendeskriminasi sesiapa pon dalam kuliah tu. Untunglah kami dapat berkenalan dengan Miss Ranmeet. Ini last day bersama beliau. Time ni Mal tersebut namaste. Sepatutnya dia menyebut dalam bahasa lain. Tersyasyul ye Mal?... hehehehe. Intan my assistant, look older then her age. Sekarang semuanya berubah. hahahaha...


Pengalaman beraya di UPM. Sangat best. Aku join majlis khatam Quran. Pulak tu yang menyemak bacaan adalah imam besar masjid UPM. Dah la beliau baca sedap kot. Pengalaman berpuasa disana plak, seronok kerana dapat makan dalam dulang kat surau. Walaupun aku bukan lah orang kuat dalam program Ihya Ramadan tapi mereka semua fantastic la kerana bekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan juadah pada setiap hari. Tahniah dan Syabas. Dari kiri Don, Aku, Asyman dan Arip. Raya 2011.


Suasana inilah yang bakal kami semua rindui. Last class with Puan Suria. Dia ganti lecturer kami mengajar Calculus doe. Alhamdulillah, aku lulus.


Cerita disebalik pensel picit yang banyak ini adalah. Tak sangke kami semua memiliki pensel picit yang sama jenisnya tapi pelbagai warna. Jadi si Una and Fana kumpulkan geng2 pensel picit ni. Jadilah geng pensel picit. Yang takde penutup tu sape punya la. hahahaha...


Masa ni dalam lab bio dimana si Una membuat lawak dengan menjadikan stage2 reproduction (blastula dan adik beradiknya) katak sebagai telefon. Kami kat meja tu gelak sampai nak keluar air mata. Inilah istimewanya budak Pekan ni. Pandai kot dia ni. Fizik full mark. Cayalah ROngok!


Ni lagi satu Mun, Yus dan Faez cuba untuk memikat hati Dr. Umi dengan memakai pakaian seragam PLKN mereka. Time ni dapat pujian kot. Kembang sket. Pesanan buat Yus. Close your mouth wherever u are.


Inilah aktiviti yang kami suka buat time lecture pertanian. Dr. Wan sangat bersungguh-sungguh dengan syarahannya. Ziqo main game kot, Nad bukak Fb lettew. Pastu yang lain tu ada tengok movie. Pastu bila exam score je pertanian. Ape rahsia korg ea?


Alolololo... Comei dok akak lab bio nie? Beliau sering menjadi bahan gurauan ahmad dan yam serta beberapa konco2 yang lain. Tapi dia steady je. Tak pernah pon merungut pasal kami semua. Sangat tidak kedekut menyampaikan ilmu. Good Luck akak! All the best! Kawin jangan lupa jemput.!


Masih ingat tak lawatan ke pasartani seksyen 17 shah alam? Dah la sesat nak ke sana. Izat dan Ziad tersilap naik van. Sampai kat situ pon lewat and dah tak ramai orang dah. Membantu perniaga2 di sana satu keseronokan. Pada akhir lawatan, percaya atau tidak kami mendapat durian runtuh. Makan free for all. Giler kau. Dengan nasi lemak pelbagai rasanye, kuih itu ini. Mau tak banyak. Thanks semua perniaga. Nanti kami singgah lagi ea. Una disinari cahaya pagi. Macam dalam filem gitu. hahahaha.



Ini adalah gambar pada malam family day asper 2011. kami berjaya menjadi johan. gabungan kuliah 1 dan 7 menjadi sebuah satu pasukan yang terbaik kot. Hakikatnya hadiah sama aje belaka. Time siangnye aku dan atan jual dadah. Laku kot dadih kami. Pada semalamnye aku first time main netball. Sekali dua aje aku main. Waktu lain luar padang jadi coach aje. Bob and Sal takde sebab dorg blah awal time ni. Sian mereka.


My lab partner. Nisa Nadirah. hahahaha. Sekali pernah tersasul tersebut nama beliau dan begitu jugak Don. Sebenarnya nak sebut Nurul Nadirah. Dekat2 kan nama tu. Ok, dia ni istimewa sikit sebab dia terima aje ape aku buat tanpa banyak songeh. Boleh terima gurauan aku, sebab orang lain tak leh terima. Budak perempuan pertama berani nak berteguran dengan aku. Senang nak bergaul dengan dia. Antara budak kuliah aku, rasanya dia kot yang aku paling rapat sehingga boleh cerita rahsia2. Dah berpunya ok. Jangan nak skandal2 kan. Kami takde ape2. Sekali lagi nak cakap, senang bekerjasama dengan anda. Gambar menunjukkan aku pon ada riben jugak kat kepala. Cantik kot riben tu. hahahahaha.


Pada malam dinner kami. Aku merelakan diri untuk menjadi Emcee pada majlis tersebut. Sebab sebelum2 ni tengok budak2 jadi emcee ni macam best jew. so i decided to try. Dapat la sikit skill2 untuk menjadi emcee. Dapat jugak berkenalan dengan Saudari Najwa. Dia ni hotstuff asper. Sape tak kenal dia. Aku pernah nampak je tapi tak tahu nama. Melalui ini kami digandingkan. Seronok bekerjasama dengan anda. Satu pengalaman berharga.


Bowling tournament kami. Yang telah menobatkan kumpulan putih sebagai johan bagi pertandingan ini. Tahniah la korang. Jeles kay. kenapa team ungu aku lelaki semua tak boleh nak menang ni? atas kertas nampak macam cerah je nak menang. tapi takpe kalah menang adat perlawanan kan? yang penting ukhuwah itu dipereratkan.


Akhir sekali, disinilah semua kenangan kami berakhir, di Teluk Kemang, Port Dickson. Pantai ini menjadi saksi keakraban kami semua. Pada saat dan ketika itu dalam hati aku cuma ada "Ya Allah janganlah Engkau akhiri percutian kami ini". Mintak saat dan minit yang berlalu menjadi panjang. Tapi ape boleh buat. Masa tetap mencemburui kita. Selamat tinggal PD! Bila kami semua akan berkumpul seperti ini lagi?


p/s : Ingat ape yang kita pernah lalui bersama, jangan pernah lupa saat2 indah kita semua. Semua kalian dirahmati Allah. Allahuakbar!

~BERTEMU BERPISAH ADAT DALAM PERSAHABATAN~

Comments

  1. haha ! aku suka stage stage tue
    sweet memory ever ~ !!

    ReplyDelete
  2. haha namaste!..thanks atas teguran tudung mak cik tu ye..:) but aku still pakai je..:D

    ReplyDelete
  3. .."Time siangnye aku dan atan jual dadah"??
    That is so funny~ XD Yo classmate! All the best in life!

    ReplyDelete
  4. hahahaha... xprasan seh typing error... u too! all the best! sorry doe aritu gaduh pasal mende remeh ngn kau. lupe nak mintak maaf. baru sekarang ingt. sorry ek. jgn bgtau sal. hahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment