Sayang!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan rahmat-Nya. Jadi hari ni paper ke-3 aku iaitu Pertanian. Daripada semalam macam takde semangat pun nak membaca pertanian. Nota buat pon sekerat dua aje. Lepas tu tension. Then, pakai je la jawapan soalan spot yang telah diedarkan oleh orang yang bertanggungjawab. Dalam hari dok kata : "Banyak sungguh nak baca ni, dengan tak paham lagi satu hal. Aku buat keputusan untuk bertolak awal.

Sebenarnya exam start pkul 8.30 malam. Datang lepas maghrib pon takde hal. Tapi saje nak tenang kononnya. Bertolak la dengan budak kabut (Budin). Well sape kenal dia tau la caranya. Tengah dok borak2 dengan bosannya, tetiba hatiku berdetik nak call mak la! Ok amik fon, dail 012-*****52.

"Assalamualaikum Mak!"

"Walaikumsalam"

"Mak wat ape tu? Sibuk ke?"

"Takde la, mak kat rumah Opah ni."

"Ha? Rumah Opah" - jeles aku dibuatnya. tak ajak pon.

....Adalah perbualan kami, takleh tulis semua....

"Exam dah abis dah?"

"Belum. Ni tengah on the way nak g exam la ni"

"Buat la yang terbaik, kome kat sini hanya mampu berdoa untuk awok kat sana."

Tetiba terus jadi macam lain macam kot. Perasaan bersemangat tu tetiba muncul kot. Memang lain kot.

"Oklah mak, kim salam kat Opah"

"Ok, I love you!"

Tetiba hati ku dah macam ape entah. Tak penah mak aku cakap I love you dengan aku. Lain kot perasaan bila mak kita cakap I love you dengan awek cakap I love you (takde awek k). Wah macam terharu giler. Dan bertambah2 semangat aku bila mak aku cakap macam tu. Mungkin mak aku ni praktik kan ilmu dia belajar psikologi dulu kot and plus motivasi2 dari radio dan tv. Begitulah nak share, ayat seorang ibu membuatkan seorang anak terus bersemangat. Besar sebenarnya kuasa ibu ni. Jadi hargailah ibu selagi masih ada. Jadikan ibu teman rapat anda dan jauhkan dari berkapel dengan tak tentu hala. Kasih ibu membawa ke syurga.! Sebenarnya hari ni hari lahir mak aku. hehehehe...  Happy Birthday Mak! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Itu pun kalau mak baca blog along ni. Terima kasih jadi ibu kepada kami adik beradik. Jasamu tak terbalas oleh kami. Semoga sama2 kita satu keluarga masuk ke syurga Allah kelak. Amin.

p/s : Along sayang mak! Ayah pon sayang jugak, jeles plak nanti bapak... hehehehe....


Comments