Penghujung dah?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Gambar hiasan jew bukan nak memcapub. XD


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatnya aku masih dipanjangkan umur. Perjalanan asasi aku bakal sampai ke penghujungnya. Bukan baru semalam ke kita daftar asasi? Nak dekat2 abis asasi ni rasa macam banyak pulak program yang kitaorg rancang. Mula dengan bowling, dinner, sg. gabai dan last PD. Takde la banyak mana pon tapi aku rasa macam banyak je. Sebab aku tengok balik folder gambar korg dekat 3-4 la cam tu. 

Family sebenar gua.

Baru-baru ni aku dapat peluang pulang ke rumah kot. Tujuan nye nak pulang balik camera DSLR bapak aku tu sebab nanti kalau pegang lama2 macam2 masalah yang tak diingini pulak berlaku. Dah alang2 pulang ke Temerloh kan. Aku try la bertanyakan soalan yang aku benar2 ingin tahu jawapannye. Mak, along nak kawin? . Tau mak aku jawab ape? Tunggu la post aku pasal kahwin muda bahagian 2 nanti. hehehehe...



Memandangkan final bakal membuka tirainya tidak lama lagi. Dengan kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Berjuang dan Selamat "Goodluck". Ade ke selamat goodluck? lantakla. Janji korg paham mesej yang aku nak sampaikan. Jawab la exam dengan jujur dan hati yang ikhlas kerana Allah. Sekiranya kita ikhlas menuntut ilmu ini kerana Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita.(ini ayat mak aku la, copy paste jew). Pastikan setiap perbuatan kita tu niat kerana Allah dan untuk mendapatkan keredaan Allah. Malas nak cite panjang lebar pasal course time bacelor nanti. Itu semua bakal aku ceritakan dimasa yang akan datang. Now! I have very very serious business to do. STUDY LA BOH!!!!

p/s : Sekian kerana sudi membaca. May Allah bless u.

Comments