Pak cik!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum

Tempat menunggu.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga akhirnya aku bertemu dengan ibu bapa tercinta setelah beberapa bulan terpisah. Pergh... Allah je la tahu perasaan bila tak dapat jumpa parent dalam masa yang agak lama. Tapi kali ini lain sikit, aku jumpa parent aku kat MUAR doe! Muar? Tak penah aku jejak kaki ke Muar ni. Jadi buat pertama kali aku membeli tiket di BTS. Canggih tahap shial la cakap kau. Salute TBS! Ok sebenarnya aku ada cerita untuk dikongsikan. 

Menjejak kaki ke TBS, kagum giler la doe! So first pergi beli tiket ke Muar. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar walaupun plan asal untuk bertolak pada pukul 9.00 malam tapi disebabkan kehabisan tiket pada waktu tu, kene lah amik jugak tiket pada pukul 9.30 malam. Jam sekarang menunjukkan waktu maghrib. WOW! aku punya banyak masa lagi kot kat sini. Perkara pertama dalam kepala aku, solat Maghrib dulu jom. So pergilah aku ke masjid bersama beg sandang berwarna merah. Sebaik sampai, wah ramainya orang solat. Alhamdulillah. Ambil wuduk, tunggu la sape2 nak iqamah la konon2 nye. Lepas tu ternampak seorang pak cik la kot sebab he look older than me yang baru selesai ambil wuduk. Aku pun membuat isyarat untuk solat berjemaah bersama dengan nya. 

Gambar hiasan.


"Pak cik jamak" - kata pak cik tu. Aku pun pandang la muka pak cik tadi, sambil melontarkan senyuman. Ok foine, tak nak solat jemaah dengan aku. Solat lah aku bersendiri dalam surau tu, walaupun ramai orang kot. Masing2 dok solat bersendirian. Tak paham aku! 

Ok so moral of the story, pak cik! pak cik! pak cik! Listen to me carefully. Solat berjemaah dengan solat bersendirian, mana lebih besar fadilatnya? Mestilah solat berjemaahkan? Macam ni la kan. Peringatan ini untuk diri aku dan semua. Misal kata kita dalam perjalanan untuk ke satu tempat. Lepas tu kita singgah la ke sebuah masjid atau surau. Adakah boleh untuk bersolat berjemaah walaupun kita berniat untuk menjamakkan solat? Jawapannya boleh. Berdasarkan ilmu yang dipelajari sebelum ni, solat untuk mengikut imam walaupun kita jamak tidaklah menjadi masalah terutama bila solat maghrib atau solat fardhu lain. Solat maghrib boleh ke dipendekkan menjadi 2 rakaat? Tak boleh la. So ikut je la imam atau jadilah imam untuk makmum yang bukan berjamak. Misal kata jadi imam, setelah selesai aje solat yang diimami. Bangun ke tempat lain dan sambung dengan solat isya. SETTLE! 

Arghh! Geram kku dibuatnya dengan jawapan pak cik tadi tu. Kalau boleh memang aku nak ceramah je kat dia. Tapi yang menjadi kelakaran nye. Dia boleh naik satu bus dengan aku ke Muar! What the F! Ok, sabar. Jadi aku harap pak cik dapat membetulkan pemahaman pak cik semula ye. Moga Allah memberi hidayah kepada pak cik. Ok tak sabar nak pergi kenduri ni, rasanya sampai disini je la kot. Sekian terima kasih! 

p/s : Terima kasih kerana membaca, nak sabar nak kawin! hehehehe

Comments