Oh Palestine!!

In the name of Allah, most Gracious, most Merciful
Assalamualaikum.



Recently, aku telah berpeluang untuk mendengar satu ceramah berkenaan Ibrah dari Palestine yang disampikan oleh Dr. Hafidzi yang merupakan Pengerusi Aqsa Syarif. Fyi, Aqsa Syarif merupakan salah satu badan NGO yang giat dalam memberikan sumbangan kepada rakyat Palestine. Ceramah tersebut diadakan di Masjid UNITEN. Di awal ceramah terbabit, Dr telah menayangkan dokumentari yang sangat menyayat hati dimana, rakaman realiti sebenar keadaan huru hara disana apabila Israel laknatullah menggugurkan white phosphorus dan peluru berpandu di tempat awam. 

Tak dapat aku gambarkan bagaimana sekiranya aku ditempat mereka. Apabila berlakunya dentuman demi dentuman, mereka disana tidaklah berlari melintang pukang, sebaliknya menuju ke tempat pengeboman yang telah disasarkan oleh Israel. Alangkah sayunya hati melihat, jiwa kanak-kanak yang masih muda telah syahid. Satu persatu mayat kanak-kanak diangkat dijulang sebagai SYAHID! Sebak rasanya hati ini melihat mereka. Kekejaman Israel tidak berhenti disitu apabila salah satu video menunjukkan bahawa bayi berusia lingkungan 9 bulan ke atas ditembak di kepala dengan matanya masih terbuka. MasyaAllah! Tak sanggup untuk aku terus melihat video tersebut.

Kemudiaanya Dr Hafidzi, membawakan Ibrah daripada Gaza yang mana beliau baru berkesempatan mengunjungi Gaza pada Januari yang lepas. Katanya : "Keadaan terkini bahawa Masjid Al-Aqsa telah berjaya ditawan oleh Israel. Israel telah mengelilingi Al-Aqsa dengan tembok-tembok setinggi 100 m. Persoalan yang ingin aku timbulkan sekarang, mengapa kita umat Islam masih lagi dapat bersenang lenang melihat kekejaman mereka? Tidakkah timbul perasaan marah tatkala mendengar 100 orang rakyat Palestine terkorban dalam kejadian semalam? Bagi kita itu semua statistics sahaja bukan. Alhamdulillah, setelah mendengar ceramah terbabit, ianya membuka mata  dan minda aku. 

Malulah kita menjadi pengemis, meminta-minta ihsan orang untuk hidup senang dengan cara yang mudah. Kagumilah sikap orang Palestine yang sangat berjiwa besar. Walaupun miskin, mereka tidak mengemis. Sebaliknya berfikiran rasional untuk membina hidup mereka. Salurlah bantuan anda ke tabung Palestine yang betul dan bebas daripada rasuah. Ingatlah, derma yang kita buat ini InsyaAllah akan membantu kita suatu hari nanti. Sebenarnya banyak lagi cerita yang beliau kongsinya, cuma aku je malas nak menaip panjang2... Cukuplah kita mendoakan kesejahteraan mereka ketika kita bersenang lenang. Jangan anggap kita disini sangat bertuah kerana aman damai sebaliknya mereka di Palestine jauh lebih bertuah kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh SYAHID! Bak kata Dr Hafidzi : " Orang kita takut mati, orang palestine tak takut mati".

p/s : Marilah kita sama-sama menyalurkan sumbangan agar mereka terus bersemangat dalam menentang Zionis.

Comments