Janggal?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua umat Islam tidak kira dimana mereka berada. Alhamdulillah sekali lagi diberikan kesempatan mencoret cerita sedikit. Entry kali ini saya tidaklah mahu memanjangkan muqaddimahnya. Jadi kita straight to the point. Hari ini saya telah ditegur oleh ibu saya. Sebab ape? Gara-gara memakai topi ke majlis perkahwinan yang kami hadiri semalam. 

Ibu : Nak pergi kenduri lepas ni jangan pakai topi dah.
Saya : Kenapa pulak?
Ibu : Nampak janggal tau.
Saya : Ok. (Hanya mampu terdiam sahaja.)

Lepas tu, aku tidak berhenti-henti memikirkan, kenaplah ibu cakap macam tu. Sedangkan memakai topi tidaklah menjadi satu kesalahan dalam Islam dan langsung tidak bercanggah dengan agama. Sesuatu akan menjadi janggal sekiranya kita sahaja yang melakukannya. Jika orang lain turut melakukan sama perkara itu tidak lagi dianggap janggal. Menerusi peristiwa tersebut saya terfikir, DAKWAH sekiranya kita melakukan berseorangan akan kelihatan janggal, betul tak? Misal kata bila dilakukan secara berjemaah, DAKWAH itu tidak lagi dianggap janggal.

Begitu juga bagaimana cara Rasulullah berdakwah pada peringkat awal secara rahsia dan kemudiannya baru lah secara terbuka. Perkara itulah yang saya pelajari dan ingin saya kongsikan kepada anda semua. DAKWAH perlu dilakukan oleh kita secara bersama. Bukan hanya terletak kepada mereka bersangkut paut dengan agama  sahaja seperti imam, ustaz dan lain-lain. BERDAKWAH secara berseorangan?. Takut cuma masyarakat sekeliling akan memandang serong akan apa yang sedang kita lakukan. Mulalah fitanah memfitnah dan sebagainya. Jadi marilah kita sama-sama berdakwah menggunakan medium yang ada sebaiknya. Sekian. 

p/s : Saya tak pandai nak bercerita. Jika mesej saya tak sampai maaflah.

Comments

  1. Alhamdulillah~ :) and insyaALLAH kita semua dapat melakukannya bersama, walaupun sekecil zarah.

    ReplyDelete

Post a Comment