Tirai semester 2.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Kenangan bersama akak lab bio.
Semester 2 telah pun melabuhkan tirainya. Masa berjalan begitu pantas. Tinggal hanya satu semester sahaja lagi untuk aku menamatkan program asasi ini. Walaupun hati ini tidak bersabar-sabar untuk melangkah ke alam degree tapi berat juga hati ini untuk meninggalkan dunia asasi. Bak kata syazrin kadir, "adalah menjadi hukum karma setiap yang datang pasti akan pergi." Jadi sebelum masa indah di zaman asasi ini pergi berlalu begitu sahaja, ingin saya berceloteh sedikit mengenai dunia saya di asasi. 

Bila kuliah Agri mesti terjadi perkara diatas.
Jujurnya pada semester ini saya rasa berkobar-kobar pada awal semester tapi entah bagaimana di hujung-hujung semester semangat itu luntur. Tapi nak buat macam mana kan perkara yang dah berlalu usah dikenang lagi. Tahun ini jugak buat julung kalinya Asasi Sains Pertanian UPM menyediakan program fast tract kepada lepasan SPM. Jadi batch kami ini adalah batch yang ke-7 plus new students fast tract, competition antara kami adalah lebih tinggi berbanding dengan batch yang sebelumnya. Come on radzious, you have to work harder man!

Pengalaman pertama masuk sawah.
Rakan-rakan aku di Asper? Macam mana ek nak cakap. Mereka ibarat rempah ratus kot bagi aku. Kalau seorang takde ibarat kurang lazat masakan pada hari itu. Saudara ABY merupakan chef kepada kami semua. Sementara itu, Saudari Yaya pula ibarat sudip-sudip yang membantu chef menyediakan masakan yang enak. Mereka yang lain semuanya ok je dengan aku. Walaupun ada sedikit salah faham dalam beberapa perkara. Namun semua itu kami dapat terima dengan hati yang terbuka pada akhirnya. Terima kasih kerana memahami antara satu sama lain. Biarlah kita bersahabat sampai ke syurga. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan.

p/s : Sori guys sebab tak dapat nak tulis panjang. :)  Sekian!

Comments