In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Tak kering gusi saya melayan kerenah rakan-rakan saya tatkala bercuti. Iya lah masing-masing duduk jauh-jauh so melalui facebook sahajalah kami berhubung. Walaupun kami selalu berjumpa tapi bila ada cuti or semester break, pastinya kami tidak melepaskan peluang untuk mencungkil kembali kenangan lama. Ape yang menarik perhatian saya menerusi perbualan kami sebentar tadi. Ada seorang rakan saya ini memanggil seorang lagi rakan saya dengan panggilan yang kurang disukai olehnya. Justeru itu, saya suka untuk mengaitkan kejadian itu dengan kehidupan saya sendiri. Oleh itu, ingin sekali saya menceritakan revolusi bagaimana nama saya berubah mengikut zaman dan peredaran umur.
Menurut cerita ibunda saya yang tercinta, asalnya ibu bapa saya ingin meletakkan nama saya sebagai Muhammad Takiyyudin Bin Zulkafley. Style kan nama tu. Dalam masa yang sama jugak mereka masih mencuba untuk meletakkan nama yang terbaik untuk saya. Dan kebetulan jugak masa itu, bapa saya selesai membaca sebuah buku islamik dimana didalamnya terdapat huraian atau tafsiran yang diberikan oleh Al-Iman Fakhrul Razi. Beliau ini merupa salah seorang pentafsir al-Quran yang termasyur. Maaf sebab saya sebenarnya tidak berapa tahu sangat biodata beliau. Jadi bapa saya pun memberikan cadangan kepada ibu saya. Mereka telah bersepakat untuk meletakkan nama itu. Idea asal nama saya adalah MUHAMMAD FAQHRULRADZI BIN ZULKAFLEY. Namun disebabkan ruang untuk menulis nama yang agak kecil, bapa saya terpaksa meletakkan perkataan RADZI itu di baris bawah. Dengan harapan bahawa nurse yang bertugas itu faham. Tapi malangnya beliau tidak faham, maka jadilah nama saya MUHAMMAD FAQHRUL RADZI BIN ZULKAFLEY. Kenapa Faqhrul Radzi? Kenapa tak letak Fakhrul Razi? Menurut ayahanda saya, dia hanya mengikuti ejaan yang terdapat dalam buku terbabit kerana buku terbabit ditulis oleh pengarang yang berasal dari Indonesia.
Setelah beberapa tahun dilahirkan, mak saya prefer memanggil saya dengan panggilan MUHAMMAD. Kenapa? Supaya peribadi Rasul junjungan kita Nabi Muhammd S.A.W menjadi ikutanku. Semuanya tidak bertahan lama, kerana maklumlah lidah orang melayu. Bagi mereka Muhammad itu agak sukar disebut dan agak panjang. Jadi ringkasannya adalah MAMAT. Yeah saya tahu bahawa MAMAT itu membawa maksud yang tidak baik. Tapi apekan daya. Semua orang dah mengenali diriku ini dengan nama itu. Jadi nama Mamat itu kekal hingga ke tadika sahaja. Oleh itu, sesiapa yang masih memanggil saya Mamat. Mereka adalah orang yang paling lama mengenali diri saya.
Masuk ke alam persekolahan. Saya cuba untuk menggunakan nama yang sebenar. Dari situ ramai yang memanggil Faqhrul atau Mat. Ape yang membuat aku kurang senang dengan nama Faqhrul, mereka yang berjiwa nakal acapkali cuba bergurau denganku dengan menyebut namaku seperti 'Fuckrul'. Sakit hati itu semestinya. tapi apa boleh buat. Sabar ajelah. Budak-budak je. Aku masih mengguna pakai nama tersebut sampai ke tingkatan 3. Tingkatan 3 di sebuah sekolah agama. Kononya dapat result cemerlang sikit, mahu bertukar angin ke sekolah yang lain.
Jadi bila saya memasuki ke tingkatan 4, saya menukar identiti yang dahulunya. Bila da orang tanya, nama siapa? Saya jawab je 'Radzi'. Nak gempak sikit suruh orang panggil Rad. Ingat style sangatlah tu. Mula-mula pakai nama baru tu janggal kot. Member baru kenal tadi dok panggil nama kita kuat plak tu. Tapi wat dunno aje. Mane taknya, ingat panggil orang lain. So lama kelamaan telah menjadi kebiasaan sudah dengan nama baru saya itu. Satu hari entah bagaimana timbul idea untuk mencomersialkan nama sendiri menjadi radzious. Saya menggunakan nama tersebut atas tujuan untuk merahsiakan identiti (bagi sesiapa yang tak tahu), dan bagi yang tahu sebagai kepunyaan saya. Namaku sekarang jugak masih ramai yang mahu menyingkatkannya. Ada yang panggil G, dan ada yang panggil Zeezee. mulut orangkan. Jadi begitulah kisah namaku. Jangan hairan mengapa ada yang panggil Mat, Faqhrul mahupun Radzi. Sebab semua itu adalah nama saya. Terima kasih ibu dan ayah atas nama yang indah ini. SEkIaN!
p/s : Adik beradik saya tak panggil saya along, sebaliknya panggil saya dengan nama Mamat. So teringin nak orang lain panggil kita dengan nama along. Hehehehehe
along nak saya panggil along..along ke cherry??haha!
ReplyDelete