Kuala Lumpur!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.



Alhamdulillah segala puji ke atas diri-Nya kerana tidak jemu-jemu memberikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam kepada diri ini walaupun kadang-kadang diri ini tergelincir daripada akidah Islamiah. Recently, saya berkesempatan untuk keluar malam hari bersama-sama dengan rakan-rakan kelas. Tujuan utama kami bukanlah untuk keluar tidak bermatlamat tetapi keluar untuk menikmati keindahan malam hari Kuala Lumpur serta merasai sendiri suasana malam masyarakat kota yang selama ini dimomokkan dengan kemewahan dan kesengan yang mana sangat dipandang gah oleh masyarakat luar bandar seperti saya. 

Dalam perjalanan kami ke Dataran Merdeka, banyak yang kami bualkan bersama dan banyak jugak permandangan cantik menghiasi bahu-bahu jalan. Malam itu mata ini banyak dilimpahi dengan lampu-lampu neon ditepi jalan. Satu kejadian menarik berlaku semasa kami dalam perjalanan. Driver kami, iaitu Shaher Safuan atau dikenali sebagai Caer hampir-hampir sahaja terlibat dalam kemalangan yang disebabkan kecuaian. Entah macam mana pada ketika itu, beliau tidak menumpukan perhatian beliau dihadapan menyebabkan hampir-hampir kereta beliau tercium kereta hadapan. Tayar kereta dah berbunyi dan terseret dek menekan brek secara mengejut. Kereta terus meluru kehadapan disebabkan permukaan jalan yang lembab kerana baju lepas hujan. Syukur Alhamdulillah kerana pada malam itu, tidak ada kejadian yang buruk berlaku menimpa kami semua. 

Ape yang dibincangkah itu?

Nak lompat tapi landing awal sangat.

Tempat bersejarah.

Kutu rayau!

Tak bosan ke korang?

Selepas itu kami semua membaca doa kenderaan dan hanya berserah kepada yang Maha Esa sahaja. Tujuan kami pada malam itu tidak terganggu oleh insiden terbabit. Walaupun hampir kemalangan namun perjalanan tetap diteruskan. Setibanya kami di Dataran Merdeka, apa yang tergambar dalam hati saya hanyalah, wow! Cantiknya, kat Temerloh takde mende gini. hahahahah.... jakun namanya. Sambil itu jugak saya memerhatikan keadaan sekeliling dimana ramai anak-anak muda yang melakukan perkara sumbang. Tidaklah sampai berzina tetapi hampir kepada zina. Bagi sesetengah orang perkara ini telah menjadi kebiasaan, tapi kebiasaan boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Tidak hairan saban tahun kes rogol dan buang anak semakin lama semakin meningkat. Jadi mereka yang diluar sana. Tepuk dada tanyalah iman kerana masing-masing dah besar untuk berfikir dengan sendiri.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Putrajaya. Sebab ape ke Putrajaya? sebab jam telah melangkaui pukul 12 malam. So kami tidak dapat untuk masuk ke kolej sehingga awal pagi keesokan harinya. Perjalanan ke Putrajaya berjalan dengan penuh smooth and clear tanpa kesesakan lalu lintas. Seperti yang semua sedia tahu,  Putrajaya ni terkenal dengan seni bina arkitek bangunannya disana. Dari kementerian kerajaan hingga ke masjid. Semuanya indah belaka. Bertuah sangat dapat sampai disini buat kali ke-2. Dahulu sampai masa dalam fasa pembinaan, sekarang dapat lihat hasilnya didepan mata. Allahuakbar.

His name is Bakar.

Pose in front of Perbadanan Putrajaya

Syazrin Kadir pose!

Permandangn masjid Putrajaya

p/s : lawatan sambil belajar kami tamat pada jam 4 pagi. sungguh penat tapi seronok. 

Comments

  1. alah . boleh je la masuk. ikut pintu utama. seyes tak tipu !

    ReplyDelete
  2. hahahaha... sebenarnya alasan je tu... padahal nak lepak lama lagi... hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment