Hari Lahirku!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Assalamualaikum

Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada diri ini. Nikmat yang paling terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah jugak apabila sekali lagi dapat berjumpa dengan tarikh keramat 17 Januari setiap tahun. Keistimewaan 17 Januari adalah tarikh dimana saya bermula melangkah ke alam dunia. Sukar untuk kita mengingati kembali saat kita berjanji dengan Allah S.W.T suatu ketika dahulu di alam roh bahawasanya Dialah Tuhan sekalian alam. Memang satu pon kita semua tak ingat yang kita pernah berjanji dengan-Nya. Dan ingatlah bahawa manusia diutuskan didunia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadat dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Kenangan bersama Ikram Adha.

Mereka jugak keluargaku. :)
Kali ke 19 aku hidup. Banyak sudah yang saya lalui. Takde lah banyak sangat. Syukur kerana kali ini dapat meraikan hari kelahiran saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat baik asper first class. Kalau dahulunya menyambut hari lahir ke 18 di rumah bersama family. Kini bersama-sama rakan yang baru. Satu pengalaman yang luar biasa kerana for the first time ever kene prank. Bukan first time kot. Seingat saya, mula-mula kene prank masa form 5 kot oleh geng APAM terutama Ikram, Anjang dan Hazhar. Mereka telah meletakkan ubat gigi di kelopak mataku ketika waktu saya sedang tido. KEJAM jugak lah. Sebab lepas tu tak boleh tido terus sampai ke pagi. Abis cadar tercalit dengan ubat gigi. Bila dikenangkan kembali. Pengalaman yang menarik bukan. hahahaha....

Family baru.
Lain pula kisahnya disini. Bagaimana penganjur program jamuan tidak tahu ada prank untuk dirinya sendiri. Secara jujurnya saya dah dapat hidu yang mereka akan melakukan sesuatu pada malam tersebut. Saya dapat hidu aktiviti mereka pon apabila ahmad tersalah cakap yang dia telah menyerahkan sejumlah wang kepada rakan subahatnya. Dan malam itu jugak saya ternampak si Shafiqah membincangkan sesuatu dengan Ahmad. Pada masa itu aku mula mengesyak sesuatu. Malangnya, entah bagaimana tidak terfikir pulak aku yang aktiviti asalnya nak berlakon konon kononnya menjadi satu rancangan prank. Bila dah tutup lampu tu, ape lagi. Mereka pon bertindak ganas. Seperti seladang yang lari bertempiaran. Aku disembur dengan gas pemedih mata. hahahahaha.... bukan. entah ape mende yang putih2 itu namanya. Dan yang paling aku tak sangke. Farid sapari menuangkan arang ke tengkok aku. Hitam legam tengkok aku dibuatnya. itulah alkisah sambutannya. 

Lain pulak bila menyambut hari lahir di rumah. Bila tiba sahaja hari lahirku, pastinya keesokan harinya akan ada sebungkus hadiah dari ibuku yang  mewakili family berada di atas meja study. Dah macam santa clause dah aku rasa mak wat macam tu. celik mata je ada hadiah atas meja. Sambutan prank dirumah? Tiada. Paling bermakna apabila hadiah tersebut disertakan dengan ucapan ibuku buatku. Kad tersebut tidak akan ku buang. Terima kasih ibu dan ayah kerana mereka aku disini. Kerana Allah aku menjadi anak mereka dan seorang muslim. Alhamdulillah.

Saya rasa cukup sampai disini dahulu permadahan daku. Tahun ini merupakan pengalaman baru dan menarik sekali. Sambutan hari lahir di perantauan. Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah nak wat prank kat saya yang sudi mengingati hari bermakna saya dan yang tidak lupa dengan diri ini. Sesungguhnya tidak ada rakan yang lebih baik melainkan kalian semua. I love you all!!!!...

p/s : tahun ini takde hadiah. dah besar kot. beli sendiri lah... hahahaha

Comments

  1. kau tahu tak. susah gila nak bncang ngn ahmad sbb kau ke hulur hilir depan kitorang..hahaha! selamat hari jadi!

    ReplyDelete

Post a Comment