In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Recently, saya telah menyertai satu kem yang dipanggil kem Al Falah. Kem tersebut diadakan di Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat. Before saya datang ke kem ni, I have no idea kem ni pasal apa. Kemudian ia membuat aku berfikir sejenak kenapalah kem ni tak mendapat sambutan ni. Kerana dalam perjalanan kami dari UPM ke Hulu Langat hanya 7 orang sahaja dalam bus tu. 5 orang budak asasi dan 2 orang budak perempuan K11. Saya dah tension da mula-mula sebab takde sorg pun yang tolong in charge. Kami menunggu di serumpun dekat satu jam. Lepas tu bila tanya Abg Zarep, dia kasi no penganjur kat saya. Then disitulah episode kem kami bermula.
Perjalanan ke kem tu sebenarnya sangat-sangat dekat dan mengambil masa yang singkat. Oleh kerana pada hari itu kami bertolak agak lambat dan waktu puncak, jadi abang driver bus tu ambil keputusan untuk melalui Semenyih. Dekat Semenyih tu pulak, dua tempat banjir. Akhirnya perjalanan kami yang asalnya hanya mengambil 30 minit bertukar menjadi 2 jam. Nasib baik driver bus tu peramah orangnya. Bila sampai kami disambut oleh beberapa orang yang berbadan besar kot. Kami mulai cuak. Weh ni kem ape doe? Chill aje lah kan.
So overall kem kali ini is not kem actually, ibarat percutian bagi kami yang menghadirinya. Dengan makan yang disediakan memang bercuti habislah. Seronok sebenarnya kem ini sebab kami dapat berjumpa dengan Alumni UPM, bekas MPP dan MTM. Kami bertukar-tukar pendapat la. Di samping ada aktiviti yang dijalankan. Seronok tak terkata kot. Yang tak seronok apabila mereka cuba untuk bermain politik. Aku pada awalnya boleh terima lagilah. Tapi bila senior-senior itu mula berkata mengenai perjuangan Melayu yang tidak henti-henti. Aku pun memulakan perbicaraan dengan satu hentaman menusuk qalbu. "Kita kalau nak berbincang mengenai perjuangan Melayu, racist dan assabiah ni sampai kiamat takkan selesai, apa yang perlu kita buat adalah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah". Aku cuma cakap macam tu je, tetiba brader-brader tu pun jadi panas dengan aku dan Hadi.
Secara terangnya mereka skeptikal. Apabila menyebut perjuangan Islam merujuk kepada sesebuah parti. Come on la, selagi mana kita mengakui diri ini sebagai sorang muslim, perjuangan Islam itu terletak di bahu kitalah. Yang nak memperjuangankan Melayu melebihi Islam ini kenapa. Kalau tak nak sangat Melayu ini tergugat buat sahaja negara sendiri dimana semua Melayu. Cina dan India kita hantar mereka balik ke negara asal mereka. Baru puas hati? Asalnya kita bukan penduduk pribumi pun di Tanah Melayu ni. So nak hidup dalam bumi Malaysia ni kene la sepakat. Sepakat bukan atas dasar 1 Malaysia tapi sepakat atas Islam. Barulah Malaysia ini akan aman. Islam sebagai cara hidup dan bukan sekadar ibadat semata-mata. Luahan ketidakpuasan hati sebab tak dapat aku sampaikan kata-kata ini kepada brader-brader tu.
Ni some picture saje nak share dengan kalian yang membaca blog saya.
![]() |
Rumah setinggan kami. |
![]() |
Hadi menerangkan sesuatu kepada Syaz |
![]() |
Arip, tak tahu dia cakap ape. |
![]() |
Subhanallah, indah ciptaan Allah. |
thanks for sharing. mmg nk tau kem ni psl ape.. agree with your statement: "Kita kalau nak berbincang mengenai perjuangan Melayu, racist dan assabiah ni sampai kiamat takkan selesai, apa yang perlu kita buat adalah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah". :D
ReplyDelete*napelah x ckp terus nan brader2 tu..mesti ag best kan*..btw,radzy aq raseko mmg seorang yg sgt berani menulis apa saja bro..huhu..great2!
ReplyDelete