Bye 2011!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Assalamualaikum.


2011 telah tinggal kenangan. Teringat dulu-dulu masa zaman remaja hingusan, bila nak ujung tahun tu rasa macam tak sedar yang diari yang ditulis tu dah sampai kat muka last sekali. Itu zaman aku takde blog la. Sekarang dah ada blog buat mende pakai diari lagi. Jadi 2011. Kenapa dengan 2011? Secara peribadinya 2011 cukup pantas bagi aku. Rasa macam belum puas bercuti selepas SPM. Percaya atau tidak, dek kerana arus yang menolak, aku sedar-sedar yang aku telah dua semester menuntut di Asasi Sains Pertanian UPM. Hebat sungguh kuasa Allah. Hal ini jugak membuatkan aku terfikir. Adakah kita di akhirat nanti akan berasa sesingkat ini? Persoalan itu perlu bermain di benak fikiran kira ketika mana kita sudah merasa lalai dengan mimpi-mimpi indah.

Jadi disini ingin sekali untuk aku ceritakan mimpi-mimpi indah aku sepanjang 2011, nak tahu teruskan membaca, tak nak tahu boleh gerakkan cursor dan click close. hahahahaha....

1. Pengalaman pertama bekerja.
Baru aku tahu yang aku ni jenis yang memilih kerja jugak rupanya. Dulu masa buat karangan BM, hebat bagi hujah bahawasanya mahasiswa tidak seharusnya memilih pekerjaan. Tapi aku pon sama rasanya memilih pekerjaan. Itulah cakap tak serupa bikin. Mula-mula bekerja sebagai seorang cleaner Radicare di Hospital Temerloh. Mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Sebab letih giler kot. Then, mulai saat itu aku tidak lagi memandang rendah terhadap pekerjaan cleaner. Sambung pekerjaan sebagai pekerja kantin. Kerja ni rilek sikit sebab Sabtu dan Ahad ada holiday. Boleh la aku tido lama sikit. Bertahan selama sebulan sahaja. Kerana menerima tawaran melanjutkan pelajaran di UPM.

2. Pengalaman pertama menjejak kaki ke universiti.
Sebenarnya tak pernah terlintas sedikit pun nak sambung belajar kat UPM ni. Dah memang rezeki aku dapat disini. Alhamdulillah. Sebelum nak berangkat ke UPM rasa macam rilek je. Dulu masa nak masuk MRSM, rasa berdebo-debo kot. Mungkin dah biasa tinggal berjauhan dengan keluar. So bila aku iring mak bapak aku pulang. Mak aku tetiba peluk dan cium pipi aku dengan tidak semena-mena, air matanya bercucuran jatuh. Time tu aku pun dah naik hiba tapi still control lagi. Kata ayah aku, mungkin mak sedih terpaksa berpisah sekali lagi dengan anak sulungnya. Sebab masa dulu2 aku pernah terbaca diari mak aku. Aku pernah ditinggalkan dengan nenek aku selama beberapa bulan kerana kekangan pekerjaan. Dalam perjalanan itu mak aku menceritakan yang dia sedih kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna. Itu dia cakap. Tapi aku tak rasa pun macam tu. Dia ibu sempurna bagi aku. Fullstop. Banyak mende aku belajar kat sini. Berdikari, toleransi, hormat menghormati dan nilai2 murni yang lain. hahahahaha....

3. Pengalaman mendapat kawan baru.
Hidup ni tak sebatilah kalau tak ada ramuan seorang kawan. Kalau takde kawan dalam hidup tu ibarat tawar je rasanya hidup ni. Kawan-kawan aku adalah cahaya kegembiraan aku. Mereka ibarat adik beradik aku yang lain la. Ingat lagi, mula-mula je aku datang kat dewan kolej 13 tu. Aku berkenalan dengan Aizat budak kuliah 4. Lepas tu masuk bilik aku dah jam tengok budak tinggi mana entah tengah kemas bilik.(BOBO). Aku time orentasi ikut jelah BOBO tu sebab takde orang lain yang aku bercakap kecuali dengan dia. Lama kelamaan semakin reti pulak aku bersosial. Bersosial dengan cara baik. Bergaul dengan orang dan sebagainya. Sekarang semuanya telah berubah dek perubahan masa dan persekitaran. Dulunya masing-masing ibarat ayam berak kapur. Sekarang ibarat market pen kehabisan dakwat sebab selalu tidak kering dengan kelak ketawa dan macam2 ragam.

Aku rasa dah lewat kot. biarlah saya beradu dahulu. sebab esok nak bangun awal. oklah. jumpa kita di alam dunia. izinkan beta berundur dulu di alam maya ini. sekian terima kasih.



Comments