In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Islam itu suci dan mudah dan jangan mempermudah-mudah kan Islam. |
Alhamdulillah, sekali lagi diberikan kesempatan untuk terus berbloging. Jadi pada kali ini saya ada satu perkongsian yang ingin saya kongsikan.Anda semua tahu siapa puak syiah? Ye, puak syiah merupakan golongan yang menyatakan bahawa Saidina Ali merupakan imam mereka. Katanya malaikat Jibril telah tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad yang sepatutnya wahyu itu sampai kepada Saidina Ali. Setahu saya syiah ini pulak terbahagi kepada beberapa puak pulak antaranya Zaidiyah, Imamiyah, Batiniyyah dan sebagainya. Ape yang membuatkan saya tertarik untuk menulis pasal syiah ni sebab ada satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan.
Untuk maklumat, surau perpustakaan disini memang banyak foreigner. Kadang-kadang terasa macam berada di negara orang la pulak. So nak dijadikan cerita, masa tu dalam surau hanya ada aku dan seorang lagi foreigner yang sedang bersembahyang. Niat dihati untuk sembahyang berimam lah. Tapi entah macam mana tiba-tiba langkah terhenti dan tergamam seketika melihat cara foreigner tu bersembahyang. Dengan siap sujud atas batu lagi tu, lepas tu ada ada plak doa qunut kalau tak silap saya la. Dia tadah tangan macam membaca doa qunut. Dah pelik macam tu takkan la saya nak ikut kot. Nak tak nak sembahyang la berseorangan pada masa tu. Selang beberapa hari kemuadian saya pun bertanya kepada seorang teman - "Atan, mazhab mana ek anjurkan sujud atas batu?". Atan pun jawab- "Mazhab pe kemende, itu syiah punya style." Masa tu baru saya tahu rupanya foreigner tadi tu syiah rupanya.
Jadi tanpa membuang masa, saya try la mencari maklumat menganai puak ini. Tak berani untuk saya untuk mengkafirkan foreigner tadi sebab saya tidak tahu menahu langsung latarbelakang syiah ni. Setelah dibuat kajian. Ternyatalah syiah sesat dan terpesong dari Islam yang sebenar. Kenapa saya cakap macam tu ?
1) Kalimah syahadah mereka berbeza.
2) Mencela para sahabat dan Aisyah RA.
3) Menyatakan Al-Quran tidak lengkap.
4) Menghalalkan darah muslimin yang tidak sealiran dengan mereka.
5) Cara mereka bersembahyang jauh sekali berbeza dan banyak lagi.
Saya bercakap pun berdasarkan maklumat yang saya dapat. Jadi untuk maklumat lebih lanjut, tontonlah video yang disediakan dibawah. Semoga kita dijauhkan dari puak ini kerana mereka merupakan tentera dajjal pada satu hari kelak. Rahmatilah kami ya Allah ahli sunnah waljamaah.
p/s : semoga kita dijauhkan daripada fahaman syiah ini. ini sekadar peringatan supaya tidak mudah terjerumus dengan fahaman ini.
Comments
Post a Comment