Salah dan Silap.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum

Bersemangat macam dia!

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan nikmat untuk mencari keredaan-Nya. Pelbagai perkara berlaku sepanjang beberapa hari yang lepas. Jika ada kesempatan mungkin saya akan kongsikan mana yang perlu. Setelah seminggu berpenat lelah dan bersengkang mata, test 1 sudah pun berlalu. Resultnya? Alhamdulillah. Ku terima ketentuan yang ditetapkan Allah buat diriku. Cuma saya rasa agak terkilan melihat reaksi rakan-rakan tatkala menerima keputusan masing-masing. Bukan apa, masing-masing semacam tidak dapat menerima ketentuan dan rezeki yang Allah telah tetapkan buat kita semua. Kejayaan hanya milik Allah. Allah yang menentukan siapa yang layak untuk mendapatkannya. Bersyukurlah wahai teman atas apa yang telah kita perolehi. Anda mungkin rasa anda yang paling teruk tapi sebenarnya ada lagi yang merasa lebih teruk daripada apa yang anda rasakan. Jadi belajar untuk bersyukur atas rezeki yang diperolehi. 

Janganlah asyik nak menunding jari mencari kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri pun tak mampu untuk berubah. Belajar untuk bagaimana mengatasi masalah bukan memikirkan masalah. Mungkin usaha kita tak cukup untuk mendapatkan result yang kita inginkan. Jadi berusahalah dengan lebih gigih bagi mendapat apa yang dihajati. Pesanan ini bukan untuk sesiapa tapi buat diri sendiri. Ingatlah bahawa kejayaan yang sebenar datangnya dari usaha yang benar. Jika berjaya mendapat result yang baik tapi meniru, apakah itu dinamakan kejayaan? Tepuk dada tanyalah iman. 



Ok cukup bab motivasi. Berlaku satu insiden dimana pada suatu hari aku telah ditegur oleh seorang perempuan gara-gara tersalah bacaan dalam solat. "Imam ea tadi?" - tanya beliau. "A'ah"-jawabku. Dalam hati saya berbisik, ni mesti nak tegur pasal salah bacaan tadi. Ternyata tekaanku benar. Ya Allah, pada masa tu Tuhan je yang tahu bertapa malunya diri ini. Nak jawab exam malam tu jadi tak tenang. Resah memikirkan perkara tadi. Lepas habis exam, nak tido tu muhasabah diri sebentar. Berfikir secara rasional. Buat apa nak malu betul tak? Bende betul dan berlaku. Jadi sepatutnya anta malu pada Allah Radzious. Kemudian harinya saya mengambil keputusan dan mencari masa sesuai untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau. Peliknya, perkataan "sorry" keluar dari mulut beliau. Anda telah buat apa yang sepatutnya anda buat. Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ni. Jadikan pengajaran. 

Entah kenapa saya suka memalukan diri saya dikhalayak ramai. I mean in front of my classmates la. Kadang-kadang terfikir  jugak, inikah aku? Harap tiada yang berasa hati atas kelakuan yang ter"over' kadang-kadang. Ter"emo" pun kadang-kadang. Maaflah kalau ada salah dan silap. Saya rasa cukup dulu sampai disini. Masa untukku kemaskan barang-barang. Temerloh memanggil pulang. Nana tak sabor nak jumpa Nana. Nanti kita main Plant vs. Zombie sama-sama lagi macam hari tu ea. Seronok2.

p/s : Maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. 

Comments