In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Alhamdulillah, sekali lagi diberikan kesempatan untuk menikmati segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Kali ini saya nak membuat satu perkongsian ilmu sedikit. Pada hari semalam, saya menonton sebuah dokumentari berkenaan Prof Muhaya. Sebak, sedih dan pilu bila menontonnya. Kata-kata beliau sungguh bermanfaat dan memberi semangat baru kepada sesiapa yang mendengarnya. Apa yang menarik adalah dengan kata-katanya "Jika kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita". Sebenarnya banyak maksud yang tersirat dalam kata-kata beliau. Dunia hanyalah sementara yang mana semua kita pasti akan meninggalkannya cuma masa sahaja yang menentukannya. Jalan menuju ke neraka penuh dengan keseronokan dan kegembiraan, manakala jalan menuju syurga penuh dengan onak dan liku. Sedar atau tidak, duniawi menjadi sebatian dalam diri kita. Apa yang kita lakukan mesti bermatlamatkan dunia. Nilailah diri kita.
Berapa kali kita menangis kerana gagal dalam peperiksaan?
Berapa kali kita menangis kerana putus cinta?
Berapa kali kita menangis menonton cerita sedih?
Berapa kali kita menangis kerana tak dapat apa yang kita hajati?
Berapa kali kita menangis kehilangan orang yang tersayang?
Berapa kali kita menangis kerana sakit?
Berapa kali kita menangis kerana dimarahi oleh orang lain?
Berapa kali kita menangis apabila dapati handphone dan wallet kita hilang?
dan
Berapa kali kita menangis kerana takut akan azab Allah?
Berapa kali kita menangis kerana dosa-dosa lalu kita?
Berapa kali kita menangis selepas dan ketika solat?
Berapa kali kita menangis bila melihat kebesaran Allah?
Berapa kali kita menangis mendengar ayat-ayat Allah?
Berapa kali kita menangis tidak dapat solat berjemaah?
Berapa kali kita menangis kerana tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik?
Berapa kali kita menangis sebelum tidur untuk muhasabah diri?
*hanya kita yang mampu menilai diri sendiri...
*hanya kita yang mampu menilai diri sendiri...
Ya Allah kuatkanlah kami daripada segala godaan dunia, keseronokan dunia dan keindahan dunia. Kami ini hamba yang lemah Ya Allah, hamba yang hina, yang mengharapkan ihsan dan belas kasihan dari Mu Ya Allah. Jauhkan kami dari segala perkara yang boleh membuatkan kami cinta akan dunia dan lupa akan Mu Ya Allah. Sesungguhnya, solatku, ibadahku, dan hidupku hanya untuk mu Ya Allah.
p/s : semoga entry ini memberi manfaat kepada semua. semoga Allah jauhkan sifat riak dan takbur.
Mat !
ReplyDeleteKau g mana ?
Senyap je weh .
heehee.
Sja nak bitau, blog url aku ni da ditukar
So, blog yang lama tak wujud dah.
weeee ~
Good luck weh :D