Putaran masa

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum

Nak cubit je pipi budak ni.


Pertamanya saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menikmati nikmat yang dikurniakan-Nya. Alhamdulillah. Kadang-kadang, pernah tak rakan-rakan terfikir untuk berpatah balik ke zaman silam? Saya yakin dan percaya mesti pernah kot. Tak banyak, sikit pon jadilah. Zaman silam banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Belajar melalui pengalaman adalah lebih baik daripada belajar hanya berguru dengan buku. Saya tidak menafikan menjadi ulat buku tidak bagus, tapi belajar melalui pengalaman lebih berkesan daripada belajar secara teoritikalnya.

Kenapa nak kembali ke zaman silam? Eh banyak saya nak buat jika kembali ke zaman silam. Kalau ikutkan hati nak berhentikan aje jam kat seluruh dunia ni supaya masa tidak perlu berubah. Jika saya dapat kembali ke zaman silam, saya nak menjadi anak yang soleh sejak dari kecil. Teringat dulu bila zaman kanak-kanak. MasyaAllah. Nakal sungguh budak MAMAT ni. Kena lempang dan pukul dengan ayah tu macam dah biasa dah. 

Teringat saya satu peristiwa yang hampir-hampir mengubah kehidupan kami sekeluarga. Cerita bermula apabila kami menerima undangan untuk ke majlis perkahwinan anak kepada sahabat ayah saya. Kami pun bertolak dari rumah. Perjalanan untuk ke rumah pengantin tu tidaklah lama mana kerana jaraknya taklah begitu jauh. Setibanya disana, kelihatan parkir penuh di bahu jalan. Jadi ayah pun mengambil keputusan untuk memakirkan kenderaan di seberang rumah pengantin. Setelah selesai sahaja memakirkan kenderaan. Kami pun berjalan menuju ke rumah pengantin. Untuk ke rumah pengantin, kami terpaksa menyeberangi jalan raya yang besar. Dimana kerata yang lalu lalang disitu memang laju amat. 

"Masing-masing pegang tangan mak" - kata mak saya pada saya dan adik saya. Pada masa itu hanya ada saya dan adik perempuan saya. Adik-adik yang lain masih lagi di alam roh. Saya pun pegang tangan mak kuat-kuat. Dekat 10 minit juga kami berdiri di bahu jalan tu untuk melintas. Bila bosan saya pun lepaskan genggaman tangan mak saya, dan terus berlari menyeberangi jalan yang sibuk tu. Bila saya berlari tu saya pandang wajah mak saya. Dia kelihatan begitu terkejut dan panik. Tidak semena-mena saya berhenti berlari di tengah-tengah jalan tu. Ada sebuah kereta bewarna biru menuju dengan lajunya kearah saya. Pada masa itu perkataan yang keluar dari mulut ayah saya hanyalah Allahuakbar! anak aku. 

Nasib baik pemandu kereta tersebut sempat menekan pedal brek keretanya. Dengan kuasa Allah saya teruskan berlari hingga ke seberang jalan. Saya melihat keluarga saya di seberang sana. Mak saya pucat kebiruan melihat aksi berani mati anak kecilnya. Selepas itu, kami ke kenduri tersebut. Peliknya, mak saya langsung tak berkata apa-apa dengan saya juga dengan ayah. Dia hanya diam membisu. Bila malam pula, saya menjadi tidak tenang tidur pada malam itu. Jadi saya bingkas bangun untuk tidur dengan mak. Saya intai bilik nampak mak sedang menangis ditikar sejadah. Saya pun mendekati mak. "Mak kenapa nangis?"-soal aku. Kemudian, dia hanya mampu memeluk diriku dan dikucupnya dahiku.

So, saya nak sangat-sangat kembali disaat saya melintas jalan tu. Saya akan pegang tangan mak saya kuat tanpa perlu melepaskanya. Mak saya dah banyak kali menangis kerana saya. Walaupun dia tak pernah cakap, tapi saya dapat rasakan. Sebab tu saya nak kembali ke zaman silam untuk menjadi anak yang soleh supaya mak saya tak perlu nak menangis untuk diri saya. Sayang MAK, sayang AYAH!. Mungkin jika ajal saya pada masa tu, kita mungkin tidak pernah kenal. Syukur Alhamdulillah.

p/s : Kadang2 masih fobia nak melintas jalan. 


Comments

  1. insyaAllah, kalau x buleh kembali ke zaman mude2 [eceh, mcm da tua pulok] buleh jd yg terbaek start sekarang.. peluang Allah masih ade bro! n_n dont waste it.

    ReplyDelete

Post a Comment