In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum
Hari ini sangat memenatkan dan meletihkan. Merentas kampus punya pasal, terpaksa korban kan waktu tido untuk mendapatkan mata bagi kolej. Alhamdulillah segala usaha yang dilaksanankan membuahkan hasil pada tahun ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Ahmad Bin Yusuf dan Hidayah dia atas kejayaan menggondol top 20 dalam kategori masing-masing. Terima kasih buat Bob juga yang telah membantu memberikan air kepada kami sewaktu larian sedang berlangsung. Sayangnya, disangkakan air sejuk tapi air sirap panas manis pulak diberikan. Nak tak nak terpaksalah jugak minum sebab dahaga punya pasal. Dari mula hingga penghujung, saya berlari bersendirian sahaja. Rakan-rakan yang lain jauh pergi meninggalkan saya.
Bila diingatkan kembali disaat peserta-peserta dilepaskan di permulaan garisan, terasa seperti gambaran sedang berada di padang masyar. Dengan orang yang begitu ramai dan pack. Masing-masing berlari bagai tidak tentu arah. Cuma yang membezakan keadaan mereka-mereka yang berlari itu lebih baik daripada keadaan di masyar kelak. Muhasabah diri sebentar. Rasanya itu sahaja nak menulis pada kali ini. Nak menulis pun penat. Semua penatlah. Tapi yang pasti Allah tidak pernah penat mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang soleh. Just nak share pictures disini.
![]() |
My Nike Training Shoes |
![]() |
Bersama Don dan Keme |
![]() |
Kepuasan dapat habiskan larian. |
![]() |
Kolej 13 sentiasa dihati. |
p/s : Sape yang cuba mencari alasan tidak mahu untuk berlari tu, korg rugi kot. Bila lagi nak merasai dan menguji kemampuan tubuh anda. Bila umur dah lanjut nanti semuanya akan terbatas. Jadi sertailah aktiviti yang bermanfaat ye rakan-rakan. :)
Comments
Post a Comment