Muka masih innocent. |
Pengenalan
Kisah kami semua bermula pada 25/05/11 yang mana kami semua datang dari seluruh pelosok Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Minggu orentasi kami masih tidak dapat berkenalan dengan lebih lanjut lagi. Kenal pun tidak. Hanya menjeling menjeling dan menjeling. Bermulanya kisah kami apabila kami semua dibawa untuk melawat Pusat Asasi Sains Pertanian. Semua roommates aku dalam satu kumpulan dengan aku. Aku kira takde masalah sangat dengan mereka. Aku ingat lagi masa kami semua diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing di depan khalayak. Satu per satu dari kami bangun. Walaupon hanya sebahagiaan sahaja yang memperkenalkan diri, orang yang paling aku panas tengok adalah Sal Amirudin. “Assalamualaikum, nama saya Sal Amiruddin Bin Zulkifli. Anda semua boleh panggil saya Sal”. Dia buat muka comel dia shial lah. Itu semua kenangan. Sekarang dia ok je pon kalau kenal dengan dia lebih lanjut.
Orentasi kami memang tak macam orentasi pon sebab hanya 3 hari diperuntukkan. Lepas tiga hari tu mulalah kuliah @ lecture kami untuk minggu yang pertama. Lecture yang pertama masuk adalah Ismail Omar. Tapi dia nak kami panggil dia IO sahaja. Gempak jugaklah. Saat aku melangkah ke dalam DK 5 tu, aku tengok semua muka budak-budak pandai. Takut aku tengok budak-budak ni. Aku duduk la second row bersebelahan Al Muntazar. Di depan aku ada lah minah-minah. Minah-minah tu hanya bercakap dengan Al Muntazar sahaja. Aku macam dipulaukan pada masa tu. Aku reda je. Tak heran pon. Lepas tu adalah Shafiqah dok tegor aku. “Baca ape tu?”. Aku time tu saje nak buat rajin kan. Sebab tengok semua orang tunduk dan khusyuk membuat kerja. Aku pon tanya nama minah-minat didepan aku. “Nama saya Shafiqah.” “Nama saya Liyana Jasmay”. *WTF! dalam hati aku berkata-kata. Tapi aku iyakan aje. Liyana Jasmay sekarang dah jadi Kak Ngah aku. Hahahahaha.
Agak lama jugak aku nak berkenalan dengan semua orang dalam kuliah aku tu. Ada budak MRSM Pasir Salak. Hanya aku dah Caer yang tahu. Ada budak Sabah. Ada budak skolah agama. Macam-macam lagi. Nama yang paling aku sukar nak ingat adalah Ziad. Entah kenapa. Bila tengok muka dia sokmo lupe nama die. Teringat lagi bila mula-mula Puan Suria masuk mengajar kami semua. Masing-masing pakat dok berdoa agar tak dapatlah Puan Suria sebagai Lecture Math kami. Sekali dia masuk terdengar satu keluhan besar. Masing-masing takut. Dia nampak garang gile. Lepas dah banyak kali, dia ibarat ibu kepada kami semua. Kami saying Puan Suria.
Percintaan
Ini part yang paling best. Bukan nak mendedahkan rahsia tapi cuma mengimbau kenangan lama yang mungkin tak semua kita ingati. Kisah percintaan yang pertama. Percintaan yang tidak kesampaian antara Khai @ Don dengan Nisa Nadirah. Aku sebut kisah mereka dulu sebab kisah merekalah yang paling hangat dulu mula-mula. Aku pelik jugak dengan Nisa, kenapalah Nisa ni tak berapa layan sangat Don ni. Rupa-rupanya, dia dah ada yang berpunya. Budak Asper jugak. Barulah aku tahu sebab ape. Si Don sanggup mengejar Nisa dari belakang ketika kami pulang ke kolej dari Kompleks Ladang Bersepadu. Dan ketika itu jugaklah, aku berkenalan dengan 3 Smartians. Ok berbalik kisah cinta tadi. Bila Nisa nak balik ke Kuantan tu, sanggup tengok dari atas semata-mata melihat kepulangan “orang yang dihajati ketika itu”. Kisah mereka berakhir disitu dengan tali persahabatan sahaja. Pernah aku bertanya dengan Nisa. “Nisa aku tengok ko macam tak nak berkawan je dengan Don tu?”. “Aku bukan apelah Radzi, aku ok je nak berkawan dengan dia ; cuma takut nanti kawan-kawan dia ejek, dah memalukan dia”-kata Nisa. Lepas dari aku tanya si Nisa ni kebetulan adalah pulak Don on the way nak main futsal malam tu. Lepas tu dia masuk campur dalam perbincangan kitaorang sekejap. Aku perhati je bilalah si Nisa nak bercakap dengan Don ni. Tak kesampaian jugak hajat aku pada malam tu. Takpe ea korang, lupakan kisah lama dan bukak buku baru!
Kisah yang seterusnya pulak berkaitan dengan roommates aku. Dia ni bercinta takdelah dengan rakan sekelas tapi kisah dia ni sungguh tragis jugak. Sapekah gerangan beliau? Arif Izuan! Nampak je muka macam nak kene tumbuk. Tapi pandai shial budak tu. Rajin berusaha. So cukup untuk introduction budak Arip ni. Kisah ni aku dengar dari mulut rakan-rakan akulah. Kebenaran dan kesahihannya hanya Arif je yang tahu. Arif dalam masa itu sedang hangat bercinta dengan Ziana atau nama manjanye Ana*(bukan Ana Shafiqah ye). Hahahaha. Dalam masa yang sama, entah macam mana dia bermain cinta juga dengan Izzati. Dia dapat mana awek tu aku pon tak tahu. So pada suatu hari, mereka (Arip dan Ana) cuba menjadi romantic. Arip memberikan password FB dia kepada Ana dan Ana memberikan password FB nya kepada Arip. Lepas tu si Ana bukak la akaun FB Arip ni. Kantoilah yang Arip bermain kayu tiga dibelakang Ana. Dengarnya Ana ada terbaca IM Arip dengan Izzati yang berbaur kasih sayang ni lah. Kisah ini bertambah menarik apabila Arip dan Ana sudah plan lama untuk bertemu. Sehari sebelum mereka bertemu itulah hari Arip kantoi. Tapi atas nama cinta, mereka pon bertemu jugak. Dekat mana itu aku tak tahu. Kami budak-budak bilik semua sudah bermati-matian membuat andaian ; “Arip ni kalau tak kene lempang dengan Ana kene penumbuk pun jadilah”. Lepas tu pelik kami dibuatnya, balik-balik muka gumbira. Lepas tu siap dapat hadiah lagi dari Ana. Mak ai, perempuan ni kene mandrem dengan Arip ape. Sekarang ni, aku dah tak amik tahu kisah mereka. Tapi aku kadang-kadang selalulah tengok Arip bergayut. Cuma tunggu masa je dahan nak patah.
Sebenarnya banyak kisah percintaan dalam kuliah kami ni. Tapi mungkin aku bukan kaki gossip so aku tak tahu menahu. Al Muntazar dengan Syakira? –kata Kira “Kami kawan rapat je, takde ape-ape pon”. Malas nak ulas lebih-lebih. Fana dengan Izat Joros? –kata Izat “ Kawan baik jelah.” Ok aku buat-buat percaya. Ahmad dengan Ziqou? –kata Ziqou “Kawan lah, lagi pon saya lesbo”. Hahahahah. No comment on that. Lagi satu pasangan yang aku paling tak sangke-sangke, Sal dengan Nad? Mula-mula malu masa abis amali pertanian tu. Esoknya, spy dapat tangkap gambar keluar dating together. Jadi bak kata pepatah “Masakan pokok akan bergoyang kalau takde angin”. Lupa plak nak mention Bobo and Fatimah? –kata Bobo “ Mana ada ape2, aku kawan je dengan dia”. Baiklah Bobo, ko kencing aku pon ingat aku nak percaya? Hahahahaha. Radzi ? Sentiasa single. Hahahahaha.
Perselisihan
Bahagian ni mungkin agak menyakitkan hati jugak. Perselisihan adalah lumrah dalam persahabatan. Perselisihan yang pertama antara aku dengan budak bajet “Liyana Jasmay” a.k.a Kak Ngah. Semuanya bermula dengan komen aku yang berbaur hasutan. “Aku benci budak bajet comel dalam gambar tu.” Dia pun apa lagi, bagai cacing kepanasan dikata sebegitu rupa. Keluarlah perkataan elergik lah dari mulut aku. Macam mana boleh berbaik? Entah, sedar2 dah berbaik. Lepas tu perselisihan faham antara aku dengan Budin. Asalnya mende kecik je, bab ejek mengejek. Aku nak ejek ok je. Tapi dia silap timing je aritu. Masa aku tengah panas membara dia ejek. Memang aku pon hangin. Dekat sebulan aku tak bertegur dengan dia. Bila dia nak salam dengan aku ; aku blah camtu je. Sungguh kurang ajar. Setelah lama kelamaan ; aku terus meminta maaf. Perkara yang sama berlaku jugak kepada Alwis dengan Burn atau nama dalam IC Bakar. :P. Asalnya bergurau dengan ejek mengejek je, then sampai membawa kepada touching, menaching. Tapi masa exam final tu, aku tengok mereka pon telah berbaik semula. Alhamdulillah. Yang gang perempuan pulak pergaduhan antara Fana dengan Farah Alia. Pun sama sorang berniat baik dan sorang salah sangka. Jadi gunung berapi meletus. Tapi mereka pon sudah berbaik. Alhamdulillah.
Personaliti
The Boys
Zikri
Berdedikasi, rajin dan sifat kepimpinan yang tinggi.
Eyamani
Good actor, judgemental and suka rambut kau.
Syazrin
Suka Nur Kasih The Movie, kindhearted dan pemalu sangat.
Arif Ijuan
Playboy, pandai dan aku nak kau potong rambut kau.
Fahmi Mazalan
Suka berdolak dalih dengan aku, rajin dan sangat terer main PES.
Muntazar
Aku tak faham dengan dia ni, multiple personality, kadang2 baik jugaklah.
Farid
Budak surau, suka azan aku dan terus membacakan hadis-hadis.
Shaher
Budak comel, pandai drive dan rajin
Asyman
Orang cakap kaki gossip, korea dan sangat rajin.
Hadi
Pure Kedah, senang masuk dengan kami dan penyabar.
Alwis
Tak suka stay di kolej, baik hati dan baik lah.
Sal
Player rugby tapi ayah tak kasi main, suka membahan orang dan hot.
Bob
Orang cakap comel, muka da macam ustaz dan rajin berusaha.
Faez
Anak YB Kepala Batas, suka spek kau dan katakan tak nak kepada ****k.
Burn
Orang senegeri dengan aku, lambat kalau tunggu dia dan suka loghat kau.
Amir
Pendebat yang baik, BB owner dan sangat baik hati.
Khai
Suka bahan orang, cari pasal dengan orang dan baik hati jugak.
Idris
Rapper kelas, suka mencapub dan rajin berusaha.
Ahmad
Rajin, tengok muka memang annoying gile dan sangat baik hati.
Fahim
Seorang budak yang baik, rajin ke surau dan ada kembar.
Hafiz Wondi
Sabahian, penyabar dan rajin berusaha.
Aminurashid
Rajin, terer main PES dan baik hati.
Izar Jaris
Suka membahan orang kadang2, hot dan menjadi idaman wanita.
Yusry
Bapa yang penyayang, suka gelak dan senyuman mu terbaik.
Ziad
Penyabar, bertolak ansur dan beretika.
The girls
Fana
Kak Ngah, suka cari pasal dan baik.
Nisa Nadirah
Atlet berjaya, focus bila belajar dan rajin berusaha.
Syakira
Mereng sikit, pandai dan sangat sopan santun.
Haziqah
Pandai, pemalu dan pemalu.
Haziqah Ziqou
Unpredictable, rajin dan suka balik rumah.
Nad
Tak sangka ada bakat terpendam, rajin dan penyabar.
Intan
Pendiam, rajin dan pelukis grafity.
Lily
Pinky gurl, pendiam dan baik hati bagi Fahim makan nasi minyak.
Hidayah
Rajin, pandai dan baik hati.
Farah
Hi-com, pandai dan rajin.
Ilia
Pandai, baca buku saya sampau habis dan rajin.
Ana Sha
Bossy, baik hati dan rajin serta bank soalan target.
Che
Bendahari yang telus, amanah dan baik hati.
Mal
Mata yang cantik, pandai dan jangan lupa Namastee…
Afifah
Teringat akan adik saya, pandai dan rajin.
Husna
Rajin, pandai dan baik hati
Shafiqah
Sempoi, ramah dan mesra
Khairunnisa
Tak sombong, pandai dan rajin.
Liza Wani
Suka presentation tu, pandai dan pelawok.
Al Muntazar bersama kodok berenang ke belakang. |
Pengakhiran
Kami semua telah dikejutkan dengan pengeluaran Al Muntazar dari Kuliah kami. Satu tamparan buat kami semua. Al Muntazar bukanlah sape-sape, cuma manusia biasa. Tetapi apa yang akan kami rindui adalah kegilaan dan perangai kamu yang kadang-kadang agak kelakar dan kadang-kadang agak keterlaluan. Tapi itu semua telah menjadi sebagian dari kamu dan kami dapat menerima seadanya. Jangan putuskan tali persahabatan ini kerana kita berkawan kerana Allah insyaAllah ; Allah akan memberkati persahabatan kita semua. Wah sungguh emosi pulak aku. Sebagai pengganti, kami akan menerima seorang wanita dalam kuliah kami. Mungkin pemergian Mun dari Asper FC dan kedatangan budak perempuan tu ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun all the best for the next sem. Selamat bercuti dan have a nice day friends!
nice entry,,,really enjoy read it but there're some spelling mistakes mybe...by the way ,i reckon there's smthing u forgot to write: radzi>responsible english class rep..or as miss ranmeet said radzi is excellent class rep..
ReplyDeletespelling mistake... nak rushing... hahahaha
ReplyDeleteDude!!~ Tak perlu bercerita kut antara me and Fana tu~ Semua tu salah faham je~ Tak de nye bergaduh2~ Perkataan 'bergaduh' tu pun dah nampak kasar kut~
ReplyDeleteApa2 pun, nice writing! Hope to read new posts from you soon!
"Suka Nur Kasih The Movie, kindhearted dan pemalu sangat." HAHA... layan jelah...
ReplyDeletethanks Faqhrul.. nice entry
nice entry abg long! be good boy next sem! muahaaha
ReplyDeleteMenggelabah masing-masing. Suka tengok reaksi korang bila diri anda dikomen. Yang tukang komen tu 2X5 jugak. Ampun maaf dipinta ea. :)
ReplyDeleteradzi! sgt suke entri ni. :DD
ReplyDeletepandai kau menulis..xsangka :D
gila ahh panjang cter kau. bila masa kau
ReplyDeletekarang blog kau ni ha? hahahaha.
btw best ! xD
haish macam mana lah aku lambat sedar akan kwjudan entry ni..haha..but nice entry dude..haha x caye kowt ko puji mata aku..a little shock but nice to know..thanks yaww!
ReplyDelete