I love you!

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum




Hari ini hati berbunga-bunga sikit. Takut sebenarnya untuk saya mengulas berkenaan tajuk ini. Maklumlah remaja macam saya ini mudah sahaja terjerumus dalam kancah kuning ini. Perasaan cinta terhadap seseorang itu adalah lumrah. Tapi kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu dan wajib mengikut aturan yang ditetapkan dalam Islam. Kali ini saya tak nak bercakap tentang mana benar dan mana yang salah. Cuma nak beri perkongsian macam mana kita hendak mengelakkan daripada melayani perasaan suka kepada seseorang itu membuak-buak. InsyaAllah, saya sudah cuba cara ini dan hasilnya memberangsangkan jugalah. Alhamdulillah. Apa yang perlu buat ?

1. Bila terima mesej daripada perempuan, jangan simpan mesej itu lama-lama terus delete.
2. Elakkan berbual panjang dalam perbualan telefon, cukup sekadar yang penting.
3. Jangan tenung wajah dan gambar seseorang dengan lama.
4. Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat (ceramah agama, sukan dll).

p/s : Secara tuntasnya saya memohon ampun dan maaf sekiranya tindakan saya ini tidak kene pada tempatnya. Diri sendiri pun tak betul lagi tapi dah nak membetulkan orang. Maaf atas khilaf.

Comments