Assalamualaikum.
Saya yakin dan percaya kini sahabat-sahabat yang menuntut di UPM terutama pelajar Asper sedang giat menelaah buku-buku rujukan. Alhamdulillah. Peperiksaan? Kenapa kita perlu takut akan peperiksaan? Bila tiap kali tibanye waktu peperiksaan mulalah gelabah sini sana. Hebatnye kuasa peperiksaan sampai dapat mengubah nasib dan masa depan kita semua. Berkuasakah peperiksaan ni? Itulah mentaliti yang telah diterapkan oleh sekelompok pihak yang mempunyai agenda tersendiri. Menuntut ilmu adalah wajib. Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa entry kali ini tiada kaitan pon dengan mana-mana pihak. Semuanya melalui pemerhatian dan buah fikiran yang dipinjamkan oleh Allah.
Konsep menuntut ilmu itu perlu diubah dari mula lagi. Rata-rata pelajar belajar hanya untuk menjawab exam. Percaya atau tidak, lihat sahaja berapa ramai anak melayu mengambil subjek pendidikan islam dalam SPM tapi gejala sosial yang melibatkan anak melayu islam antara yang terburuk dalam negara kita. Masih ada yang tidak menutup aurat, masih ramai lagi yang tidak tahu mana satu dosa dan mana satu pahala. Justeru itu saya menyeru kepada kamu dan diri saya sendiri bahawa kita belajar kerana Allah bukan kerana nak lulus peperiksaan. Sekiranya sekuat mana pun kita belajar jika Allah tidak izinkan kejayaan kepada kita, kita tak dapat. Ubah niat belajar kerana Allah. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sentiasa mengingatinya.
Macam mana nak belajar kerana Allah? Ini antara cara atau kaedah yang boleh dipraktikkan untuk kekalkan niat belajar kerana Allah.
- Baca doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
- Selawat ke atas baginda 3 kali dan puji-pujian kepada Allah.
- Terima ilmu Allah dengan hati yang terbuka.
- Hormati tenaga pengajar.
- Menutup aurat ketika belajar.
- Bersabar jika tidak memahami sesuatu perkara.
- Berusaha dan tidak mudah berputus asa.
p/s : sebenarnya banyak lagi cara untuk study kerana Allah. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Sampai berjumpa di lain masa. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment