In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.
![]() |
Gambar Hiasan |
Sebenarnya banyak mende yang aku nak masukkan dalam entry kali ini. Cuma kali ini saya lebih utamakan yang mana berkepentingan dahulu. Hari ini (30 Sept 2011), mood aku pagi-pagi telah spoilt. Lepas tu kene buat presentation plak? Lepas tu macam-macam lagi malas nak ceritakan dengan lebih lanjut sebab rasanya tak penting. Tapi saya rasa tadilah perasaan yang paling tak sedap aku rasa. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hamba-Mu ini dalam menempuhi onak dan liku ini. Seronok semalam dapat mendengar penyampaian ilmu di surau. Tajuknya, masyaAllah. Cukup makan dalam dan menusuk kalbu. Apa ertinya saya seorang Islam?
Terlebih dahulu ingin saya tanyakan kepada anda semua, sejak bila anda sedar bahawa anda seorang Islam? Jika anda mualaf ; sudah semestinya selepas melafazkan kalimah syahadah. Tetapi bagi kita yang mewarisi Islam ini menerusi keturunan, bilakah kita sedar yang kita ini Islam? Adakah lepas lahir sahaja sudah sedar bahawa saya seorang Islam dan mempunyai tanggungjawab terhadap Allah. Itu persoalan yang perlu dijawab oleh diri masing-masing. Saya percaya anda mempunyai jawapan masing-masing.
Maaf saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat tapi saya sedang mencuba untuk menjadi ke arah itu. Sekiranya anda merasakan saya sedang bermunafik disini, saya takkan marah kepada anda sebab itu hak anda untuk berkata-kata dan siapa saya untuk katakan tidak. Ok cukup sampai disini aku melayan perasaan yang gundam gulana ini. K bye!
p/s : Maafkan saya sekiranya saya ada melakukan kesalahan.
Comments
Post a Comment