Assalamualaikum dan Salam Lebaran buat pembaca semua.
Suka untuk saya berkogsi serba sedikit adab-adab berhari raya yang kadang-kadang bukan kita tak tahu cuma lupa nak praktikkan. Biasalah manusia kan tidak lekang dari kesalahan. Sehubungan dengan itu saya nak kongsilah adab-adab berhari raya.
- Pagi raya bangun awal-awal then pergi jumpa sanak saudara mintak maaf dan nangis-nangis lah kalau perlu.
- Lepas tu jangan nak buat tak tahu dengan melepak depan TV, pergilah solat hari raya aidilfitri.
- Kalau ada kesempatan luangkan masa ziarah dan bertahalil di kubur supaya mengingatkan kita tentang mati.
- Cukup pantang bila raya duduk rumah menghadap TV, pergilah ziarah saudara mara terdekat-bila lagi nak jumpa kalau bukan sekarang.
- Kalau bertandang ke rumah orang tu pastikan waktu yang sesuai ye takut menganggu pulak nanti.
- Dah ziarah tu pandai la agak-agak masa, takkan nak sehari suntuk duduk rumah orang tu sebab dia pun nak beraya rumah orang lain jugak.
- Ajar anak-anak adik-adik anda supaya jangan terlalu berharap terhadap duit raya kerana akan timbul dalam diri sifat memburuk-burukkan orang lain which is very very bad.
- Jangan riak sangat dengan baju baru anda dengan mengatakan macam-macam yang tak patut.
- Yang paling penting zakat fitrah mesti diselesaikan sebelum solat sunat aidilfitri. Ingatkan diri dan bapa anda ye.
- Raya bukan masa untuk bersuka kerana suka-suka dibalas duka. So cukup sekadar untuk meraikan kemenangan setelah bertarung dengan nafsu selama 29 hari.
p/s : semoga pesanan aku ini bergunalah. amik yang baik je yang buruk tu tolak tepi tau.
Salam lebaran :
Radzious & ..................
Comments
Post a Comment