Assalamualaikum,
Dalam menempuhi Ramadhan Al-Mubarak ini saya terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat merasai kehebatan sebenar bulan Ramadhan. Teringat ketika kecil dulu, bila nak sambut Ramadhan memang tak sabar-sabar. Terutama masa nak berbuka puasa. Bila dah abis puasa mak kasi duit kerana sebab berjaya puasa dalam bulan Ramadhan. Masa tu bertanding dengan adik yang dua tahun lebih muda daripada saya. Selalu kalah dengan adik. Well nak buat macam mana, perempuan memang rajin dan tekun. Itu sukar untuk aku menafikannya. Sebenarnya aku bukan nak cerita kisah Ramadhan aku kat korg kali ini. Aku cuma nak bagi perkongsian ilmu sedikit mengenai sesuatu yang kita tidak pernah pandang dengan serius ketika mendengar ceramah-ceramah agama.
Gambar sekadat hiasan semata-mata.
Memang bagus mendengar ceramah agama ni. Malahan dapat pahala lagi tu. Apa yang menjadi masalahnya apabila content ceramah itu. Kenapa saya cakap macam tu? Content ceramah bukan ke semua baik-baik ker? Ok mari kita kembali kepada basic dan tujuan ceramah itu dianjurkan. Adakah patut dipenuhi dengan gelak ketawa sepanjang ceramah atau dengan celaan yang boleh mendatangkan perasaan yang kurang enak kepada orang yang mendengarnya. Cuba buka minda saudara saudari, sekiranya sepanjang ceramah dibasahi dengan gelak ketawa adakah mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah terbabit akan terkesan kepada pendengar? Atau hanya lawak yang didengari menjadi ingatan para pendengar. Tujuan kita melaksanakan ceramah adalah untuk mengajak pendengar melakukan amar makruf nahi mungkar. Jadi janganlah terlalu melebihkan lawak dalam ceramah.
Cermin diri sendiri dulu Radzi oi...
Cukup dengan ala kadar sahaja. Ape lah ko ni Radzi, kalau takde lawak dalam ceramah macam mana nak tarik orang supaya rasa seronok untuk terus mendengar ceramah? Banyak cara la cik oi, kita boleh lagukan ayat suci al-Quran, masukkan nasyid dan kalau kreatif buatlah sajak macam Imam Syafie. Eleh kau Radzy ceramah tak pernah bagi ada hati nak nasihat orang. Ok aku mengaku yang aku tidak pernah ke depan khalayak ramai untuk memberikan ceramah tapi aku berpegang dengan kata-kata jika kita tahu sesuatu perkara maka kita perlu sampaikan (lebih kurang macam tu lah) dan bila tidak tahu terus katakan tidak tahu jangan berlagak tahu. Lagi satu, aku cukup pantang bila ada ceramah tetiba dok mengutuk orang itu la ini lah. Aku bukan apa, ceramah kan mende yang baik dan elok. Jangan lah kita kotori dengan dosa-dosa mengumpat. Peringatan ini adalah untuk diriku dan Muslimin dan Muslimat semua.
p/s : Jika ada sebarang kesilapan hendaklah ditegur bukan dikutuk... wassalam...
Comments
Post a Comment