Musafir Ramadhan


Assalamualaikum.
Ramadhan sudah pun hampir di pertengahan jalannya. Tidak lama lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal ya Ramadhan. Baru ini aku berkesempatan menghabiskan hujung minggu berpuasa bersama dengan keluarga. Nikmat bersama keluarga tu cukup luar biasa. Di saat aku cium tangan ibu dan ayahku dapat merasai yang kepulangan aku kali ini seperti dinantikan. Keriangan dan kecerian adik-adikku tidak dapat menafikan bertapa gembiranya mereka dengan kepulangan aku. Yang paling aku suka bila pulang ke rumah, mak aku semestinya akan masak something yang special. Thank you mom!



Sebenarnya kali ini bukan untuk aku bercerita mengenai kegembiraan aku berpuasa bersama keluarga. Cuma pengalaman yang aku dapati dalam perjalanan pulang kembali ke UPM, Allah telah memberikan buah fikiran yang suka untuk aku kongsikan dengan kalian. Kisah ini bukan untuk aku mengaibkan sesiapa cuma ada yang dapat ikhtibar dan pengajaran daripada kisah berikut.



Dalam raliq(keasyikan) menunggu train sampai, aku terdengar suara tangisan anak kecil yang berada di seberang tempat aku menunggu train. Pada mulanya kalau tidak silap aku budak kecil tadi tu tengah sedap dok bermain dengan kakaknya. Emaknya takut akan terjadi sesuatu yang buruk maka emaknya memanggilnya supaya duduk dan jangan berlari-lari. Panggilan emaknya itu tidak diendahkan. Banyak kali emak dia panggil tapi dia tetap terus berlari-lari. Maka emaknya pun menariknya supaya duduk sambil tu telinga anak kecil itu dipulasnya. Aduh sakitnya. Penah merasai kesakitan yang sama. Jadi bermulalah episode menangis tadi. Nak jadikan cerita, emaknya dengan tidak segan silu memaki hamun anaknya. “Emak cakap sekali tu dengar la cakap mak, ape ingat mak ni harimau ke?”. Kalau pelahan tu aku tak kesah tapi satu stesen tu riuh dengan suara akak tadi tu. Anak dia pun terus menangis. Dia pun memujuk anaknya berhenti menangis dengan suara yang lantang. Tidak lama kemudian ayahnya pun datang tunduk tanda segan dengan mata-mata yang melihat gelagat keluarganya. Drama itu berakhir disitu.


Disebalik kisah itu ada mesej sebenarnya. Pertamanya aku ingin mempersoalankan dimanakah sifat keibuan yang ada pada kaum hawa selama ini sehingga sanggup memaki hamun anak sendiri dihadapan khalayak. Kalau iya pon anak tak dengar cakap cuba la cakap baik2 janganlah dok tengking anak tu. Jatuh air muka tu akak oi. Teringat satu buku yang ditulis oleh Steven Cobay mengenai satu kisah dimana anaknya tiba2 menerpa lalu berkata kepadanya “Hari ini saya pandai”. Jadi dia pun pelik kenapa anak dia tiba2 saja cakap sebegitu rupa. Jadi dia pun bertanya kepada isterinya apa yang berlaku sebenarnya. Isterinya ceritakan kisah yang sebenar.


Anak Steven ini tadi telah mengambil pinggan mangkuk yang kotor di atas meja dan letakkannya di atas lantai. Kemudian dia telah menyiram pinggan2 tersebut dengan air. Maka kotorlah dapur mereka. Emaknya datang ke dapur dan menyoal anaknya atas tindakan sedemikian dengan nada yang sedikit marah. Anaknya pon menjawab “Saya cuma nak tolong emak membasuh pinggan mangkuk ini”. Emaknya menyoal kembali “Kenapa tak basuh kat dalam sinki?”. Anaknya menjawab “Tak sampai”. Maka perasaan marah menjadi reda dan emaknya menjawab “Lain kali kalau nak tolong emak bagitahu emak dulu ye. Pandai anak emak ni”. Moralnya disini anak tadi mendapat pengajaran yang bermakna dalam dirinya tambahan mendapat pujian dari emaknya lagi tu.


Cuba bayangkan situasi anak Steven ini ditukar dengan akak dekat train KTM tadi tu. Aku rasa anak Steven ni dah lama makan penampor dah. Jadi apa pengajaran yang anak itu dapat sekiranya diberikan penampor. “kalau saya tolong mak saya, saya kene penampor”. Hendakkah anak tu tolong ibunya lagi sekali? Kalau aku pun tak nak tolong kalau dah bagi penampor. Kesannya hubungan ibu dan anak menjadi renggang. Jadi ibu kene banyak bersabar. Mendidik anak bukan satu kerja yang mudah. Jadi aku cuma nak pesan lain kali bila adik2 atau anak2 korang buat sesuatu yang menjengkelkan adalah sebaiknya bertanya terlebih dahulu kepada mereka. Jangan memarahi membabi buta. Mungkin dia ada niat yang baik siapa tahu.


p/s : Ya Allah kurniakanlah isteri yang penuh dengan sifat-sifat keibuan dan jauhi sifat panas baran. *_*

Comments