Kepulangan dinanti

Assalamualaikum,


Kali ini aku tidak menyambung novel pendek aku kerana masih dalam proses pembikinan. Harap sesiapa yang mengikutinya bersabar la ye. Hidup aku sudah kembali normal! Konfrontasi aku bersama dengan seorang sahabat aku telah pun berakhir. Aku memilih jalan untuk berdamai kerana aku berfikiran yang tiada siapa yang akan untung sekiranya kami teruskan konfrontasi ini. Jadi kami pun bermaaf-maafan lah. Itu selingan sahaja. Last week aku telah berkesempatan untuk pulang ke hometown tercinta iaitu Temerloh. Nak dijadikan cerita, aku pulang bersama dengan seorang sahabatku. Setibanya kami di Stesen Bus Perkeliling, kami dapati tiket sudah habis dijual. Alangkah kecewanya aku pada masa itu. Buntu aku memikirkan cara untuk pulang ke Temerloh. Puas kami pergi satu kaunter ke satu kaunter. Jawapan yang sama diberikan - "Dah habislah adik". Kekecewaan memang terpancar dalam sanobariku. Ikutkan hati aku cuma nak tido di surau or masjid je. 

Malam tu aku berpusing-pusing di sekitar jalan Kg. Baru.. Fuh still ramai orang. Betullah cakap orang yang Kuala Lumpur tidak pernah tido. Jumpe pelbagai specis mak nyah. Agak seram jugak bertembung dengan mereka. Takut-takut kami diganggu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bermalam di rumah abang sedara aku di Cheras. Peh kat sana aku merasa life style orang bujang. We hang out untill 2.00 am. Makan jangan cerita la. Kopak Cafe the best lah! Nasi gorang Thai dia mengancam jiwa siot. Then, on the next aku beli tiket pukul 8.30 pagi terus untuk balik. Sampai destinasi dalam pukul 10 lebih kurang lah. Tujuan kepulangan aku pada kali ini atas desakan ibuku yang sudah lama merindui anaknya. 

Balik rumah everything looked different. Janggal pun ada. Aku hanya punya kurang daripada 24 jam untuk bersama dengan famili aku. Aku sangat merindui adik-adikku. Rindu untuk mencubit pipi mereka. Masa yang berlalu terasa begitu sekejap. Ahad pagi tu my mom masak spegattii (i dont know the rite spelling) which is so damn delicious. Nak tapau bawak blek UPM tapi tengok blek kat dapur cepat je habis. Yelah kan mende sedap cepatlah habis. Sori tu ZIQ because I cant brought u the hidangan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Next time aku blek lagi aku bawakkan ea. So sebelum pulang ke UPM aku berkesempatan untuk menziarahi wan aku atau dengan kata lain nenek aku. Untung  gile time tu ada plak  Mak Lang aku dan Mak Tam aku yang baru pulang dari Tanah Suci. Dapat aku tasbih satu. The tasbih is nice.

Lastly, aku pun pulang dengan kenangan bersama-sama famili aku. tak sabar nak balik dekat raya nanti.

Comments