New chapter!




Sudah hampir 3 minggu aku berada di UPM Serdang mengambil program Asasi Sains Pertanian a.k.a ASPer. Pada mulanya sukar untuk aku membuat keputusan untuk mengambil program ini kerana cita-cita aku adalah hendak menjadi seorang lawyer yang berjaya. Nampak gayanya sekarang semuanya akan tinggal menjadi angan-angan untuk selama-lamanya. Satu dimensi yang berlainan dalam diriku apabila aku mengambil program pertanian. What Agriculture?! Peduli apa aku korang nak cakap apa pasal aku punya program ni sebab sekarang yang nak amik course ni aku, bukan korang. Aku telah mula adapt di tempat yang baru ni. Alhamdulillah.



Minggu Orentasi
Orentasi la yang paling aku benci sekali seumur hidup aku. Kene nyanyi lagu itu la, ini la, macam lagilah. First nak cakap pasal Kolej 13 MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa), dorg tu kan? Boleh tahan la, sebab bila semua kat depan da pegang microphone kan berkuasa. So terpaksa la ikot je kata dorg. Not bad la. Orentasi aku kali ini begitu special sebab hanya mengambil masa tempoh 3 hari sahaja. Dalam masa 3 hari itu jadual aku memang pack giler. Dengan taklimat pengarah, taklimat keselamatan dan etc. Yang paling tidak disangka-sangka aku terjumpa la couple of my friends from MRSM. Dan satu kawan aku time skolah rendah. Tapi aku tak berkesempatan nak talk lagi dengan dia. Cuma sempat terserempak macam tu aje.
Antara aktiviti yang paling aku suka la masa minggu orentasi adalah sukaneka dan malam kebudayaan. Dalam sukaneka tu aku masuk couple of acara. One of it ialah tarik tali. Walaupun tidak meraih tempat pertama dalam acara tu (sekadar naik johan je), badan aku mengalami sengal-sengal selama 3 hari berturut-turut. Mujurlah ada ubat pil chi kit ta aun. Melegakan sungguh. J. Dalam malam kebudayaan pula, my block (blok D) tak prepare apa2 pon lagi. All last minute preparation. So terhasillah persembahan yang all out dari kami. Sebab itu la kami tak menang malam tu. Kalau tak, aku da sapu habis da sampai johan keseluruhan sekali. Cuma bukan rezeki blok D je malam tu. Hahahaha.




Kuliah
Fist time panggil kuliah kot. Dulu kat skolah dah selalu panggil kelas. Mulut da jadi kelu nak sebut kuliah. Aku diwajibkan untuk mengambil enam kursus. Antara kursus yang sedang aku amik ialah Algebra, Bio, Inorganic Chem, Fizik dan Pertanian. Yang mengajar kami bukan calang2 orang jugak. Orang2 yang hebat belaka dan berfalsafah. Tagline seorang pensyarah yang menjadi inspirasi kepada aku “kalau nak tiru tu boleh tiru tapi jangan tiru secara plagiat (tiru secara total)”. “lihatlah dunia dengan pandangan”. Begitu menyentuh emosi dan spiritual sungguh. Macam2 ragam la pensyarah kat sini. Nasib baik aku dapat pensyarah yang semuanya berkeliber. Actually semua berkeliber. Aku punya kelas di DK 5. Bila time lab je aku mesti rasa macam down je. Sebab aku memang tak minat nak wat experiment ni. Maklumlah, peguam mana pandai pegang2 test tube, conical flask dan etc. So aku buat je la experiment aku sehabis mungkin supaya dapat la aku balik cepat. Antara kuliah yang membuatkan aku begitu terasa nak lentok adalah pertanian. Tapi amali pertanian memang best aku kabo.
 
Hostel
Aku telah ditempatkan di Blok D entah ape namanya lupe la plak. Yang paling aku tak suka, aku ditempatkan di tingkat 4 kot. Jenuh nak turun naik tangga tiap hari. Takpe sabor je la Radzious. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Then, i want to story something for u guys. One nite, we all have to assemble in TV room. All the seniors also in the room. I started to fell ‘tak sedap hati je’ what going on next. So, I just stand by my phone to record if something out of control happened. Rupanya dorg cuma nak berkenalan dengan new junior. Dan malam itu juga I got new name. Pailang? Nama aku diberi. Nak tak nak terpaksa terima je la. Hostel semuanya selese. Wi-fi pon sampai. Lokasi hostel ni sesuai kerana berhampiran jalan raya, so senang aku nak usha2. Roomates aku semuanya okay. Majority from johore. Aku pernah jejak johore sekali je dalam hidup aku semasa CSR Rebung 2009. Itu pon kat Pontian je. Nak sebut la nama roomates aku, kasi dorg capub sikit. Al-Muntazar (Mun), Arif (Lentok), Farid (Atan), Syazrin (Hambar) dan last one Fahmi  (Bobo). All of them are my classmates too. Senang nak study group. Sesuai dengan slogan kolej 13, selesa ceria dan cemerlang. Hahaha.



Classmates
Secara keseluruhannya, classmates aku semua best2 kot (setakat ni la). Aku tengok kita orang boleh la masuk dengan frequency masing2. Xde la yang berlagak DIVA and Bajet Hot. Semuanya dalam keadaan tenang dan sentiasa membantu satu sama lain. Keadaan ni bagus la jugak sebab this is university kot, u have to act like student universiti la kan. Skolah bye2. Frequency aku masuk je dengan semua orang. Girls versus boys? Xde pon dalam kuliah aku. Ada budak kedah, ada budak johor, ada budak kelantan. So variasi la. Taburan populasi tu sekata. Hahahaha.
Our class rep named zikri. He from Sabak Bernam, Selangor. Ex-KP skolah dia kot. Setakat ni masih lagi menjalankan tugasnye dengan baik. Tambahan dengan mendapat laptop baru acer nye. Sementara itu timbalannya ialah fifah but she resign with unknow reason. So her place is taken by saudari shafiqah (sorry i don’t know to spell your name). ada bakat la jugak jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat suatu hari nanti.

That the end of my entry for now!
See ya!!

p/s : secara totalnya aku gembira sampai disini! Mungkin benar takdir aku ditentukan disini dan aku reda.

Comments

Post a Comment