Mata Wang!



Kuliah hari ni sungguh memenatkan. Tak tahulah kenapa aku rasa penat sangat. Tapi sempat lagi nak upload blog kot. Kenapalah dunia ini berajakan duit atau wang? Takde ape ke yang lebih bernilai selain duit. Saje nak cakap pasal duit sebab sekarang aku kesempitan wang sebenarnya. Bila pegang duit tu mudah2 je mengalir. Sape2 yang penah bekerja tu tahulah penat lelah nak mendapatkan gaji sebulan tu. Penat Ya Rabbi. Lepas tu senang2 je kan kita belanja and sedar2 dah habis. Nafsu membeli tu kena la jugak kawal. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Tak reti ukur meh aku nak tolong ajar mengukur. 



Masuk universiti ni banyak jugak pakai duit ea. Sini nak duit, sana nak duit. Kadang2 ada yang lebih teruk ada yang ambil kesempatan dalam kesusahan orang lain dengan meletakkan harga dengan mahal. Pengalaman makan di gerai sekitar UPM ni sungguh meyeramkan. Hari isnin aku makan lauk ayam + nasi kosong je. Hari selasa pulak makan ayam + nasi kosong jugak. Nak survey tengok. Hari isnin dapat la harga RM3.00 . Kira ok lah tu. Hari selasa naik plak 50 sen. Jadi RM 3.50. Takkan nak bertekak plak kan pasal makan. So aku pon reda je la kalau dia nak amik duit riba tu. Kubur sendiri2. Betul ak?



Pandai juga orang kat sini ambil kesempatan. Dalam dekat2 elaun nak masuk ni la ada sesi fotografi la, ada jualan baju Asper la. Asal tak maklumkan awal2 dan buat awal2 jangan masa sekarang boleh tak? Sebab korg pandai cari peluang tu la yang duit senang masok. Yang duit bantuan KPT ni plak segan2 nak masok akaun aku plak. Aku dah tunggu kau lama kau tahu. Janji melayu memang la macam tu. Kejap janji dapat RM 1250 per semester. Tapi tengok la it will be less than the amount that i mention before. Kerajaan sekarang pun dah takde duit sangat dah. Dengan kobodohan rakyat yang tak nak membayar PTPTN lagi.  Dengan kebanganggan orang yang melakukan vandelisme lagi. Semua tu perlukan apa? Duit jugak. Cuba bersyukur dengan nikmat Allah berikan. baru hidup selamat dunia akhirat. Sekian terima kasih.


p/s : Kalau ada MPP UPM yang terbaca blog aku ni tolong2 la kami ok!!!

Comments