Guru merupakan sumber inspirasi bagi setiap orang pelajar. Seperti kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bagaimana guru mendidik muridnya, itulah yang dia akan jadi. Walaupun sesetengah orang percaya bahawa pembelajaran sebenar bermula dari rumah. Tapi ketepikan semua itu, kerana tugas guru merupakan salah satu jihad. Iaitu jihad mendidik para remaja-remaja untuk menjadi insan yang berguna bukan sahaja kepada keluarga bahkan kepada bangsa dan negara.
Tanggal 16 Mei setiap tahun, murid2 pasti akan ternanti-nanti untuk meraikan Hari Guru. Kerana pada Hari Guru secara keseluruhannya memang tak belajar sebab hari untuk guru2 enjoy bersama anak2 murid. Dari situ jugaklah muncul bakat2 yang terpendam selama ini seperti bakat berlakon, menyanyi dan sebagainya. Akhirnya tersembul jua pada Hari Guru yang indah. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Aku secara peribadi berbangga kerana mempunyai guru2 yang begitu memahami dan begitu komited dalam melaksanakn tugas2 sebagai seorang guru. Antara guru2 yang tidak akan aku lupakan jasannya adalah : Pn Norosmyzan, Pn Jamilah, Pn Jamiah, Pn Sharifah, En Sufian, Ustazah Bariah, Ustazah Zabedah, En Khairul Azhar, Ustaz Badrul Hisham, Ustaz Nik, En Rafidzal, Ustaz Wan Marzuki, En Ade Sukma, En Fuad, Pn Marni Musa, Sir Helmi, En Pasli Ismail, Pn Masriefaton, Pn Baizura, En Nasrun dan semua yang telah mendidik saya. (Maaf tak dapat nak sebut semua, mana yang terlintas sahaja)....
Bersempena dengan hari guru ini juga saya nak memohon ribuan ampun dan maaf sepanjang bersama menimba ilmu atas segala kecelakaan dan kebiadaban saya. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Jasamu akan ku kenang sampai akhir hayat ku.
p/s : Ucapan aku untuk hari guru pada esok... SELAMAT HARI GURU!
Comments
Post a Comment