Pelik kot!

Someone pasti akan rasa pelik dan rasa tak pelik langsung pasal post aku kali ni. Pagi tadi aku teleh melihat sesuatu yang weirdo dalam hidup aku. Sungguh aneh. Tak penah aku tengok. For your info, aku sekarang bekerjaya sebagai abang kantin. Sampai hari ni dah 2 minggu aku bekerja disitu. Aku bekerja di sebuah sekolah sukan yang terkenal di Pahang ni. Sekolah tu terletak di Temerloh. Sape tak tahu tu buat2 tahu je la ek. 

Okay enough for intro. Now back to the main point. Perkara pelik tu aku tak penah tengok kat sekolah lain di Malaysia. Kat oversea tu aku ada la usha dalam tv. Pagi tadi aku dan rakan sekerja ku telah gelak sakan apabila melihat gelagat budak2 skolah membuat demonstrasi menghalang cikgu JPK Hem mereka daripada ditukarkan ke sekolah lain. Yang paling penting siap bawak sepanduk kad manila lagi. "Kami mahukan Cikgu J!", "Kami mahu jumpa PPD"!, "Kembalikan jurulatih hoki kami!"... Hahahahaah

Ini lakonan semula xde kene mengena dengan ceritaku...

Perkara yang kami lakukan adalah gelak je la. Tak pelik? Mana ada sekolah membenarkan demonstrasi. Pulak tu pengetua dorg cam rilek je berkenaan perkara ni. Siap layan je budak2 ni. Sempoi punya principle...
About 2 or 3 hours later, ada la pegawai PPD datang berjumpa dengan Mr. Principle... Pasal mende tadi la tu.Keputusannya tak tahulah bagaimana nasib cikgu J. Gud Luck Mr J!

Bila tengok dorang wat cmtu kan. Teringat aku kepada seorang cikgu aku sewaktu di MRSM. Kisahnya bergini, MRSM aku tu ada masalah bencana alam "landslide" (dengan izin). Menyebabkan semua warga MRSM tu kene pindah nun jauh 290km ke parlimen PM kita sekarang. Frust kot kene pindah jauh-jauh. Masa di MRSM landslide tu last day kita orang ada kelas pendidikan Islam bersama Ustazah Fadhilah. Aku pon tak jangka apa2 sebab semua cikgu akan berpidah sekali. Tupp tupp.. bila sampai je di MRSM baru tu, muka ustazah tidak kelihatan. Akhirnya beliau disahkan berpindah ke MRSM Felda...

Sampai sekarang aku rasa macam terkilan pon ada. Sebab tak sempat nak wat majlis perpisahan untuk dia dan cakap farewell. Terkilan sangat2... Kepada Ustazah Fadhilah yang telah banyak mengajar kami, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita bertemu di kemudian hari. Sesungguhnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan.



p/s : Jangan tangisi setiap pemergian itu kerana semua itu sementara.

Comments

Post a Comment