Kebanjiran cerita hantu.

Marcapada! Media pada hari ini ibarat ketandusan idea dalam menyajikan rancangan menarik kepada viewers. Mana tidaknya, sikit2 citer hantu. Pe ke jadah nye semua ni? Ceh macam buat karangan BM la pulok... Back to topic, aku cuma meluahkan rasa ketidakpuasan hati sanubari dan atma diri ini terhadap media kerana tak habis2 kuuar kan citer hantu. Macam dunia perfileman Malaysia ni dah takde idea lain nak buat. Kalau 2 3 citer tu boleh la aku terima. Tapi dah sampai berpuluh-puluh cerita ni makin loya pulak rasanya.

The best Malaysia Film I ever seen! Love it...

Tidakkah mereka terfikir apa yang akan berlaku sekiranya filem atau drama hantu ini terus dipaparkan terhadap generasi muda terutama yang masih bersekolah rendah. Aku malas la nak ambil contoh jauh-jauh. Dalam rumah aku sendiri, lepas tengok je cerita hantu gerenti adik2 aku memang berubah. Berubah jadi penakut. Sampai nak ke toilet pon suruh mak aku temankan. Tulah penangan cerita hantu. Kita tak boleh nak salahkan budak2. "tulah kau budak2 lagi da tengok cerita hantu". Fikirlah sikit oit, yang televisyen ni untuk tontonan awam. Takkan bila ada cerita hantu je budak2 kene main jauh2 tak payah nak tengok. Kesian kot!

Nak tukar channel lain? Itu yang ada astro banyak la pilihan. Bagi yang takde astro macam mana? nak tengok je org menyanyi terkinja-kinja. Bapok bosan doe... Jadi media harus significant dalam memilih drama. Antara drama yang paling aku benci tapi tengok jugak ialah Kemboja Putih, Penanggal dan adik beradik dia. Aku ni bukanlah jenis yang tak percaya dengan hantu2 ni. Aku percaya yang hantu dan jin tu wujud tapi aku tak berapa nak percaya la yang hantu boleh membunuh orang. Itu mustahil kot.



Jadi apa yang aku nak tegaskan dekat sini, hentikanlah drama dan filem yang tidak berfaedah ni. Merosakkan akidah umat Islam. Kita sepatutnya takot akan Allah bukan terhadap hantu jembalang semua tu. Aku cuma takut akidah kita umat Islam di Malaysia ini akan terpesong. Jabatan Agama tengah dok sibuk2 untuk cegah itu, cegah ini. Sedangkan kita kat rumah secara langsung dah rosak akidah. Nak berdakwah melalui drama tu boleh dan tak salah. Ada saya cakap salah ker? Tapi kene lah berpijak dibumi yang nyata. Jangan sampai penonton boleh mensyirikkan Allah. Sekian... Sekadar berpendapat...

Comments

  1. sokong! aku fed up tgok iklan citer hantu.

    ReplyDelete
  2. even cter lawak skrg pon ada unsur "hantu" nih.. mmg trend kot.. =.=''

    ReplyDelete

Post a Comment