Dunia Pekerjaan

Setelah menghabiskan 11 tahun di dunia persekolahan, tiba masanya untuk menceburi dan merasai dunia pekerjaan. Pada mulanya saya berasa agak teruja dan seronok kerana saya fikirkan yang dunia pekerjaan ini tidak memerlukan pembelajaran dan disiplin. Ternyata apa yang disangka sama sekali meleset.

Kerja pertama : Macro Sport Temerloh
Selepas diinterbiu, akhirnya aku dapat la keje kat kedai Macro tu. Aku mengambil masa untuk kerja disitu kerana aku masih lagi dalam proses belajar memandu. Dan apabila tarikh yang ditunggu-tunggu tiba, aku pula menarik diri. Sebabnya? Aku sendiri pon tak tahu. Akhirnya melepas je keje tu.

Kerja kedua : Promoter Celcom
Keje ni pon perlukan interbiu. Aku hadir interbiu tu dan dapat jugak. Walaubagaimana pun keje ni agak mencabar bagi aku la. Kerana aku kene bekerja berjauhan dengan keluarga aku. Dan kerja ni terlalu sosial yang mana aku masih mentah lagi dalam dunia luar nie. Aku cakap kat abg tu yang aku nak terima keje tu tapi last-last aku tolak jugak.

Kerja ketiga : Cleaner Radicare HoSHAS
Pekerjaan sebagai cleaner tak pernah aku gambarkan dalam hidup aku. Tak penah terpikir pon nak keje sebagai cleaner. Aku apply keje cleaner ni pon sebab dorongan kawan-kawan. Da siap isi borang sume sampai je hari ke-3, aku decide utk resign. Penat kot keje tu. Lagipon aku tak kuat semangat la macam kawan-kawan aku. Akhirnya aku pon resign la...

Kerja keempat : Abang Kantin SMKST
Lawak la keje sbg abg kantin. Sebab kene pergi sekolah balik. Kat sini aku bertahan 3 minggu je kot. Alang2 dapat la dalam RM 300 lebih. Boleh la jugak aku wat beli2 baju ker pe ker... Tapi kerja kat situ macam SIAL sebab banyak sangat rule. Kantin je kot. Berapa kali aku kene marah. Sabor je la...

p/s : itulah pengalaman aku bekerja, pe yang aku dapat explore pasal diri aku ialah terlalu memilih dan xleh terima kutukan. Aku benci kau! hahahah

Comments