Apa itu konspirasi politik?

Sebagai seorang yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang2 (kalau ada rezeki la kan) saya terasa terpanggil untuk menulis berkenaan status politik tanah air kita dewasa ini. Fitnah memfitnah, tuduh menuduh, janji-menjanji, korupsi dan lain2 merupakan isu yang semakin ligat kita dengar setakat ni. Aku secara jujurnya berpendapat berdasarkan pemerhatian yang aku buat bukan berdasarkan mana2 parti politik yang ada di Malaysia ni baik pembangkang ataupun kerajaan.



Zaman politik Tun Mahathir masa aku kecik2 dulu aku tak banyak sangat la dengar pasal politik kotor ni. Apa yang aku ingat sampai sekarang adalah Zaman Reformasi dimana zaman penggulingan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. ISA telah dikenakan kepada sesiapa yang berani melawan kerajaan. Banyak orang kene tahan atas akta ISA pada ketika itu. Bila ditahan atas akta ISA automatik perbicaraan atau pembelaan diri di mahkamah tidak ada. Jadi kesian kot siapa yang kene ISA nie...



Aku cuma nak sentuh pasal video seks DSAI. Video tu katanya dilakonkan pada 21/2/2011. Shazel Eskay, nama gempak giler... yang mengaku dia bersama DSAI ada dalam video tu. Yang aku nak sangat2 tanya dia kan, kenapa kau tak dedahkan video tu awal2... Asal nak tunggu pada bulan 4 dekat-dekat dengan pilihanraya negeri sarawak? Itulah konspirasi politik. Satu lagi, Kalau Eskay nak dedahkan video tu kenapa kena cari 2 orang datuk T lagi. Kau sorang yang dedah cukup lah. Ramai2 wat pe, wat susah je media nak laporkan. Nanti dia sebot name kau sorang je. Tak yah susah2 nak sebot name datuk2 lain. inilah padahnya apabila menolak Islam sebagai Perlembagaan Negara.



Selama 50 tahun lebih kerajaan memerintah, sekali pun tidak pernah berniat dan berhasrat untuk cuba mengubah perlembagaan negara. Cakap negara Islam tetapi perlembagaan tak pun Islam. Orang ramai cakap "susahlah nak tukar kene buat kajian secara terperinci dahulu takut perpaduan kaum terjejas"... Tapi setahu aku setakat ni takde pon kajian untuk menukar perlembagaan. Berbalik kepada kes video ni tadi, ,misal kata lah kan, yang video ni tersebar.... Undang2 Islam ada menyebut dalam bahagian feqah bahawasanya seseorang yang mahu menuduh orang lain melakukan zina, lelaki tersebut mestilah membawa empat saksi yang beriman tidak termasuk dirinya. Sekiranya gagal, orang itu boleh dikenakan tuduhan qazaf bersamaan dengan 80 kali sebatan. Simple je kan hukum Islam ni. Mana ada complicated sangat pun.



Ni main sumpah2 ni dah jadi macam mainan dah sekarang. Pelik pun ada, bila nak mencuci tangan mesti kena angkat sumpah. Orang akan fikir yang dia ni berani kerana benar. Aku dah bosan dengan semua mainan media politik ni. Misal katanya DSAI memang melakukan perkara terbabit, siapa kita nak menilai baik buruk seseorang? Yang paling layak adalah Allah. Kita semua hamba yang lemah yang sama melakukan dosa. Jadi kalau DSAI lakukan sekali pun, lantak dia lah. Itu dosa dia dengan tuhan. Yang kita ni jangan sibuk jaga hal orang lain sedangkan diri dan keluarga kita sendiri belum tentu lagi terjaga. Jadi kepada sesiapa yang membuat tuduhan tu. harap dapat la bertaubat. Sebab kita kat dunia ini dah berada di akhir zaman. Banyakkan ibadah dan kuatkan iman.

p/s : Aku bebas!

Comments

Post a Comment