Maksud Hari Hol Pahang

Selamat bercuti orang Pahang
Tanggal 7 Mei merupakan cuti umum bagi Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun. Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini.

Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini.

Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.
Sumber : Facebook I ❤ Pahang

Comments