2 April 2016

Hari yang indah bertukar suram.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Masih ada ke yang nak membaca entry saya kali ini. Takde takpe, ada pon takpe. Saya ucapkan ribuan terima kasih buat pembaca yang sudi membaca. Biasalah hidup kita ni ada turun naiknya. Kata orang hidup ibarat roda yang berpusing. Kadang diatas kadangkala dibawah. Tapi apa yang saya nak cerita kali ini adalah berkaitan dengan sikap orang 'kita' yang kadang-kadang tak faham bila nak buat business langsung tidak menjaga sensitiviti pelanggan.

Kisah bermula apabila, aku dan seorang lagi kawan hendak melakukan kerja "collect data" projek akhir tahun kami. Tempat yang kami nak tuju tu sangatlah jauh, naik moto penat beb. So, we decide to rent a car. Then, we go for Kak Ros Kereta Sewa Serdang (try la search sendiri).
Booking telah dibuat lebih awal. Tapi entah kenapa bila hari kejadian, Ya Allah kesabaran kami diuji pada hari tersebut. Sudah la lambat, prosudernya macam apa entah. Tidak di jelaskan sepenuhnya ketika kami membuat penggilan kepada beliau. Sudahlah kami berjanji dengan orang, segala perjanjian terpaksa ditunda gara-gara mereka.

Sebagai seorang yang satu bangsa dengan beliau, disini saya ingin menegaskan bahawa yang jika anda ingin terus melihat business anda kekal maju. Please dan tolonglah menjaga sensitiviti pelanggan anda. Kecewalah saya dengan sikap anda, bila call hari kejadian kata lupa pulak. WEH come on, what business you are doing sis? Jual tudung ke? Boleh lupa. Padahal booking da pun buat lebih awal tahu. Kalau inilah gayanya. Saya cuma dapat ucapkan good luck and keep doing the same mistake. I rela pergi cari orang lain yang lebih bagus. Ok, kecewa marah dengan sikap begini harap perbaikilah. Terima kasih.


1 comment: